Wednesday, January 27, 2010

MAAF SECARA RASMI

Penulis blog, Aduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor perlu meminta maaf secara formal di mahkamah, iaitu di hadapan hakim yang bakal membicarakan kes itu.

Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim berkata, ia terserah kepada hakim untuk memutuskan sama ada menerima atau tidak, permohonan maaf tersebut.

Menurut Dr Rais, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (S-K-M-M) telah diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap penulis blog terbabit, setelah siasatan selesai dijalankan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 dan 232 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Mengikut Seksyen 233, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum 50 ribu ringgit atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sementara seksyen 232 pula, jika disabitkan kesalahan boleh didenda 30 ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau menjelaskannya pada sidang media selepas mesyuarat pasca Kabinet di ibu negara.

Pada masa sama, penulis blog itu perlu mengemukakan permohonan maaf secara terus kepada pihak istana Johor.

Ikuti Berita Nasional jam 8 malam ini.

3 comments:

Unknown said...

agak terkejut juga bila tiba-tiba yb rais jadi pemaaf khususnya dalam isu kedaulatan raja-raja, budaya dan adab /moral(portfolio yb tu).
khususnya dalam soal perundangan dan perlembagaan beliau biasanya yang paling tegas dan pantas.
mungkin tekanan tugas agaknya sehingga yb melatah lah pulak...

YANG GAMBI said...

Salam Tiger,

Adakah wajar si biadap ini diberi pengampunan dengan cara memohon maaf sahaja ?

Pengajaran setimpal perlu diberi kepada si biadap ini supaya jangan mudah terikut-ikut dengan peragai PAS, DAP dan PKr yang sudah tidak pandai menghurmati budaya dan tata susila bangsa..........

Anonymous said...

Dato,

Mengapa kurangnya lagu patriotik didendangkan di TV?
Mengapa anak-anak sekolah tidak menyanyikan lagu Negaraku setiap hari?
Mengapa pihak berkuasa tidak menggempur pendatang asing dan majikan di P.Pinang habis-habisan tanpa kompromi?
Mengapa tol jambatan P.Pinang tidak dinaikkan sama seperti tambang feri?