Friday, April 15, 2011

PANTUN PRN SARAWAK (2)

Oleh MediaUmno

BN katanya tiada kecekapan
Pembangkang kononnya tiada kesalahan
ISA kononnya akta drakonian
Dalam fikiran sebenarnya nak teruskan.

BN menjulang semangat Perlembagaan
Pembangkang merakus ibarat pencukur
Royalti minyak konon nak ditinggikan
Petanda umat tak tahu bersyukur.

Pembangkang nak banyakkan peluang kerja
Negeri sendiri pun rosak binasa
Kalau semua nak Suruhanjaya Diraja
Apa kata skandal seks sebagai pemula.

Islam di Malaysia agama rasmi
Masa pembangkang tak tahulah nanti
Rasuah barah yang ingin dibasmi
Rupanya tercalit diri sendiri.

1 comment:

kluangman said...

Musang pun pandai berjubah
Pandai pula berkutbah
Negeri orang minta di ubah
Diri sendiri tak berubah ubah