Monday, April 25, 2011

TERUS CERITAKAN YANG BENAR


(Poster Biadab)

Oleh Ibrahim Yahaya

Propaganda, satu perkataan sentiasa dianggap negatif. Namun, bagi penulis mereka yang berjaya menjalankan propaganda dengan sempurna akan memenangi peperangan minda. Inilah peperangan sebenar yang kita hadapi sekarang. Jika BN lemah dari segi propaganda pada masa akan datang, maka pembangkang yang berjaya menggunakannya akan menang dalam peperangan minda itu.

Lihat sajalah bagaiamana pembangkang menggunakan strategi propaganda yang bertalu-talu sehingga membentuk pemikiran rakyat untuk menolak BN. Bukan kerana dasar BN yang tidak baik tetapi propaganda yang mengambarkan sebaliknya. Awal-awal lagi, DSAI sudah membuat propaganda bahawa pembangkang akan memerintah Sarawak. Malah beliau sudah menamakan Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri jika Sarawak berjaya diambialih. DSAI dan gerombolannya menjalankan tugas menyerang kubu kuat BN di kawasan pendalaman terutama di mana ramai orang Melayu dan Melanau. Propaganda bahawa jika mereka mendapat tempat dalam PRU12 di Semenanjung maka tidak ada sebab rakyat Sarawak tidak memilih mereka dalam PRN ke 10 ini dijalankan. Yang tidak diceritakannya ialah kegagalan pembangkang memerintah selepas diberi peluang.

Ditugaskan pula parti perkauman DAP untuk menggunakan strategi agresif di bandar dengan memburuk-burukkan TS Taib Mahmud dengan konotasi sudah lama dalam politik. Hakikatnya pemimpin pembangkang yang lama dalam politik tidak menjadi kebimbangan kepada mereka untuk diserang balik. Maka ditambah pula 'sudah lama di tampuk' yang menunjukkan seolah-olah TS Taib terlalu lama dan tidak buat apa. Mereka tidak sekali-kali menyebut sumbangan TS Taib sebaliknya melabelkan beliau sebagai orang yang sudah terlalu lama dan perlu turun. Kit Siang dan Karpal pun perlu turun. Adakah mereka hendak tunggu kapal tenggelam baru hendak terjun ke dalam air? Atau bersedia untuk memindahkan kepakaran berpolitik di dunia ke akhirat?

Propaganda DAP agar rakyat terutama orang Cina membenci TS Taib dijalankan hampir setiap hari. Dalam ceramah mereka, TS Taib diperlihatkan sebagai seorang yang rakus, tamak dan hanya memikirkan kepentingan diri. Dalam poster mereka, apa yang dibuat oleh BN tidak betul dan merugikan rakyat. Bayangkan mereka boleh memutarkan "Satu Malaysia menjadi Sapu Malaysia" semata-mata pertama untuk memburuk-burukkan 1Malaysia itu sendiri dan kedua mengaitkan dengan tohmahan rasuah. Apakah mereka sudah lupa 1Malaysia itu untuk mendahulukan rakyat?

Inilah propaganda pembangkang paling berjaya sehingga memikat hati pengundi Cina di Sarawak yang selama ini banyak mendapat faedah daripada BN seperti wujudkan kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi sama ada di Kuching, Miri, Bintulu atau Sibu. Melainkan mereka yang menyokong DAP ini adalah dari kumpulan pelupa atau tidak mahu mengenang budi pemimpin BN termasuk dari kaum mereka.

Pendekatan propaganda agresif ini ditujukan kepada kumpulan di atas pagar yang belum membuat keputusan untuk memilih calon parti yang bertanding. Maka pembangkang terus mendodoikan kumpulan atas pagar ini dengan cerita buruk sehingga pengundi menterjemahkan dalam undi mereka. Lebih malang mereka sanggup memainkan sentimen perkauman termasuk mempersoalkan mengapa TS George Chan tidak berkahwin dengan Cina sebaliknya berkahwin dengan bukan Cina semata-mata untuk menambat hati pengundi Cina. Apa salahnya berkahwin dengan orang Bidayuh atau Iban? Apakah ini bertentangan dengan masyarakat Cina yang tidak boleh berkahwin dengan kaum lain? Sebenarnya inilah permainan DAP yang mahu menimbulkan rasa kurang senang pengundi Cina termasuk kepada pemimpin BN dari kaum Cina sekalipun.

Usaha pembangkang ini dipermudahkan lagi dengan strategi propaganda The Star yang sejak PRN ke 10 menulis kebaikan DAP termasuk artikel yang menampilkan calon muda yang berkelayakan. Apa BN tiada calon yang hebat ke? Malah mereka juga sentiasa menulis DAP akan menang banyak. Inilah bantuan tidak rasmi yang diperolehi oleh DAP daripada akhbar yang dimiliki oleh MCA sehingga apabila Awang Selamat dalam tulisan di Mingguan Malaysia menyentuh mengenai tindakan terhadap orang yang tidak mahu mengenang budi, wartawan The Star berani pula bertanya soalan kepada DS Hishamuddin Tun Hussein terhadap sikap akhbar berbahasa Melayu itu. Hairan bin ajaib bagi sesebuah akhbar yang dimiliki oleh parti komponen BN bertindak seperti akhbar penentang BN. Jika sesekali dibuat begitu boleh difahami kerana seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad semalam agar media menegur kerajaan tetapi jika keterlaluan menyokong pembangkang atas apa sebab sekalipun, maka timbul pula tanda tanya yang besar, apa sudah jadi dengan The Star.

Oleh itu, media arus perdana dan media elektronik perlu meneruskan agenda untuk menceritakan yang benar mengenai kerajaan BN terutama usaha yang dilakukan dalam mendahulukan rakyat. Jangan takut dan harus berani seperti yang dibuat oleh Kumpulan Utusan. Walaupun, ada pengarang yang menyatakan bahawa ini menyebabkan akhbar mereka tidak laku, maka mulalah bertanya kepada diri sendiri apakah mendapat keuntungan adalah KPI sebagai Ketua Pengarang. Telah terbukti sebelum ini bahawa kerajaan sentiasa membantu mereka dalam semua keadaan termasuk ketika tiada duit untuk membayar gaji kakitangan kerana sikap pengiklan yang tidak mahu membantu akhbar Melayu atau RTM atau TV3. Tepuk dada tanyalah selera.

2 comments:

Anonymous said...

"Always on the back foot".

Betul BN reactive. Masa dah lama tiba, sepatutnya BN buat offensive, serang serang serang, biar pakatan cover line.

Misal belum dia serang Taib, BN serang dulu dah 30 tahun beduyun cina yang beratur depan umah dan pejabat untuk project. Banyak dah kaya pun. Sekarang DAP mau suruh BN tolong cina DAP dari semenanjung jadi kaya kat serawak pula.

Mana strategist BN/melayu sebok buat duit kot?

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Pertama kena berani dan kedua perlu berterusan.

Jangan takut jika kita bercakap benar. Bukan omong-omong kosong atau separuh benar.