PRN Sarawak ke 10 sudah selesai dengan BN mendapat 55 kerusi dan pembangkang 16 kerusi. Hakikatnya inilah jumlah yang diramalkan oleh ramai pihak termasuk pasukan-pasukan geraksaraf yang sudah menjangka kaum Cina akan menolak SUPP. Alasan mereka SUPP terlalu lemah untuk mewakili kaum Cina dan pemilihan seorang peguam muda yang membuat latihan guamannya dengan seorang pemimpin DAP menewaskan Presiden SUPP menceritakan segalanya. Orang baru mengalahkan orang lama. Ini tidak berlaku kepada pemimpin PBB atau parti komponen lain tetapi SUPP. Kekalahan itu membolehkan seorang pemimpin SUPP menunggu peluang untuk dilantik menjadi salah seorang Timbalan Ketua Menteri. Atau hasrat itu akan berkubur kerana kaum Cina tidak mahu wakil dalam kerajaan.
Kemenangan BN walaupun tidak gah seperti 2006, perlu diteliti dengan sedalam-dalamnya terutama pertambahan undi pembangkang. Apa yang menyebabkan rakyat mengundi pembangkang sedangkan mereka mengetahui politik pembangunan sudah dilaksanakan sejak 30 tahun lalu di bawah pimpinan TS Taib Mahmud. Apakah mereka mahu pembangunan tetapi mahu disegerakan peralihan kuasa kerana faktor lain seperti peluang dan ruang lebih banyak? Apa yang mereka mahu diperbaiki? Adakah dari segi pengagihan projek negeri dan Persekutuan? Peluang penulis bersama dengan ramai usahawan Sarawak mendapati ramai yang inginkan perubahan ini segera bagi membolehkan mereka terus 'bernyawa' dan terselamat daripada terpaksa gulung tikar. Strategi DAP membuat ceramah berhampiran Bangunan Platinum yang dikaitkan dengan keluarga pemimpin utama Sarawak berjaya memberikan isyarat kepada pengundi untuk menolak pemimpin yang mengamalkan kronisme. Pengundi Cina mengikut arahan pemimpin DAP dalam ceramah mereka.
Selain itu, usaha berterusan pemimpin pembangkang terutamanya DSAI menggunakan apa saja kaedah termasuk Radio Free Sarawak menggunakan rakan karibnya, Jamban untuk memburuk-burukan TS Taib dilihat berjaya menerjah ke sanubari penduduk beberapa kawasan. Hakikatnya PKR berjaya menerobos 3 DUN menunjukkan benih-benih kebencian itu hidup subur untuk menolak BN. Sudah tentu ia tidak akan berhenti di situ dan langkah yang lebih agresif pasti disusun untuk mempengaruhi rakyat menolak calon BN.
Sepertimana disebut penulis sebelum ini PRU 13 akan diadakan dalam masa terdekat kerana PM yakin inilah masa terbaik untuk mengadakanya, selepas keputusan pemilihan penduduk Sarawak. Mungkin ada yang bertanya bagaimana pula pengundi Cina? Sudah tentu jawapannya ialah mereka sudah membuat keputusan iaitu apa yang dibuat mereka tetap memilih pembangkang. Dalam hal ini, MCA dan Gerakan kenalah kerja kuat dan bersungguh-sungguh. Tiada alasan dan tiada sandiwara. Oleh itu, jika ditunggu lagipun dalam beberapa bulan sehingga tahun depan pun kaum Cina sudah membuat keputusan. Melainkan mereka mahu memikirkan mengenai kestabilan Dan keharmonian untuk terus menjalankan perniagaan dengan selesa. Ini menagih usahawan Cina yang berjaya mendapat kontrak kerajaan beratus juta memujuk rakan mereka memilih BN dan menolak parti yang memainkan sentimen perkauman.
Oleh itu, semua pihak perlu bersiap sedia kerana semboyan PRU akan ditiupkan tidak lama lagi. Ini penting kerana dalam keadaan ekonomi dunia yang agar stabil, tidak mustahil ia adalah masa yang sesuai untuk PRU13.
Sunday, April 17, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment