Thursday, November 17, 2011

TSU KOON TIDAK BERTANDING
















KUALA LUMPUR : Setelah berdepan dengan pelbagai pandangan dan kritikan terhadap kepemimpinannya, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, hari ini umum beliau tidak akan bertanding pada PRU13.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkenaan memberitahu satu sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi Khamis, beliau kini hendak tumpu perhatian perkuat parti berkenaan.

Kepemimpinan beliau dianggap malap setelah Gerakan ‘ melepas’ Pulau Pinang pada PRU12 lalu.Parti itu juga kalah kebanyakan kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang ditandinginya.

"Saya telah putuskan tidak akan turut serta sebagai calon dalam mana-mana kerusi baik kerusi Parlimen atau negeri,"katanya.

Menurut Dr Koh beliau telahpun memberitahu keputusan ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya langkah ini juga bagi transformasi parti itu sebagai persiapan menghadapi PRU13.- AGENDADAILY. 17/11/2011

3 comments:

Anonymous said...

Isu Kg. Pokok Asam. Minta Zahrin kalau boleh jwb bg pihak Tsu Koon. Setahu aku pemaju tu dah 18 tahun beli tanah tu. Masa tu taktau la mungkin karpal sign atau lim kit siang yg lulus pembelian tu. Gerakan hanya boleh la tahan2 sebab bimbang ianya jd isu besaq masa tu kalau tak silap dah kecoh kejap pd tahun 2002 atau 2003 dekat2 PRU jugak. Sekarang ni kita kena musimnya la. Sama jugak tanah yg dianugerahkan kepada koperasi guru 20 tahun lalu. koperasi serah kat pemaju, kecoh jugak la org g buah pala. Takpa la koperasi. Ni serah kat Satim, satim p jual kat syarikat miliknya, pastu jual pula ke PKNS. Untung masuk sorang2. Rumusannya Melayu tipu melayu yg bodoh.

Mat Kelubi said...

mohon ditetapkan niatnya itu..jgn gunakan alasan ahli parti mahukan dia bertanding dia tarik balik niatnya...

Anonymous said...

Baguslah kalau dah sedar orang meluat dengan kepimpinan nya. Bagi Dato Najib nampaknya senang sikit buat keputusan keatas mangkuk berayun ini. Macam membela biawak hidup !!!!!!