Monday, November 21, 2011

JADILAH PENGACARA PROFESIONAL

Sudah sampai masanya setiap stesen televisyen perlu memikirkan usaha melatih pengacara yang profesional. Jika sudah ada, perlu diramaikan agar program tidak cacat dan hambar. Perkataan penting di sini ialah profesional. Mendapatkan seseorang mengacara sesuatu rancangan tidaklah sukar tetapi untuk mencari pengacara profesional memanglah satu tugas berat dan mencabar.

Dua majlis besar yang dihadiri oleh penulis dua hari lalu ialah Muzik Ekstravangza terbitan RTM dan Media Corp, Singapura pada Sabtu lalu dan Festival Filem Malaysia (FFM) di PICC, Putrajaya yang dianjurkan oleh GAFIM dan FINAS tetapi penerbitan acara itu dibuat oleh ASTRO menerusi tayangan Astro Prima.

Dalam acara ME, RTM memutuskan untuk memilih dua pelawak tempatan iaitu Saiful Apek dan Jeb serta menggunakan khidmat pengacara Singapura, Suhaimi Yusof. Pemerhatian penulis mendapati bahawa pengacara Singapura nampaknya lebih bersahaja tanpa memerlukan 'que card' manakala Apek dan Jeb pula terkial-kial membaca termasuk nama tetamu khas iaitu Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim dan Menteri Penerangan Singapura, Dr Yaakob Ibrahim. Ini satu perbezaan besar antara pengacara Malaysia dan Singapura.

Walaupun kedua-dua negara menampilkan pelawak sebagai pengacara tetapi Suhaimi nampaknya lebih bersedia dan bertindak profesional dengan mengingatkan apa yang perlu disebut dan diumumkan sedangkan pengacara Malaysia terpaksa melihat kertas dan membacanya. Ini menganggu kelancaran program apatah lagi tersalah sebut sedangkan ia terbentang luas di atas kertas. Bagi pengacara Singapura, tiada kesilapan dibuatnya walaupun tanpa menggunakan 'que card' dan terserlah keupayaannya. Tidak hairanlah beliau terpilih dalam pertandingan pengacara terbaik di peringkat Asia yang akan dipertandingkan.

Tidak salah memilih pelawak, tetapi penerbit perlu melatih mereka dengan baik agar program berjalan lancar dan teratur. Ini memerlukan sikap bersungguh-sungguh untuk menghafalnya dan jika membawa 'que card', ia sekadar untuk membantu ketika pengacara terlupa atau menghadapi kebuntuan. Penggantungan terus kepada kertas memang kelihatan tidak profesional. Malah ini yang sering disuarakan oleh DSU.

Kedua ialah majlis FFM malam tadi yang menampilkan Ogy Ahmad Daud dan Johan (pemenang tempat ketiga Raja Lawak). Mereka menggunakan 'que card' sepanjang masa dan adakalanya tersasul atau tersalah sebut nama tertentu seolah-olah seperti 'budak baru belajar' dan ini amat memalukan.

Yang lebih parah ialah apabila Ogy salah menyebut nama tetamu khas yang menyebabkan penulis terfikir adakah beliau sesuai lagi diambil sebagai pengacara. Ada juga kalangan rakan-rakan berpendapat bahawa beliau sudah terlalu 'dimanjakan' sehingga merasa besar dan boleh menghambur apa saja yang terlintas di kepala. Jawapannya tidak boleh ikut suka dan perlu memastikan ia beradab terutama mengetepikan kepentingan Bahasa Melayu.

Jika stesen sudah menetapkan untuk menganjurkan program itu dalam Bahasa Melayu, eloklah diberikan panduan kepada pengacara untuk menggunakan Bahasa Kebangsaan sepenuhnya dan jika terlintas untuk menggunakan bahasa Inggeris pastikan ia tidak dirojakkan dengan Bahasa Melayu. Ambilah berat sedikit mengenai perkara ini.

7 comments:

Anonymous said...

Salam Datuk Tiger..

Saya berkongsi pendapat dengan Datuk dan merasakan kadangkala pengacara kita kurang membuat homework tentang 'kerja' mereka, buat sambil lewa dan tidak menghargai peluang yang ada.

Berkenaan Ogy, beliau rasanya sudah tidak relevan lagi pada masa kini. Mungkin Johan patut dipasangkan dengan seseorang yang lebih serius untuk memberi keseimbangan pada anugerah yang sedikit membosankan malam tadi. Sekian..


-anak murid kulupbana

Anonymous said...

bro,

johan ada sebut 'backside'. tu dah mencarut namanya. nasib baik fauziah betulkan sebagai 'back stage'.

benda2 macam ni tak boleh digalakkan...

SSS Admin said...

Makluman

Kajian Semula Sistem Pendidikan bersama UNESCO

Artikel susulan bloggers:-

The Story of The Satu Sekolah Memo

Perjuangan KEMPEN SSS kini berputik!

Terima Kasih.

Idealis Malaysia said...

Tahniah atas teguran Dato'

bagi saya RTM ketinggalan dalam byk aspek... dari segi pengisian, profesionalisme, strategi dan bayak lagi adalah kerana SIKAP warga RTM sendiri... transformasi dan anjakan perlu SEGERA dilakukan oleh pihak Dato'... jika tidak RTM akan semakan ditingalkan dan akan semakin jauh berada di kebelakang...

Walhal RTM sepatutnya menjadi antara stesyen pilihan dan popular dikalangan rakyat barulah RTM memainkan peranan secara strategik sebagai agen penerangan dan propaganda berkesan kepada kerajaan...

kalau berdasarakan keadaan masa kini matlamat sebagai agen penerangan dan propaganda berkesan kepada kerajaan GAGAL dicapai sama sekali oleh RTM... adakah seluruh warga RTM tidak berasa MALU atau mahu terus senyap dan syok sendiri di dalam dunia fantasi... selesa makan gaji dgn kerajaan... sbb sure punya dpt gaji berbanding TV radio swasta yg berisiko dihentikan jika gagal menepati rating yg dikehendaki...

Semoga RTM mampu memainkan peranannya terutama pilihanraya yg dah semakin hampir ini...

jebat said...

Salam dato' Tiger,

Telah lama saya perhati: Masa terkini orang tidak mementingkan kepetahan dan kelancaran
penuturan seseorang.

Penacara yang banyak menyebut "err * dan ähh"dalam peunuturan nya lebih menonjol dari yang petah.

Adakah ini satu TREND baharu dalam penyiaran ?

Kemanakah hilangnya keupayaan dan kelancaran penuturan ?

Anonymous said...

Menjawab kepada comment "Salam Perjuangan"

saya warga kerja di RTM dan kami sedikit pun tidak merasakan kami SYOK sendiri.
kepada yang tidak berkerja di RTM tidak mengetahui Do's & Don't serta limitasi kami di RTM. kami mahu saja ambik pengacara yang berkaliber seperti Dato' Mahathir Lokman ataupun Wan Zaleha Radzi. tp mampukah kami di RTM membayar khidmat mereka dengan limitasi serta SOP yg kami kena ikut? RM1200 untuk pengacara. itu hanya 1/4 daripada bayaran yg pengacara berkaliber ini terima.
limitasi lain termasuk konsep program, pilihan lagu, dan segala perincian penerbitan disekat kreativiti hanya kerana hendak mengikut SOP yang disediakan kementerian. saya rasa kami di RTM ni berkorban segala benda & kreativiti termasuk maruah diri hanya kerana mahu mengikut SOP dan segala limitasi yang TERPAKSA dipatuhi.
di FFM boleh saja main lagu Rock sbb penerbitannya swasta... kalau di RTM letak Rock satu saja, pegawai menteri sudah bising, menteri tidak suka.
kalau di TV swasta boleh apa saja. kononnya RTM tv kerajaan, kita kena ikut dasar kerajaan.
dalam kementerian sendiri ada saja birokrasinya. contohnya kalau JKKN buat tarian india tanpa menggunakan penari india - TIDAK MENGAPA
kalau RTM buat - Penerbit kena AMARAN
kalau RTM semua tak kena, tapi kalau dok dalam ni baru tahu langit tinggi rendah betapa susahnya penerbit-penerbit ini mahu berkarya...
saya dah tengok banyak rancangan luar, tapi nak banding dengan kerja yang penerbit RTM buat... sangat jauh bezanya ... bukan kerana tidak mampu buat seperti orang luar, tapi banyak sangat halangan dan birokrasi. yang malangnya, orang hanya tahu hentam tanpa memeriksa apa yang ada disebalik sesuatu kecacatan. tapi sy paham, orang bukan peduli tentang semua itu, orang hanya mahu hasil.
pada saya ia takkan berhasil sampai bila-bila pun kerana RTM tetap tv kerajaan dan ikut dasar kerajaan.

cuma pelik la, pemikir-pemikir kerajaan tak perasan ke yang RTM itu tidak popular? bagaimana nak menjadi senjata kerajaan kalau kita tak ditonton pun oleh sesiapa? macamana nak sampaikan agenda dan dasar kalau tidak langsung di tonton?
kalau tau tidak popular, dasar kena tukar, approach kena lebih popular. kaji apa itu terma popular. yang sedihnya, bila ada saja langkah yang diambil untuk menggunakan pendekatan popular, mesti akan dibantah walaupun tidak pernah dicuba. kesian penerbit2 la yang ada idea dan kreativiti.

Anonymous said...

sy bersetuju dengan Dato' kalau kita katakan pengacara kita tidak popular. walaupun sy tahu limitasi penerbitan, tapi pengacara harus buat homework. bukan setakat tahu buat lawak bodoh atas pentas.
homework ni bukan untuk pengacara saja. termasuk semua yang terlibat, termasuk penyanyi, pemuzik, pengacara dan sesiapa saja yang berada diatas pentas. sy dah menghadapi byk masalah dengan penyanyi yang lagu sendiri pun tak boleh hafal. anda dibayar untuk menyanyi, tapi buat "kerja" sebagai penyanyi tak mahu. hafal lirik pun susah. nak kena ade promter.
tak diambil nanti "menyalak" kepada DSU kononnnya RTM tidak panggil. tapi kalau RTM panggil, dia buat kerja apa yang patut. kononnya byaran murah. tapi basic thing sebagai penyanyi iaitu menghafal lagu pun dia kata tak perlu sbb ada promter.
yang orang nampak penerbitan RTM tidak bermutu.