Monday, November 14, 2011

RAHSIA NILAMAS ESOK?

KUALA LUMPUR : Nilamas Corp Bhd, yang dikatakan akan menjadi saingan kepada ASTRO akan mengumumkan pasukan pengurusan dan editorialnya esok.

Laporan BK Sidhu (The Star) menyatakan bahawa NCB akan menerangkan bagaimana syarikat ini boleh 'hidup' untuk tahun-tahun mendatang sedangkan ramai tahu beberapa syarikat yang sebelum ini hilang begitu saja malah ada yang berkubur sebelum dapat berdiri. Antaranya MegaTV dan MITV.

Sidhu juga memetik laporan sumber yang menyatakan bekas CEO dan pengasas Malaysian Insider, Sreedhar Subramaniam dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah rangkaian televisyen kabel digital itu.

Syarikat itu dikatakan sudah mengambil ramai kakitangan antaranya bekas petugas NTV7, TV3 dan Bernama TV untuk bersiap sedia menyediakan perkhidmatan mulai tahun depan.

Pusat penyiaran Nilamas ialah di Puchong dan ahli lembaga pengarahnya terdiri daripada bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), TS Mohd Anwar Mohd Nor; bekas KSU, TS Mohamad Noor Rahim dan bekas KSU, Datuk Nik Mohamad Amin Nik Abu Bakar.

Sama-samalah kita tunggu pengumuman esok.

Ada laporan mengenai kelebihan dan kekurangan perkhidmatan Nilamas dalam blog sebelum ini.

2 comments:

ibrahim yahaya said...

Nilamas yang menggunakan ABN - Asia Broadcasting Network sebagai channel ID. Majlis softlaunch dikatakan di Hotel Shangrila pada jam 8 malam esok.

jebat said...

Salam dato'

Kami memang menunggu TV alternatif semuga ianya akan muncul lebeih baik
dari yang ada.

ASTRO begitu membosankan
Siaran nya berulang berpuluh kali,
Cerita yang sama, acara yang sama,.. dah tak ada modal,

BENGANG LAIN AGAKNYA !!!