Pak Khir Toyo tidak mahu melihat bangsa Melayu terus dipandang hina. Tidak hairanlah berbuih mulutnya untuk menjelaskan mengapa beliau memberikan penyapu tetapi orang lain tetap mempertikaikannya. Yang ekstrem menyifatkan Pak Khir sebagai pemimpin yang tidak mempedulikan budaya Melayu. Pemimpin yang tidak menghormati rakyatnya.
Pak Khir, bagi saya teruskanlah usahamu untuk membangunkan semula maruah bangsa Melayu. Melayu tidak boleh tidur dan dibuai mimpi. Melayu tidak boleh ketinggalan zaman. Melayu tidak boleh melihat penyapu itu sial dan memalukan tetapi membiarkan diri mereka terus dihina dan "menumpang" atau menghuni di bangunan orang lain.
Ketika saya makan di Hotel Legend baru-baru ini, seorang teman bertanya, "Saudara, tahukah saudara bahawa ketika ini saudara minum kopi di mana? Di Legend Hotel, kata saya. "Tahukah saudara bahawa orang Melayu perlu bangun dari tidur jika mereka tidak mahu terus menumpang di hotel milik orang lain. Tidur di hotel milik orang lain, minum dan makan di hotel orang lain. Saudara saya bukan timbulkan isu perkauman tetapi Melayu perlu sedar kedudukan ekonomi mereka." katanya bersemangat. Saya tersedar dan percaya jika orang Melayu tidak mahu "bangun dari tidur", mereka akan tetap minum, makan dan menumpang tidur di hotel orang lain. Begitu juga perkara lain.
Pak Khir, tidak payahlah meminta maaf jika usahamu untuk memartabatkan bangsa Melayu seperti dikehendaki oleh Paklah tidak diterima orang. Jika ditakdirkan kita terpaksa berundur atau diminta berundur kerana kita berusaha memartabatkan maruah Melayu, kita tidak akan merasa malu seperti anak babi yang sentiasa tunduk di belakang ibunya kerana malu beliau adalah seekor "anak babi".
Teruskan usahamu Pak Khir dan sedarlah ramai yang melihatmu dari jauh. Jika kita terkulai keseorangan ketika berperang memartabatkan bangsa, ingatlah motif perjuangan untuk menegakkan maruah bangsa Melayu itu satu usaha mulia. Percaya dan yakinlah, apabila maruah bangsa dimartabatkan, kita boleh berjalan megah.
Monday, November 19, 2007
HINDARKAN GESAAN HINDRAF
Saya selalu menulis perkara ini. Saya akan tetap menulis lagi. Tidak payahlah berhimpun beramai-ramai jika tidak perlu. Berhimpunlah di tempat sesuai seperti dalam stadium tertutup, stadium terbuka atau ballroom hotel. Tidak payahlah berarak, banyak kesan sampingannya. Pandangan ini sebagai rakyat Malaysia yang menghargai keamanan dan keharmonian negara ini. Percaya dan yakinlah.
Sudah terbukti di negara ini, rakyat Malaysia memang suka melihat sesuatu yang berlaku di tepi lebuhraya, padang atau kawasan lapang. Mereka selalu ingin tahu dan adakalanya menyertainya. Lihatlah apakah antara penyebab berlakunya kesesakan lalu lintas di lebuhraya. Jawapannya, pemandu memperlahankan kereta mereka untuk melihat pemandu lain yang menukar tayar pancit di tepi lebuh raya. Orang tukar tayar pancit tetapi kesannya kesesakan lalulintas yang amat sangat, berpuluh batu.
Inikan pula hendak mengadakan perhimpunan. Pasti menggalakkan orang lain untuk melihatnya. Sekali lagi saya nyatakan apa akan jadi jika ada pihak yang tidak bertanggungjawab menangguk di air keroh. Pasti ramai yang marah saya mengutarakan pandangan itu. Apa hal si rimau ini? Orang hendak dengar ke cakap dia? Tetapi tidak mengapa kerana biarlah saya dimaki atau dimarahi asalkan negara kita, Malaysia aman sentiasa. Tidak payahlah berarak untuk menunjukkan sesuatu. Yang sudah lepas tu memang tidak boleh diperbetulkan lagi, tetapi akan datang tidak payahlah.
Oleh itu, saya menyanjungi tinggi peranan MIC yang meminta orang ramai tidak hadir dalam perhimpunan Hindraf, Sabtu ini. Tidak payahlah lepas satu, kemudian satu lagi. Jangan biarkan perhimpunan ini menjadi barah kepada keamanan dan keharmonian. Merebak dan boleh menghancurkan negara. Bagaimana silent majority? Kemukakanlah pandangan anda semua.
Malaysiakini melaporkan bahawa MIC hari ini menggesa masyarakat India supaya tidak menghadiri perhimpunan anjuran Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) di luar bangunan Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur hujung minggu ini. Gesaan itu dibuat oleh Setiausaha Agung MIC, S Subramaniam dan Ketua Pemuda MIC, S Vigneswaran dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Bulan lalu, Hindraf memfailkan saman terhadap kerajaan British kerana didakwa gagal untuk melindungi hak masyarakat minoriti India apabila merangka Perlembagaan Persekutuan 50 tahun lalu. Saman itu menyebut, kegagalan kerajaan British itu telah menyebabkan masyarakat India kekal menjadi masyarakat yang dijajah di bawah kerajaan Malaysia.
Perhimpunan tersebut, yang menurut pihak penganjurkan akan dihadiri oleh kira-kira 100,000 orang, juga akan menyaksikan penyerahan satu petisyen kepada Ratu Elizabeth II. Petisyen itu meminta baginda membantu memastikan Hindraf mendapatkan peguambela di United Kingdom untuk mengemukakan kesnya di mahkamah British.
Vigneswaran pula menggesa masyarakat supaya "berfikir dengan jelas sebelum membuat keputusan" untuk menghadiri perhimpunan tersebut, di mana maklumat terperinci mengenainya diedarkan melalui SMS (perkhidmatan pesanan ringkas).
Ketua Pemuda MIC itu berkata , Hindraf bertindak secara "amat tidak bertanggungjawab" dengan memberitahu rakyat supaya jangan bimbang mengenai polis atau keperluan untuk mendapatkan permit.
"Kita bimbang perhimpunan tersebut akan mencetuskan kekacauan. Rakyat akan menjadi mangsa perhimpunan haram tersebut. Jadi, kita berharap rakyat akan menolak cadangan yang negatif dan berpegang kepada yang positif," katanya.
"Suruhanjaya Tinggi British ditutup pada hari Ahad, Hindraf mendakwa mereka mahu menunjukkan kepada suruhanjaya tinggi itu bahawa masyarakat India bersatu dalam memperjuangkan nasib mereka. Dan dakwaan mereka bahawa setiap seorang kaum India akan menerima wang jika mereka menang dalam kes tersebut adalah satu pembohongan," tambahnya.
(Renungan Rimau : Saya boleh merasakan apa tujuan sebenarnya Hindraf ini. Saya dengar ada usaha meminta Lee Kuan Yew membela mereka. Betul ke? Tidak payahlah berhimpun untuk menghantar saman. Cukuplah menghantar dua tiga orang kepada sesiapa yang ingin disampaikan. Berarak ini mampu menimbulkan pelbagai masalah. Saya tidak akan memaafkan penganjur jika sesuatu berlaku. Dengarlah cakap saya. Mungkin silent majority yang cintakan negara ini bersetuju dengan saya.)

"PM" BARU SEDIA LETAK JAWATAN
"PM BARU" sanggup meletakkan jawatan jika ada pihak mampu membuktikan bahawa SPR "melaksanakan" unsur-unsur penipuan dalam Pilihan Raya Umum akan datang. Ini yang dinyatakan oleh "PM Baru", gelaran yang saya berikan kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, malam ini yang disiarkan oleh Buletin Utama, TV3.
Bagaimanapun, beliau menegaskan pihak yang ingin membuktikan penipuan itu bukanlah menjerit-jerit di jalanan tetapi membuktikannya di mahkamah. Hanya mahkamah yang boleh menghakimi SPR sama ada melaksanakan penipuan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Beliau juga menyelar pihak yang membuat tuduhan melulu kepada SPR terutama menerusi demonstrasi jalanan. Baginya menuduh memang mudah tetapi yang penting baginya ialah membuktikan SPR bersalah. Betul juga kata beliau.
(Renungan Rimau : Seseorang itu perlu meletakkan jawatan jika kontrak perkhidmatannya tamat. Macam kontrak saya tamat Disember lalu, maka saya pun berhenti daripada berkhidmat dengan kerajaan sebagai perunding media. Selepas itu kerajaan tidak memerlukan saya lagi dan pandai-pandailah saya mencari kerja lain. Selagi beliau dalam perkhidmatan, TS Abdul Rashid tidak perlu meletakkan jawatan dan meminta semua orang dalam SPR meletakkan jawatan. Tidak payahlah bercakap lagi kerana lebih banyak kita bercakap lebih banyak kita buat salah. Tolonglah faham sedikit. Yang menanggung beban kesilapan dalam percakapan bukan orang lain tetapi kerajaan. Pembangkang pasti akan membelasah kerajaan walaupun kesalahan dalam memberi maklumat itu dibuat oleh individu termasuk Pengerusi SPR.)

SEGALA YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA.
Tengahari ini saya makan dengan dua orang kawan di Lucky Garden, Bangsar. Dua cerita menarik yang boleh dikongsikan bersama. Kehidupan di Kuala Lumpur, kehidupan di bandar besar.
Seorang yang bekerja sendiri dan seorang lagi yang bekerja dengan swasta. Kehidupan A yang bekerja sendiri itu sudah tentu ada "turun naik"nya apatah lagi menjalankan perniagaan yang banyak persaingan. Kehidupan B pula yang berpengalaman luas terpaksa melalui "tekanan" kerana kurang diberikan perhatian oleh orang atas. Yang menariknya "orang atas" itu adalah kawan-kawannya dahulu tetapi berada di atas kerana nasib dan rezeki mereka. B merasakan dirinya terhina dan dipermain-mainkan.
Hendak dijadikan cerita, dalam perbualan kami itu, A menceritakan bagaimana mulianya kawannya yang sanggup membantu beliau yang dalam kesusahan. Kawan yang sanggup membantu itu adalah rakan sekolej dulu yang saling "memberi dan meminta" ketika menghadapi masalah kewangan. "Adakalanya saya meminjamkannya sepuluh ringgit dan begitulah sebaliknya." Yang membuat beliau terharu ialah kawannya itu walaupun bergelar jutawan tidak pernah sombong dan selalu menelefonnya. A tidak pernah meminjam wang daripada rakannya itu sejak keluar daripada kolej.
Hari ini membuktikan segala-galanya. Beliau menemui rakannya untuk meminjam "sedikit wang" kerana cek bayaran perkhidmatannya masih belum ditunaikan. Memang beliau "tersangkut" hari ini dan A hanya mahu sedikit wang. Beliau tidak menceritakan bahawa beliau sebenarnya mempunyai wang yang belum boleh ditunaikan. Yang membuat A terharu ialah kawannya itu sanggup memberi jumlah yang lebih tinggi daripada apa yang diinginkan oleh beliau. A tetap menolak kerana beliau meminjam bukan kerana tiada duit tetapi untuk sementara waktu sebelum wangnya boleh dikeluarkan dua hari lagi. Itulah keistimewaan kawan A, tidak sombong dan baik hati.
B pula merungut kerana kawan-kawan tidak membantunya sehinggakan beliau berfikir untuk meletakkan jawatan. "Pengalaman saya tidak dipedulikan dan diberikan kerja yang tidak setimpal dengan pengalaman. Mereka tidak mengendahkan permintaan saya untuk diberikan jawatan yang lebih baik dan setimpal. Mereka ini kawan-kawan dulu. Tidakkah mereka mempunyai sifat kawan tolong kawan?" Saya menasihatkan beliau bersabar kerana apa yang berlaku ada hikmahnya.
B kecewa dengan sikap kawan-kawannya itu. B hairan mengapa kawan-kawannya berubah sikap. "Mereka lupa, ada turun naiknya dalam kehidupan. Banyak contoh yang menunjukkan orang yang di atas satu ketika, kini berada di bawah. Ketika mereka di atas dulu tidak membantu orang, lihatlah bagaimana keadaan mereka sekarang. Mereka ini tidak dipedulikan orang juga. Tunggulah masa dan ketikanya." Saya menasihatkannya agar bertenang dan bersabar. Bagi saya, itulah lumrah kehidupan sekarang. Mungkin ada sebab kawannya tidak boleh membantu beliau. Hanya kawannya saja yang boleh menjawab. Bagi saya, kita tidak perlu meminta-minta dan perlu memberikan yang terbaik di mana kita berada atau ditempatkan. Mudah-mudahan Allah SWT akan membuka pintu rezeki di tempat lain jika kita berusaha bersungguh-sungguh.

PEMBANGKANG BOIKOT MEDIA PERDANA?
Ini berita yang dilaporkan oleh news portal KLPOS yang diterajui oleh Saudara Helmi mengenai tindakan pembangkang untuk memulaukan media "pro-Barisan Nasional". Pro-barisan? Apa maksud ni? Media perdana kini diterbitkan oleh NSTP, Kumpulan Utusan dan Star Publications. Menurut berita KLPOS, gabungan NGO dan parti-parti pembangkang akan mengadakan satu kempen besar-besaran memboikot media akan dilancarkan tidak lama lagi.
KLPOS memetik sumber yang memberitahu kempen itu -seperti perhimpunan BERSIH, akan diketuai oleh PAS dengan sokongan NGO dan parti-parti pembangkang lain. Matlamat utama boikot itu adalah supaya media memainkan peranannya secara adil.
Sumber itu menerangkan media adalah salah satu institusi sosial yang penting dalam sistem pemerintahan demokrasi, bagi memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat dan sepenuhnya untuk mereka dapat membuat pilihan yang saksama antara pelbagai pihak yang menawarkan pelbagai dasar dan pendekatan.
"Kempen boikot media pro Barisan Nasional ini amat penting terutamanya menjelang pilihanraya umum akan datang," kata sumber itu. Jelasnya, kebanyakkan media arus perdana dipunyai secara langsung oleh parti-parti dalam BN.
"Dari pengalaman kita setiap kali menjelang pilihanraya umum, media yang dikuasai kerajaan dan dimiliki oleh syarikat-syarikat yang rapat hubungannya dengan BN akan melakukan apa saja bagi memastikan 'tuan-tuan mereka' menang," dakwa sumber berkenaan.
KLPOS melaporkan sumber itu mendakwa, "Media yang dikuasai kerajaan ini tidak lagi menjadi sumber maklumat yang bertanggungjawab dan berwibawa, jadi pilihan terbaik adalah kita seru orang ramai boikot saja media-media yang memihak ini dari sekarang,"kata sumber tersebut.
Ketika ditanya oleh KLpos.com apakah tujuan sebenar kempen boikot tersebut, apakah parti-parti pembangkang cuba membangkitkan rasa tidak percaya rakyat kepada media arus perdana, kata sumber tersebut, matlamat utama boikot itu adalah supaya media memainkan peranannya secara adil.
"Kita mungkin akan keluarkan satu senarai media yang perlu diboikot, kemudian jika kita dapati laporannya adil dan tidak berat sebelah, kita akan keluarkan media itu dari senarai tersebut, bagitulah sebaliknya." Pembangkang pernah mengadakan kempen boikot media pada tahun 1999 dengan diketuai oleh ahli akademik, kolumnis dan intelektual terkenal Rustam A Sani.
Ditanya siapakah yang akan mengetuai kempen boikot media kali ini, kata sumber terbabit, "Kami mempertimbangkan beberapa nama, saya tidak boleh mendedahkan butirannya secara terperinci lagi sehingga pengumuman mengenainya dibuat tidak lama lagi," katanya.
(Renungan Rimau : Jika pemulauan itu benar-benar berlaku, sudah pasti ia memberi kesan kepada penjualan akhbar yang akan membawa pengurangan keuntungan. Ini akan menjejaskan pendapatan syarikat media terutama akhbar Melayu dan pasti "membingungkan" pengurusannya untuk membayar gaji pengarang dan wartawan yang kebanyakannya bangsa Melayu. Akhbar Melayu kini menghadapi masalah untuk mendapatkan iklan kerana pengiklanan dikuasai oleh kaum lain. Maka semakin parahlah syarikat akhbar Melayu nanti. Peribahasa Melayu ada menyebut, BIAR MERANGKAK, JANGAN MENJALAR yang membawa maksud lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya. Fikir-fikirkanlah. Politik-politik juga, rezeki bangsa Melayu jangan dilupakan).

PERTINGKATKAN SISTEM PENGHANTARAN

Datuk Dr Mat Yasir Ikhsan

Datuk Mohd Said Yusof
Agensi kerajaan perlu memastikan bahawa mereka bukan bertindak sebagai "agensi penghantar" dalam sistem penghantaran (delivery system) tetapi lebih daripada itu sejajar memperbaiki kehidupan rakyat.
Dua Ahli Parlimen Kerajaan hari ini mahu agensi-agensi terbabit bukan saja menjadi "penghantar" tetapi juga sebagai pembimbing, penasihat dan memantau segala perkhidmatan serta barangan yang diberikan. Umpamanya, agensi pertanian bukan setakat menghantar baja atau benih kepada petani tetapi membimbing mereka menggunakan baja atau benih dengan terbaik di samping memantau pencapaian mereka. Serentak itu, usaha memantau KPI agensi berkenaan ialah dengan melihat berapa ramai usahawan tani yang berjaya diwujudkan dalam tahun berkenaan.
Ahli Parlimen Jasin, Melaka, Datuk Mohd Said Yusof dan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Selangor, Datuk Dr Mat Yasir Ikhsan melontarkan pandangan mereka dalam program Dari Parlimen terbitan RTM pagi ini. Program itu dikendalikan oleh Norazly Mohd Noh.
Sunday, November 18, 2007
HARIMAU MALAYSIA AKAN PUPUS?
Harimau di negara ini akan pupus jika tiada kawalan terhadap kegiatan pemburuan haram dan pengeksportan daging haiwan itu ke luar negara. Ini kerana seekor harimau dibayar antara RM20,000 hingga RM25,000 manakala harga harimau kumbang pula boleh mencecah sehingga RM12,000. Lumayan walaupun berisiko tinggi untuk menangkapnya.
Mengikut Buletin Utama TV3 malam ini, harimau itu dibunuh dan dagingnya yang dilapah di negara ini akan dieksport ke Thailand, China, Korea dan Taiwan untuk dijadikan makanan istimewa bagi pengemarnya. Pemburuan haram itu dijalankan di hutan Kelantan, Pahang dan Perak. Marilah kita memastikan harimau di negara ini tidak pupus.

PAKLAH TERKEJUT DENGAN "PM BARU"
Paklah terkejut Pengerusi SPR (yang saya sifatkan seolah-olah beliau "PM Baru") mengetahui tarikh pilihan raya umum akan datang.
Menurut Buletin Utama TV3 malam ini Paklah meminta semua pihak tidak payah memikirkan tarikh itu tetapi sebaliknya menjalankan tugas harian seperti biasa. Apabila tiba pilihan raya nanti, maka semua pihak perlu menggerakkan jentera pilihan raya mereka untuk memastikan kemenangan BN.
(Renungan Rimau: Kalau Paklah terkejut, saya lebih terkejut dengan kenyataan Pengerusi SPR yang mengetahui tarikh PRU. Amacam? Nampaknya, Pengerusi SPR dapat ilham lebih awal daripada PM).

MCA MARAH "PM" BARU
MCA hari ini menyuarakan kemarahan terhadap "PM Baru" yang mengetahui tarikh PRU akan datang. Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan kenyataan Tan Sri Abdul Rashid Rahman itu sebagai satu pembohongan dan mencari publisiti untuk dirinya. Menurut Dr Chua, hanya Paklah saja yang mengetahui tarikh PRU akan datang dan TS Rashid (yang seolah-olah macam "PM" pulak) buatlah kerja yang sudah dipertanggungjawabkan.
Kemarahan Dr Chua itu dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini yang memetik laporan China Press. Menteri Kesihatan itu juga mahu masyarakat Cina bertindak bijak dengan tidak mengundi DAP semata-mata kerana "marah-marah" dengan UMNO.
Menurut beliau, masyarakat Cina juga perlu memperbetulkan persepsi bahawa kerajaan sekarang adalah "Kerajaan Melayu" dan memilih DAP bermakna memilih parti yang membela nasib kaum Cina. "Ini (persepsi sebegini) boleh menimbulkan ketegangan kaum dan boleh menimbukan insiden seperti yang berlaku pada 13 Mei."
(Renungan Rimau : Jangan cari pasal kalau tiada pasal. Buat kerja sebagai Pengerusi SPR dan tidak payahlah menjalankan peranan orang lain. Hari ini MCA marah. Esok, UMNO pula dan MIC tentu akan belasah beliau. Jangan cari pasal.)

HENDAK JADI PM BERTANDING PILIHAN RAYA
Ramai orang yang bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri Malaysia. Setakat ini, hanya lima orang saja yang berjaya menjadi PM. Yang paling hampir untuk menjadi PM iaitu sebagai Timbalan Perdana Menteri juga tidak merasa kerana pelbagai sebab antaranya meletakkan jawatan, diminta meletakkan jawatan, meninggal dunia dan membawa diri. Itulah kisah hidup pemimpin di negara ini.
Dalam mood pilihan raya sekarang, orang yang menjadi tumpuan ialah Perdana Menteri. Ini kerana beliau saja yang akan menentukan "bila" pilihan raya akan datang. Ketika berucap di Perhimpunan Agung UMNO minggu lalu, Paklah berkata beliau belum mendapat ilham lagi dan ini bermakna tarikh pilihan raya belum ada di kepalanya. Oleh itu, rakyat negara ini perlu menunggu lagi sehingga Paklah mendapat ilham.
Ketika menunggu itulah muncul pula "Perdana Menteri" lain yang mengumumkan bahawa beliau tahu "tarikh pilihan raya" itu tetapi tidak mahu memberitahu kepada media. PM baru ini ialah Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman. Apa ni? Kalau dah tahu tarikh pilihan raya, beritahu sajalah kepada media. Kalau tidak tahu, buat cara tidak tahu dan janganlah kenyataan kita memburukkan imej orang lain. Apa tidaknya. Jika Pengerusi SPR mengetahui tarikh PRU diadakan maka sudah tentu ia mendapatnya daripada PM kerana umum mengetahui PM saja yang akan memberikan tarikh itu.
TS Abdul Rashid ini memang gemar bercakap dan sesetengah orang menyifatkan orang yang suka bercakap boleh mendatangkan kebaikan atau keburukan kepada agensi yang diterajuinya. Jika ia bertujuan untuk memberi penjelasan, maka eloklah seseorang ketua itu bercakap tetapi jika tidak mempunyai tujuan, maka "bahan" yang dihamburkan itu sudah pasti menjadi "kontroversial" dan menimbulkan prasangka. Diam sajalah.

Subscribe to:
Posts (Atom)