Monday, November 19, 2007

MELAYU PERLU BANGUN DARI TIDUR

Pak Khir Toyo tidak mahu melihat bangsa Melayu terus dipandang hina. Tidak hairanlah berbuih mulutnya untuk menjelaskan mengapa beliau memberikan penyapu tetapi orang lain tetap mempertikaikannya. Yang ekstrem menyifatkan Pak Khir sebagai pemimpin yang tidak mempedulikan budaya Melayu. Pemimpin yang tidak menghormati rakyatnya.

Pak Khir, bagi saya teruskanlah usahamu untuk membangunkan semula maruah bangsa Melayu. Melayu tidak boleh tidur dan dibuai mimpi. Melayu tidak boleh ketinggalan zaman. Melayu tidak boleh melihat penyapu itu sial dan memalukan tetapi membiarkan diri mereka terus dihina dan "menumpang" atau menghuni di bangunan orang lain.

Ketika saya makan di Hotel Legend baru-baru ini, seorang teman bertanya, "Saudara, tahukah saudara bahawa ketika ini saudara minum kopi di mana? Di Legend Hotel, kata saya. "Tahukah saudara bahawa orang Melayu perlu bangun dari tidur jika mereka tidak mahu terus menumpang di hotel milik orang lain. Tidur di hotel milik orang lain, minum dan makan di hotel orang lain. Saudara saya bukan timbulkan isu perkauman tetapi Melayu perlu sedar kedudukan ekonomi mereka." katanya bersemangat. Saya tersedar dan percaya jika orang Melayu tidak mahu "bangun dari tidur", mereka akan tetap minum, makan dan menumpang tidur di hotel orang lain. Begitu juga perkara lain.

Pak Khir, tidak payahlah meminta maaf jika usahamu untuk memartabatkan bangsa Melayu seperti dikehendaki oleh Paklah tidak diterima orang. Jika ditakdirkan kita terpaksa berundur atau diminta berundur kerana kita berusaha memartabatkan maruah Melayu, kita tidak akan merasa malu seperti anak babi yang sentiasa tunduk di belakang ibunya kerana malu beliau adalah seekor "anak babi".

Teruskan usahamu Pak Khir dan sedarlah ramai yang melihatmu dari jauh. Jika kita terkulai keseorangan ketika berperang memartabatkan bangsa, ingatlah motif perjuangan untuk menegakkan maruah bangsa Melayu itu satu usaha mulia. Percaya dan yakinlah, apabila maruah bangsa dimartabatkan, kita boleh berjalan megah.

3 comments:

Anonymous said...

Ibrahim,

Sorry but this doesn't relaly have anything to do with this blog topic, but I wanted to ask your views and comments on what you feel are the challenges in branding malaysia and also what your own perceptions are on what brand malaysia is to you...would appreciate a response to this asap.

Thanks so much

Melot

Anonymous said...

sungguh bermakna artikel ini. i copy and send to buletin to all fren s melayu sebagai tatapan and kesedaran.

ibrahim yahaya said...

Sdr Melot,

Bagi saya, Malaysia adalah sebuah negara yang unik dan istimewa di mana setiap anggota masyarakatnya memainkan peranan masing-masing dalam memastikan negara ini bergerak mengikut tempo dan acuannya sendiri.

Ia tidaklah semaju Singapura dan juga tidak terkebelakang seperti negara Asean yang lain. Dalam ertikata lain, ia berada pada kedudukan tersendiri yang membolehkan Malaysia mampu menandingi banyak negara lain di dunia dalam pelbagai bidang.

Masalah utama adalah berkaitan faktor kecekapan dan kewibawaan dalam semua aspek terutama dalam sektor awam. Umpamanya, adakala dasar yang diperkenalkan cukup baik tetapi disebabkan kegagalan pelaksanaannya, Malaysia digambarkan sebagai negara yang tidak adil terhadap rakyatnya. Ini secara langsung mencacatkan usaha melabelkan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dan istimewa.