Monday, November 19, 2007

HINDARKAN GESAAN HINDRAF

Saya selalu menulis perkara ini. Saya akan tetap menulis lagi. Tidak payahlah berhimpun beramai-ramai jika tidak perlu. Berhimpunlah di tempat sesuai seperti dalam stadium tertutup, stadium terbuka atau ballroom hotel. Tidak payahlah berarak, banyak kesan sampingannya. Pandangan ini sebagai rakyat Malaysia yang menghargai keamanan dan keharmonian negara ini. Percaya dan yakinlah.

Sudah terbukti di negara ini, rakyat Malaysia memang suka melihat sesuatu yang berlaku di tepi lebuhraya, padang atau kawasan lapang. Mereka selalu ingin tahu dan adakalanya menyertainya. Lihatlah apakah antara penyebab berlakunya kesesakan lalu lintas di lebuhraya. Jawapannya, pemandu memperlahankan kereta mereka untuk melihat pemandu lain yang menukar tayar pancit di tepi lebuh raya. Orang tukar tayar pancit tetapi kesannya kesesakan lalulintas yang amat sangat, berpuluh batu.

Inikan pula hendak mengadakan perhimpunan. Pasti menggalakkan orang lain untuk melihatnya. Sekali lagi saya nyatakan apa akan jadi jika ada pihak yang tidak bertanggungjawab menangguk di air keroh. Pasti ramai yang marah saya mengutarakan pandangan itu. Apa hal si rimau ini? Orang hendak dengar ke cakap dia? Tetapi tidak mengapa kerana biarlah saya dimaki atau dimarahi asalkan negara kita, Malaysia aman sentiasa. Tidak payahlah berarak untuk menunjukkan sesuatu. Yang sudah lepas tu memang tidak boleh diperbetulkan lagi, tetapi akan datang tidak payahlah.

Oleh itu, saya menyanjungi tinggi peranan MIC yang meminta orang ramai tidak hadir dalam perhimpunan Hindraf, Sabtu ini. Tidak payahlah lepas satu, kemudian satu lagi. Jangan biarkan perhimpunan ini menjadi barah kepada keamanan dan keharmonian. Merebak dan boleh menghancurkan negara. Bagaimana silent majority? Kemukakanlah pandangan anda semua.


Malaysiakini melaporkan bahawa MIC hari ini menggesa masyarakat India supaya tidak menghadiri perhimpunan anjuran Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) di luar bangunan Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur hujung minggu ini. Gesaan itu dibuat oleh Setiausaha Agung MIC, S Subramaniam dan Ketua Pemuda MIC, S Vigneswaran dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Bulan lalu, Hindraf memfailkan saman terhadap kerajaan British kerana didakwa gagal untuk melindungi hak masyarakat minoriti India apabila merangka Perlembagaan Persekutuan 50 tahun lalu. Saman itu menyebut, kegagalan kerajaan British itu telah menyebabkan masyarakat India kekal menjadi masyarakat yang dijajah di bawah kerajaan Malaysia.

Perhimpunan tersebut, yang menurut pihak penganjurkan akan dihadiri oleh kira-kira 100,000 orang, juga akan menyaksikan penyerahan satu petisyen kepada Ratu Elizabeth II. Petisyen itu meminta baginda membantu memastikan Hindraf mendapatkan peguambela di United Kingdom untuk mengemukakan kesnya di mahkamah British.

Vigneswaran pula menggesa masyarakat supaya "berfikir dengan jelas sebelum membuat keputusan" untuk menghadiri perhimpunan tersebut, di mana maklumat terperinci mengenainya diedarkan melalui SMS (perkhidmatan pesanan ringkas).

Ketua Pemuda MIC itu berkata , Hindraf bertindak secara "amat tidak bertanggungjawab" dengan memberitahu rakyat supaya jangan bimbang mengenai polis atau keperluan untuk mendapatkan permit.

"Kita bimbang perhimpunan tersebut akan mencetuskan kekacauan. Rakyat akan menjadi mangsa perhimpunan haram tersebut. Jadi, kita berharap rakyat akan menolak cadangan yang negatif dan berpegang kepada yang positif," katanya.

"Suruhanjaya Tinggi British ditutup pada hari Ahad, Hindraf mendakwa mereka mahu menunjukkan kepada suruhanjaya tinggi itu bahawa masyarakat India bersatu dalam memperjuangkan nasib mereka. Dan dakwaan mereka bahawa setiap seorang kaum India akan menerima wang jika mereka menang dalam kes tersebut adalah satu pembohongan," tambahnya.

(Renungan Rimau : Saya boleh merasakan apa tujuan sebenarnya Hindraf ini. Saya dengar ada usaha meminta Lee Kuan Yew membela mereka. Betul ke? Tidak payahlah berhimpun untuk menghantar saman. Cukuplah menghantar dua tiga orang kepada sesiapa yang ingin disampaikan. Berarak ini mampu menimbulkan pelbagai masalah. Saya tidak akan memaafkan penganjur jika sesuatu berlaku. Dengarlah cakap saya. Mungkin silent majority yang cintakan negara ini bersetuju dengan saya.)

5 comments:

Anonymous said...

Hindarkan HINDRAF.Siapa lagi nak membela nasib kami?Perhimpunan ini merupakan perhimpunan yang aman.Mengapa takut sangat sampai nak masuk pejabat orang cari buku?

iwanz said...

saudara yang dikasihi,
saudara mungkin adalah anara penyokong setia kerajaan, itu adalah hak saudara.

saudara gagal menjadi harimau. saudara mestilah menjadi mata dan telinga pihak yang saudara sokong. telusi golongan marhaen.
telusi golongan marhaen.
telusi golongan marhaen.

adalah masib golongan marhaen terbela?.
nasib penjaja tanpa lesen ( bukan tidak meminta tetapi tidak diendahkan)dihambat seperti kucing kurap.
bagaimana nasib setingan kampung beremban.
bagaimana nasib setinggan kampung rimba jaya.
bagaimana nasib pemandu teksi yang dikerah keringat bekerja lebih 10 jam sehari untuk membayar sewa sekurang kurangnya RM 42 sehari sedangkan harga kereta proton tidak lebih sewa sebanyak RM 15. pemilik permit untung atas angin sebanyak RM 25 . kalau 300 permit. untung bersih 7500 sehari?
bagaimana nasib golongan graduan menganggur manu berniaga sendiri tetapi tiada peluang.
bagaimana ptptn menekan rakyat.
bagaimana bank bank tempatan mengaut untung tamak haloba dengan fees fees tidak munasabah.
bagaimana nasib orang tempatan di pedalaman sabah.
bagaimana nasib anaka anaka yatim dipinggirkan.
bagaimana sistem ekonomi islam lumpuh kerana kerajaaan tidak beri perhatian kerana tiada kawana perniagaaan yang tumpbuh subur untuk usahawan runcit bumiputera.
kalau diikutkan ada banyak sangatyang boleh dinukilkan..pesan saya.
telusi golongan marhaen.
kerana doa muslim yang teraniaya dimakbulkan tuhan.

Anonymous said...

Fellow Malaysian India, I think Malay should summoned British, ask for 1000 times of your claim. 25/11 mark as an evidence of the long hauling damage you have done !

Ketika negara ini masih baru mencapai kemerdekaan hasil kesepakatan seluruh etnik di negara ini (Melayu, Orang Asli, India dan Cina), Tun VT Sambanthan ketika ucapannya di Dewan Rakyat pada 1 Jun 1965 menyebut :-

“Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now, what did the Malays do – since we are speaking on racial lines – what did the Malay leadership do? They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship? If we look around in Asia and in East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indians have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here, we found that the Malay leadership said, “We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens”. And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousands of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens.”[ii]

Ini yang dikatakan sebagai Kontrak Sosial. Persefahaman dan tolak ansur antara satu sama lain. Pada hari ini, terutama generasi muda telah lupa apa yang dikatakan sebagai Kontrak Sosial. Mereka tidak pernah didedahkan dengan perkara ini sehingga sudah ada antara mereka yang mula mempersoalkan undang-undang tertinggi negara, Perlembagaan Persekutuan. Sepatutnya perkara seumpama ini didedahkan melalui mata pelajaran sejarah di peringkat sekolah. Guru-guru sejarah seharusnya menerang dan memahamkan perkara ini kepada para pelajar dengan bertanggungjawab, dan tidak hanya menumpukan perkara-perkara yang akan masuk ke dalam kertas PMR atau SPM sahaja.

Tetapi jika dipandang dari sudut yang lain pula, sekiranya setiap etnik India di negara ini berjaya mendapat £1 juta hasil saman tersebut, mungkin etnik Melayu juga boleh memfailkan saman terhadap Kerajaan Britain kerana membawa masuk orang India dan Cina ke Tanah Melayu yang menyebabkan etnik pribumi tersebut terpaksa berkongsi kuasa, kekayaan, tanah dan segalanya dengan etnik lain. Sehingga TV3 terpaksa membuat rancangan Bersamamu untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia betapa ramai lagi orang Melayu yang masih hidup dalam kedaifan walaupun sudah ada rakyat Malaysia yang mempunyai kekayaan berjumlah berbilion-bilion US dollar.

Ponnusamy ada menyebut bahawa 70% daripada masyarakat India di negara ini masih miskin. Selain daripada kerajaan, tidakkah 40 orang terkaya di Malaysia[iii] yang antaranya juga daripada kalangan etnik India mempunyai social obligation bagi membantu rakyat Malaysia yang masih hidup dalam kedaifan ini? Umum mengetahui bahawa peniaga-peniaga Cina mempunyai jaringan mereka sendiri bagi membantu etnik Cina yang memerlukan bantuan. Begitu juga dengan kongelemerat Melayu seperti Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary.

Sekali imbas perkara ini mengingatkan saya peristiwa robohnya Kota Melaka 450 tahun yang lalu akibat daripada sikap khianat Nina Chattu dan Uthimutha yang menjual rahsia Kota Melaka kerana termakan dengan janji manis Portugis. Mereka berdua ini adalah rakyat Melaka (berasal dari Benua Keling) tetapi kerana hasad dengki dan tamak haloba maka mereka sanggup berpaling tadah menjual bangsa dan negara kepada bangsa asing. Ini yang berlaku kini.

merah said...

assallamualaikum...

saya seorang anak muda yg baru belajar mengenal & mempelajari dunia politik dgn lebih mendalam...alhamdulillah sedikit sebanyak saya bnyk mendapat ilmu pengetahuan dri blog saudara..juga topik2 yg saudara utarakan di sini.teruskan usaha saudara utk berkongsi maklumat di blog ini...

-mohd najib abd rahman-

ibrahim yahaya said...

Sdr Mohd Najib,

Saya yakin anda akan pergi lebih jauh lagi kerana mempunyai sikap suka belajar dan gemar mencari maklumat.