Monday, November 19, 2007

"PM" BARU SEDIA LETAK JAWATAN

"PM BARU" sanggup meletakkan jawatan jika ada pihak mampu membuktikan bahawa SPR "melaksanakan" unsur-unsur penipuan dalam Pilihan Raya Umum akan datang. Ini yang dinyatakan oleh "PM Baru", gelaran yang saya berikan kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, malam ini yang disiarkan oleh Buletin Utama, TV3.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pihak yang ingin membuktikan penipuan itu bukanlah menjerit-jerit di jalanan tetapi membuktikannya di mahkamah. Hanya mahkamah yang boleh menghakimi SPR sama ada melaksanakan penipuan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Beliau juga menyelar pihak yang membuat tuduhan melulu kepada SPR terutama menerusi demonstrasi jalanan. Baginya menuduh memang mudah tetapi yang penting baginya ialah membuktikan SPR bersalah. Betul juga kata beliau.

(Renungan Rimau : Seseorang itu perlu meletakkan jawatan jika kontrak perkhidmatannya tamat. Macam kontrak saya tamat Disember lalu, maka saya pun berhenti daripada berkhidmat dengan kerajaan sebagai perunding media. Selepas itu kerajaan tidak memerlukan saya lagi dan pandai-pandailah saya mencari kerja lain. Selagi beliau dalam perkhidmatan, TS Abdul Rashid tidak perlu meletakkan jawatan dan meminta semua orang dalam SPR meletakkan jawatan. Tidak payahlah bercakap lagi kerana lebih banyak kita bercakap lebih banyak kita buat salah. Tolonglah faham sedikit. Yang menanggung beban kesilapan dalam percakapan bukan orang lain tetapi kerajaan. Pembangkang pasti akan membelasah kerajaan walaupun kesalahan dalam memberi maklumat itu dibuat oleh individu termasuk Pengerusi SPR.)

No comments: