Friday, January 9, 2009

DOA UNTUK SHARLINIE



Hari ini genap setahun kehilangan Sharlinie.

Marilah kita berdoa agar adik Sharlinie sentiasa dilindungi Allah SWT.

Thursday, January 8, 2009

SEMANGAT MARAHKAN AMERIKA

Cadangan memulaukan barangan Amerika bolehlah dilihat hanya kepada semangat sakit hati atau menyampah kepada negara itu yang menjadi sekutu Israel.

Sekutu negara yang membunuh rakyat Palestin tanpa belas kasihan.

Ini kerana jika disebut barangan Amerika,mungkin ada yang tidak boleh membawa kereta jika ia dibuat oleh Amerika, tidak boleh terbang ke sana kemari jika mereka ingin menaiki Boeing atau menggunakan komputer MAC atau peralatan MAC lain.

Selain itu, antara barangan yang selalu dilabelkan sebagai jenama Amerika iaitu Mac Donald dan KFC dimilik oleh syarikat tempatan.

Jika kita memulaukan kedua-dua makanan itu, maka syarikat tempatan akan rugi. Apabila rugi sudah pasti terpaksa membuang ramai pekerja. Pembekal juga akan terjejas.

Oleh itu, eloklah kita membeli lebih banyak barangan Malaysia daripada membeli barangan daripada negara itu.

CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG

Ada orang....

Kerana pulut, santan binasa
Kerana mulut, badan binasa

Kerana mulut, badan bahaya
Otak dilutut, mulut bahaya

Mulut bahaya, musnah gaya
Otak papaya, punah kerjaya

Punah kerjaya, tiada puja
hamba sahaya, hidup dijaja

Sekadar renungan....

Wednesday, January 7, 2009

SIDANG PARLIMEN KHAS PALESTIN

Kabinet hari ini memutuskan agar satu Sidang Parlimen Khas diadakan Isnin depan khusus bagi membahaskan usul ketidakpuasan hati Malaysia mengenai tindakan Israel terhadap Palestin.

Usul itu yang akan dibentangkan sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan Malaysia serius dan memandang berat tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

(Renungan Rimau : Israel menggunakan alasan serangan roket Hamas untuk "meratah daging" rakyat Palestin. Taktik yang sama digunakan oleh Amerika Syarikat sebelum ini untuk menyerang Iraq - menggunakan alasan senjata pemusnah. Apa punya tiru daa...).

Monday, January 5, 2009

KEROPOK LEKOR KUALA TERENGGANU (2)

Ketika orang ramai termasuk orang politik sibuk dengan pelancaran Hotel Felda Residence oleh DS Najib Tun Razak di Kuala Terengganu pagi ini, saya bersembang dengan Meng, tukang masak di sebuah restoran berhadapan dengan hotel itu.

Menurut Meng, sejak dibuka Restoran Payang Serai mendapat sambutan yang baik di kalangan penduduk Kuala Terengganu daripada pelbagai bangsa. Mereka amat gemar dengan masakan ala Cina dan Thai yang disediakan di restoran berkenaan.

Bagi Meng, pembukaan restoran itu adalah satu rahmat kepada penduduk KT kerana ia menyediakan peluang pekerjaan termasuk sebagai tukang masak dan pelayan. Kini, ramai anak-anak muda yang mengambil kesempatan daripada peluang pekerjaan itu.

Bagaimanapun, Meng berkata restoran itu masih memerlukan ramai tukang masak di kalangan orang Melayu agar mereka dapat menyediakan makanan yang digemari pelanggan.

Ayuh...anak-anak muda KT yang tidak mempunyai pekerjaan, bolehlah datang ke Restoran Payang Serai di hadapan Hotel Felda itu untuk mendapatkan pekerjaan. Alamat penuhnya ialah Lot Pt 1141 Waterfront Jalan Hiliran 20300 Kuala Terengganu.

Selamat mencuba.

Sunday, January 4, 2009

HEZRY HASHIM : SAF SEKALI.....SAFFFFF

Hezry Hashim menunjukkan belangnya malam tadi.

Beliau mula menunjukkan aksinya dalam Santai@ Menara KL bersama Hezry Hashim di MKL yang dihadiri hampir 70 orang di ruang yang agak terhad. Terlalu ramai peminat agaknya. Pelajar UM dan sebuah institusi pengajian tinggi swasta.

Turut hadir ialah Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek yang turun padang memberi sokongan kepada anak-anak buahnya.

Hezry yang kreatif orangnya memperkenalkan ungkapan menarik, SAF SEKALIdan disambut oleh penonton SAFFFF. Sebelum ini, ungkapan popular Hezry yang juga DJ KL FM ialah Selamatt.....

Ketika ada yang mengkritik persembahan ulungnya malam tadi, ramai juga yang memuji Hezry yang mampu menjadi ikon di negara ini pada masa akan datang.

Apapun, tahniah kepada Hezry dengan program barunya.

Saturday, January 3, 2009

BERSEDIA HADAPI KEMELESETAN

Semalam, saya bersembang dengan seorang kawan yang mempunyai perniagaan berjuta ringgit dalam pelbagai industri termasuk bidang pertanian. Peruntukan gaji untuk kakitangannya ialah RM1 juta sebulan. Wow, banyaknya.

Dalam perbualan kami, beliau turut menyatakan kebimbangan seorang usahawan apabila memikirkan mengenai keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu. Jika dulu harga minyak dunia melambung tetapi kini pergolakan di Semenanjung Gaza membabitkan kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin terutama wanita dan kanak-kanak.

Dalam fikirannya, sentiasa terbayang-bayang apa akan berlaku pada tahun ini. Jika keadaan tidak menentu, di manakah beliau ingin mencari RM1 juta setiap bulan untuk membayar gaji kakitangannya. Sudah tentu ia amat memeritkan.
(Gambar : Kematian akibat kezaliman Israel)

Persoalannya, jika terpaksa mengurangkan pekerja, bagaimana pula nasib mereka. Menurutnya, beliau amat prihatin dengan golongan pekerjanya dan sentiasa berusaha untuk memastikan mereka gembira sepanjang masa.

Dalam ertikata lain, jika kakitangan gembira sudah tentu mereka akan memberikan sumbangan terbaik dan cemerlang kepada syarikat.

Beliau dapat membayangkan bagaimana peritnya kakitangan yang akan diberhentikan kerja terutama mereka yang mempunyai keluarga besar dan anak ramai yang masih bersekolah. Ini semuanya satu dugaan hidup seorang ahli perniagaan.

Menurutnya, sudah tentulah beliau hidup senang dengan kereta dan rumah besar.

Namun, jika ekonomi tidak menentu, kehidupannya nampak senang tetapi dalam hati dan fikirannya tiada siapa yang tahu betapa sukar menghadapi kemelut ekonomi.

Oleh itu, kita perlu bersedia menghadapi kemelesetan ekonomi dari sekarang. Banyaklah menabung.

Thursday, January 1, 2009

WAHID ENDUT CALON PAS

Adun Wakaf Mempelam, Abdul Wahid Endut, dipilih sebagai calon PAS untuk Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.

GOD KEEPS ME GOING ON

Saya menerima mesej ini dari London.

Happiness
Keeps U sweet
Trials
Make U Strong
Failure
Keeps U Humble
Success
Keeps U Glowing &
GOD
Keeps U Going on.

Happy New Year 2009.
F & Family, London.

Mr F, tq sir.

PENSTRUKTURAN SEDIA INFORMASI

Bermula 12.01 malam tadi, RTM berusaha mengadakan perubahan dengan menggunakan semula TV1 dan TV2. Ia adalah sebahagian daripada langkah menstrukturkan siaran RTM1 dan RTM2. Ia bergerak seiring kehendak rakyat yang dahagakan maklumat terkini.

Penstrukturan baru itu bukan "rebranding" tetapi persiapan ke arah pendigitalan. Perubahan lanskap itu sejajar dengan era baru penyiaran iaitu narrow casting. Ia bergerak ke arah pewujudan saluran niche atau specialize.

Mengikut penstrukturan jadual itu, TV1 adalah saluran informasi manakala TV2 adalah saluran dunia ria.

TV1 sebagai pusat sehenti (one stop centre) di mana berita disiarkan dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil.

Yang penting, paparan utama TV1 ialah breaking news atau berita tebuk yang akan menyiarkan berita dan informasi terkini.

TV1 akan menyiarkan informasi dalam genre majalah, dokumentari dan talkshow sama ada diterbitkan secara in-house (RTM) atau diperolehi melalui swasta dan luar negara.

Informasi ini meliputi pelbagai bidang seperti teknologi terkini, nilai dan budaya, agama serta sukan bagi memenuhi citarasa pelbagai peringkat penonton.

Daripada laporan awal yang dimaklumkan, hala tuju TV1 ialah sebagai saluran berita nombor satu negara, sebagai media yang hanya menyiarkan berita sahih atau sah, menyiarkan berita yang cepat, tepat, padat dan mendalam.

Ia juga akan memastikan TV1 lebih bertenaga dan dinamik. Yang paling utama ialah menjadikan RTM sebagai stesen global iaitu RTM ke Dunia dan Dunia ke RTM.

Dalam pada itu, Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek, hari ini melahirkan keyakinan usaha RTM itu akan meningkatkan lagi bilangan bahan berita dan maklumat kepada rakyat negara ini terutamanya di kawasan pendalaman.

Beliau juga berjanji untuk memperbaiki segala "masalah kecil" yang wujud dalam perlaksanaan perubahan berkenaan.

Perubahan memang baik tetapi memerlukan komitmen tinggi.

Tidak boleh "hangat-hangat tahi ayam" tetapi memerlukan "kehangatan mentari" yang sentiasa membakar. Jangan sampai terbakar.

Selamat melaksanakan perubahan.