Cadangan memulaukan barangan Amerika bolehlah dilihat hanya kepada semangat sakit hati atau menyampah kepada negara itu yang menjadi sekutu Israel.
Sekutu negara yang membunuh rakyat Palestin tanpa belas kasihan.
Ini kerana jika disebut barangan Amerika,mungkin ada yang tidak boleh membawa kereta jika ia dibuat oleh Amerika, tidak boleh terbang ke sana kemari jika mereka ingin menaiki Boeing atau menggunakan komputer MAC atau peralatan MAC lain.
Selain itu, antara barangan yang selalu dilabelkan sebagai jenama Amerika iaitu Mac Donald dan KFC dimilik oleh syarikat tempatan.
Jika kita memulaukan kedua-dua makanan itu, maka syarikat tempatan akan rugi. Apabila rugi sudah pasti terpaksa membuang ramai pekerja. Pembekal juga akan terjejas.
Oleh itu, eloklah kita membeli lebih banyak barangan Malaysia daripada membeli barangan daripada negara itu.
Thursday, January 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Assalammualaikum,
"Jika kita memulaukan kedua-dua makanan itu, maka syarikat tempatan akan rugi. Apabila rugi sudah pasti terpaksa membuang ramai pekerja. Pembekal juga akan terjejas."
Kalau ini dijadikan alasan, memang menyedihkan.
Tiada kejayaan tanpa pengorbanan.
Salam Tok Rimau,
Jika difikirkan memanglah syarikat tempatan akan turut terjejas jika McD & KFC di boycott, tapi asal-usul francaisnya tu dari US. Beli dari mereka, bermakna kita menyokong ekonomi mereka. Jadi, instead of beli ayam goreng KFC, kita boleh tukar beli ayam goreng di restoran lain, secara tak langsung demand terhadap ayam goreng tu masih sama jumlahnya, cuma dari restoren yg berbeza.
Hakikatnya, kita sudah terlalu byk menggunakan produk mereka. Macam Tun Dr.M katakan, kita perlu belajar utk tidak bergantung kpd barangan mereka sedikit demi sedikit, lama2 kita akan terbiasa.
Tepuk dada, tanya hati. Hendak seribu daya, taknak seribu dalih.
Semoga Allah melindungi saudara2 kita di Palestin.
Wassalam.
Kalau susah sangat JANGAN BELI BARANG YG TERUS DI IMPORT DARIPADA AMERIKA dan SINGAPURA
rasanya inilah masa yang paling sesuai untuk kita mempraktikkan kempen membeli barangan buatan Malaysia.barangan buatan Malaysia pun ada yang bagus-bagus.
lagi satu kita kalau hendak berurusniaga samada dalam atau luar negara hendaklah dalam bukan USD.lainlah kalau kita tinggal di Amerika memanglah kena guna USD.maksud saya jika kita tinggal di luar Amerika ataupun menjalankan urusniaga dengan orang asing maka kita gunakan RM ataupun matawang lain seperti euro agar kita tidak terlalu bergantung pada USD.ini juga salah satu cara untuk kita beri pengajaran kepada US.
Salam Datuk,
Memang tidak dinafikan, kebanyakan produk US ni kita gunakan hari-hari dan ada juga yang menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia. Memang diakui juga agak sukar untuk memulakan pemulauan ini kerana terlalu banyak produk US di sekeliling kita. Walau bagaimanapun, ia harus juga dilaksanakan. Mulakanlah setakat mana yang kita mampu... Sekurang-kurangnya kita realisasikan juga pemulauan ini...
buat mereka yang mungkin tak dapat lari dari menggunakan barangan US,apa kata kalau mencuba untuk mengurangkan dulu penggunaan barangan US dan cari alternatif lain.contohnya barangan buatan asia atau lebih baik lagi barangan buatan Malaysia.lagipun kempen menyokong barangan buatan Malaysia dah lama ada jadi bolehlah diimplementasikan kempen itu dalam kehidupan seharian kita.
Dato;
Saya perhati antara barangan2 yang tidak disebut untuk bikot ada satu yang tertinggal : R-O-K-O-K.
Belum didengari, barangan Amerika - Camel, Malboro dsb, di suruh boikot. Kenapa agak nye ye? :-)
MRSM Kalae Chepo 66/73
Post a Comment