Ketika orang ramai termasuk orang politik sibuk dengan pelancaran Hotel Felda Residence oleh DS Najib Tun Razak di Kuala Terengganu pagi ini, saya bersembang dengan Meng, tukang masak di sebuah restoran berhadapan dengan hotel itu.
Menurut Meng, sejak dibuka Restoran Payang Serai mendapat sambutan yang baik di kalangan penduduk Kuala Terengganu daripada pelbagai bangsa. Mereka amat gemar dengan masakan ala Cina dan Thai yang disediakan di restoran berkenaan.
Bagi Meng, pembukaan restoran itu adalah satu rahmat kepada penduduk KT kerana ia menyediakan peluang pekerjaan termasuk sebagai tukang masak dan pelayan. Kini, ramai anak-anak muda yang mengambil kesempatan daripada peluang pekerjaan itu.
Bagaimanapun, Meng berkata restoran itu masih memerlukan ramai tukang masak di kalangan orang Melayu agar mereka dapat menyediakan makanan yang digemari pelanggan.
Ayuh...anak-anak muda KT yang tidak mempunyai pekerjaan, bolehlah datang ke Restoran Payang Serai di hadapan Hotel Felda itu untuk mendapatkan pekerjaan. Alamat penuhnya ialah Lot Pt 1141 Waterfront Jalan Hiliran 20300 Kuala Terengganu.
Selamat mencuba.
Monday, January 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam Datuk...
Peluang seperti ini tidak harus dilepaskan oleh anak muda Terengganu yang masih belum mempunyai pekerjaan. Jika ia dilepaskan maka beerti mereka menolak rezeki yang mungkin milik mereka. Dalam perkara ini juga, malangnya disalah anggap oleh pembangkang sebagai rasuah pilihanraya yang mana ia adalah hanya galakan untuk meraih undi rakyat Kuala Terengganu supaya menyokong UMNO. Tanggapan negatif pembangkang seperti ini harus dielakkan supaya rakyat tidak termakan dengan dakyah mereka...
salam datuk?
saya Link Anak Muda Datuk id Zoom. tapi dah tukar id. Ini id baru saya. tq
Saudara Tiger,
Pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu pasti menarik perhatian ramai.
Ia pilihanraya kecil kedua selepas pilihanraya umum mac tahun lalu – pilihanraya kecil sebelum ini di Permatang Pauh menyaksikan kemunculan semula Bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen.
Di Kuala Terengganu, Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, 46, ditentang calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut dan calon Bebas, Azharudin Mamat@Adam dalam pertandingan 3 penjuru.
Memang sukar menentukan siapa pemenang antara BN dan Pas. Saingannya cukup sengit.
Datuk Wan Ahmad Farid da Mohd Abdul Wahid Endur adalah dua calon yang amat berwibawa dan berkelayakan.
Apatah lagi Mohd Abdul Wahid – sudah 5 penggal berturut turut menjadi ADUN Wakaf Mempelam sejak 1990 – beliau tidak pernah tewas sejak 5 pilihanraya umum lalu dan beliau sudah pastinya dikenali rapat ramai pengundi di Kuala Terengganu.
Corak mengundi dan arah haluan 80,229 pengundi Kuala Terengganu samada menyokong BN atau Pas, juga sukar ditentukan – sejak Tsunami politik mlanda Malaysia Mac tahun lalu.
Apatah lagi, Parlimen Kuala Terengganu sejak dulu dimenangi silih berganti antara PAS dan BN.
Dalam konteks ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pasti antara peneraju kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu.
Antara bahan kempen beliau dalam siri ceramah sejak bergiat aktif semula dalam politik adalah mengkritik media arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, , The Star, RTM dan TV 3 kerana dikatakan berat sebelah dan sering menyokong calon BN kerana media terbabit di kuasai UMNO.
Namun tidakkah beliau sedar, media arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM, The Star dan TV 3 jugalah yang membantu menjulang Datuk Seri Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri atau orang nombor 2 kerajaan, suatu ketika dulu.
Pada 1993, ketika perebutan hangat antara Datuk Seri Anwar dan allahyarham Tun Ghafar Baba untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO, media arus perdanalah yang membantu kemenangan Datuk Seri Anwar sehingga bilangan pencalonan diterima beliau jauh melebihi allahyarham Tun Ghafar.
Kemana sahaja Datuk Seri Anwar pergi untuk berkempen jawatan Timbalan Presiden ketika itu, beliau diberi liputan amat meluas oleh media arus perdana.
Ucapan berapi api beliau disiarkan di TV, Radio dan suratkhabar sehinggakan pencalonan diterimanya meninggalkan jauh pencalonan diterima Tun Ghafar.
Misalnya di Sabah, 19 daripada 20 Bahagian UMNO negeri itu mencalonkan Datuk Seri Anwar untuk jawatan Timbalan Presiden, hanya 1 Bahagian iaitu Marudu diketuai Allahyarham Tun Datu Mustapha bin Datu Harun yang mencalonkan Tun Ghafar.
Perkara itu berlaku meskipun Tun Ghafar ketika itu adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah..!!!
Perkembangan itu memaksa Tun Ghafar yang juga Timbalan Perdana Menteri ketika itu untuk mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi badan perhubungan UMNO Sabah.
Tidak lama selepas itu, Allahyarham Tun Ghafar mengumumkan perletakan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri – sekaligus mengelak pertandingan jawatan itu di peringkat perhimpunan agung UMNO 1993.
Datuk Seri Anwar akhirnya dinobatkan Timbalan Perdana Menteri sehinggalah dia dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada September 1998.
Nah, media arus perdana juga pernah berbudi kepada Datuk Seri Anwar….
Orang berbudi, kita berbahasa….
Adakah Encik Tiger bersetuju dengan pandangan di atas? Terima kasih..
Anak tempatan hendaklah mengenang budi jasa yang dihulurkan oleh kerajaan BN dan terus menyokong BN dalam memperjuangkang kepentingan rakyat yang berbilang kaum.
Post a Comment