Semalam, saya bersembang dengan seorang kawan yang mempunyai perniagaan berjuta ringgit dalam pelbagai industri termasuk bidang pertanian. Peruntukan gaji untuk kakitangannya ialah RM1 juta sebulan. Wow, banyaknya.
Dalam perbualan kami, beliau turut menyatakan kebimbangan seorang usahawan apabila memikirkan mengenai keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu. Jika dulu harga minyak dunia melambung tetapi kini pergolakan di Semenanjung Gaza membabitkan kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin terutama wanita dan kanak-kanak.
Dalam fikirannya, sentiasa terbayang-bayang apa akan berlaku pada tahun ini. Jika keadaan tidak menentu, di manakah beliau ingin mencari RM1 juta setiap bulan untuk membayar gaji kakitangannya. Sudah tentu ia amat memeritkan.
(Gambar : Kematian akibat kezaliman Israel)
Persoalannya, jika terpaksa mengurangkan pekerja, bagaimana pula nasib mereka. Menurutnya, beliau amat prihatin dengan golongan pekerjanya dan sentiasa berusaha untuk memastikan mereka gembira sepanjang masa.
Dalam ertikata lain, jika kakitangan gembira sudah tentu mereka akan memberikan sumbangan terbaik dan cemerlang kepada syarikat.
Beliau dapat membayangkan bagaimana peritnya kakitangan yang akan diberhentikan kerja terutama mereka yang mempunyai keluarga besar dan anak ramai yang masih bersekolah. Ini semuanya satu dugaan hidup seorang ahli perniagaan.
Menurutnya, sudah tentulah beliau hidup senang dengan kereta dan rumah besar.
Namun, jika ekonomi tidak menentu, kehidupannya nampak senang tetapi dalam hati dan fikirannya tiada siapa yang tahu betapa sukar menghadapi kemelut ekonomi.
Oleh itu, kita perlu bersedia menghadapi kemelesetan ekonomi dari sekarang. Banyaklah menabung.
Saturday, January 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
awak tidak layak bercakap mengenai kemelut ekonomi dan menabung melalui kaca mata dan perbualan "syahdu" kawan anda...yang, siapa dia??? jutawan? hartawan?
tulisan awak sungguh menjengkelkan.
Sdr Anon,
Sekadar berkongsi pandangan.
Kawan saya seorang jutawan.
Sdr Anon, tukang belasah blogawan ke? Carilah kerja lain. Kesihan.
salam mr.tiger?
betul kata mr. tiger kita sebagai manusia yang hidup bermsykt kena saling memberi pesan nasihat menasiati.
kalau org bagi idea dan pandangan, tiba2 marah uhuh something wrong baling karung org sabah ckp
tak suka hidup bermasyarakat duduk ah d pulau berhala yang terletak di timur sabah ahahha
ada org tak puas hati dgn mawar mr. tiger. katanya mawar suka fitnah. ntah apa2, taksub sangat.
itu bukan fitnah nasihat, jangan jadi Tuhan kepada parti cuma Allah S.W.T yang mempunyai kuasa memberikan pahala ataupun dosa ke atas hambanya. bukan NIK aziz. sekian wassalam.
Dato'jangan bimbang, kerajaan yang ada sekarang akan bertindak bila sampai masanya. Pendekatan kerajaan sekarang bukan mencegah, tetapi merawat bila sakit.
Kerajaan lebih suka dilihat 'prihatin' menangani masalah rakyat, kerajaan suka dilihat sibuk membantu rakyat, ini boleh jadi modal politik untuk kerajaan mendabik dada 'selalu melakukan' sesuatu untuk rakyat.
Jika kerajaan mengambil langkah 'mencegah' ia tidak dilihat sebagai bijak dan cerdik, rakyat tidak menyedarinya.
Kerajaan, kita dan rakyat Malaysia sudah terbiasa melakukan 'sudah terhantuk baru terngadah'..
Bahagian mana tulisan yang dikatakan menjengkelkan itu?
pelik juga.
Kalau jutawan tak boleh cerita ekonomi, org miskin pula tidak cerita ekonomi, siapa pula yang layak?
Sdr Hasbullah,
Saya pun pelik.
Tapi Malaysia ni, ramai yang pelik.
Kesihan mereka.
Salam D.Tiger,
Saya bersetuju dengan pandangan jutawan tersebut!
Lebih penting kerajaan perlulah bertindak dengan pakej rangsangan ekonomi yang "drastic" tanpa berlengah lagi.Bank Negara juga perlu memainkan peranan yang sewajarnya(contohnya, mengadakan "instalment holiday", mengurangkan caj lewat bayar yang dikenakan oleh bank, menaikkan klasifikasi NPL dari 3 ke 6 bulan dll).
Berdasarkan maklumat yang saya perolehi semasa kembara saya di utara baru-baru ini dan telah saya paparkan di blog saya(amirulmohamad.blogspot.com) pada 1 Januari 2009, maklumat keseluruhan tidak timbul di media arus perdana walhal sudah banyak rakyat yang merasa bahang melalui potongan gaji, cuti mandatori, "single shift" dll
Kerajaan perlu berterus terangkepada rakyat mengenai situasi ekonomi masa kini. Jangan ada "denial syndrome" seperti yang berlaku pada tahun 1997/98. Cubaan menyembunyi maklumat juga tidak berguna kerna maklumat lebih mudah diperolehi melalui media lain(internet,sms dll).
Wasalam
In the name of Allah,Most Gracious,Most Merciful.
By(the Token of) Time(through the ages),Verily Man is in loss;Except such as have Faith,and do righteous deeds,and(join together)in the mutual teaching of Truth,and of Patience and Constancy.
AL`ASHR.
Pandangan yang bernas seharuslah diterima dan diamalkan, apatah lagi dalam keadaan ekonomi global yang tidak stabil sekarang, berjimatlah dan perbanyakkan menabung...
Post a Comment