Wednesday, January 7, 2009

SIDANG PARLIMEN KHAS PALESTIN

Kabinet hari ini memutuskan agar satu Sidang Parlimen Khas diadakan Isnin depan khusus bagi membahaskan usul ketidakpuasan hati Malaysia mengenai tindakan Israel terhadap Palestin.

Usul itu yang akan dibentangkan sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan Malaysia serius dan memandang berat tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

(Renungan Rimau : Israel menggunakan alasan serangan roket Hamas untuk "meratah daging" rakyat Palestin. Taktik yang sama digunakan oleh Amerika Syarikat sebelum ini untuk menyerang Iraq - menggunakan alasan senjata pemusnah. Apa punya tiru daa...).

1 comment:

Anonymous said...

Salam Datuk,
Mestilah taktik yang sama Datuk. US dan Israel bukan ke adik beradik lain mak bapak!..Hehe...

Usul yang dibentangkan oleh PM kita tu memang wajar supaya ia dapat dibincangkan dengan lebih serius. Mungkin kerajaan boleh memainkan peranan dalam usaha memboikot baranagn US dan Israel. Kalau setakat rakyat je yang bikot, kesannya mungkin tak berpa besar tapi jika ada campurtangan diplomatik dari pihak kerajaan, mungkin kesannya akan lebih besar...