Thursday, January 1, 2009

PENSTRUKTURAN SEDIA INFORMASI

Bermula 12.01 malam tadi, RTM berusaha mengadakan perubahan dengan menggunakan semula TV1 dan TV2. Ia adalah sebahagian daripada langkah menstrukturkan siaran RTM1 dan RTM2. Ia bergerak seiring kehendak rakyat yang dahagakan maklumat terkini.

Penstrukturan baru itu bukan "rebranding" tetapi persiapan ke arah pendigitalan. Perubahan lanskap itu sejajar dengan era baru penyiaran iaitu narrow casting. Ia bergerak ke arah pewujudan saluran niche atau specialize.

Mengikut penstrukturan jadual itu, TV1 adalah saluran informasi manakala TV2 adalah saluran dunia ria.

TV1 sebagai pusat sehenti (one stop centre) di mana berita disiarkan dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil.

Yang penting, paparan utama TV1 ialah breaking news atau berita tebuk yang akan menyiarkan berita dan informasi terkini.

TV1 akan menyiarkan informasi dalam genre majalah, dokumentari dan talkshow sama ada diterbitkan secara in-house (RTM) atau diperolehi melalui swasta dan luar negara.

Informasi ini meliputi pelbagai bidang seperti teknologi terkini, nilai dan budaya, agama serta sukan bagi memenuhi citarasa pelbagai peringkat penonton.

Daripada laporan awal yang dimaklumkan, hala tuju TV1 ialah sebagai saluran berita nombor satu negara, sebagai media yang hanya menyiarkan berita sahih atau sah, menyiarkan berita yang cepat, tepat, padat dan mendalam.

Ia juga akan memastikan TV1 lebih bertenaga dan dinamik. Yang paling utama ialah menjadikan RTM sebagai stesen global iaitu RTM ke Dunia dan Dunia ke RTM.

Dalam pada itu, Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek, hari ini melahirkan keyakinan usaha RTM itu akan meningkatkan lagi bilangan bahan berita dan maklumat kepada rakyat negara ini terutamanya di kawasan pendalaman.

Beliau juga berjanji untuk memperbaiki segala "masalah kecil" yang wujud dalam perlaksanaan perubahan berkenaan.

Perubahan memang baik tetapi memerlukan komitmen tinggi.

Tidak boleh "hangat-hangat tahi ayam" tetapi memerlukan "kehangatan mentari" yang sentiasa membakar. Jangan sampai terbakar.

Selamat melaksanakan perubahan.

7 comments:

SITI NORBAINI said...

kita perlukan 'muse'..
dan rasanya 'muse' itu sudah meniupkan deru inspirasi di bumi angkasapuri.......

tajudin said...

ye saya perasan betul perubahan drastik di RTM. jelas ada kelainan. TV2 makin menarik -- saya ketawa dengan family tengok charlie chaplin semalam.

Anonymous said...

sebenarnya RTM masih ok.cuma tv swasta lebih dipandang sebab mereka lebih pada hiburan berbanding RTM yang lebih kepada rancangan berunsur maklumat.lagi satu tv swasta grafiknya nampak lebih menyerlah berbanding rtm.apapun,jika nak tahu pelbagai perkara ala2 discovery channel pastinya RTM adalah yang lebih terbaik.

sepanjang hidup saya tak pernah saya tutur "rtm1" dan "rtm2" sebab dah terbiasa dengan "tv1" dan "tv2".jadi memang molek sgtlah ditukar semuala kepada tv1 dan tv2. :)

Unknown said...

rtm kena lebih lagi bersaing dengan tv swasta jika mereka mahu untuk menambat hati orang ramai.ingat lagi dulu slot Spektra di tv1 kalau tak salah saya.pada mulanya memang dipandang sepi tapi lama kelamaan menjadi bahan bualan orang ramai sehinggakan tv swasta pula yang meniru rtm.

rtm boleh maju.tapi mereka kena bergerak seiring dengan kemajuan dan trend terkini jika mahu bilangan penonton yang lebih ramai lagi.

Anonymous said...

Manusia suka hiburan. Dalam rancangan duskusi ilmiah pun kalau boleh nak ada hiburan, org nyanyi2 dan muzik. So, itulah strategi stesen swasta. Tapi sebenarnya, input ilmu tu tak masuk jika diselangi hiburan. Tapi apakan daya, orang ramai suka kepada hiburan yang tak habis2 berbandingkan rancangan ilmu.

Anonymous said...

Hmmmm entahla.."rebranding" ke entah apa-apa. terkilan kerana "prime time news"kini dipelopori oleh TV3 bukan lagi TV1. tanya la orang kampung, orang luar bandar..ramai mengeluh sebab sekarang nie TV1 entah apa-apa..kalau dulu masih ramai tengok prime time news di TV1, orang dah tak "switch channel TV1"pun. Nak buat perubahan pun "tengok-tengok" cuaca politik di Malaysia.

rayliew said...

Tahniah kepada TV1 & TV2..sekali lagi berjaya dalam penstrukturan semula siarannya...