Thursday, January 8, 2009

CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG

Ada orang....

Kerana pulut, santan binasa
Kerana mulut, badan binasa

Kerana mulut, badan bahaya
Otak dilutut, mulut bahaya

Mulut bahaya, musnah gaya
Otak papaya, punah kerjaya

Punah kerjaya, tiada puja
hamba sahaya, hidup dijaja

Sekadar renungan....

8 comments:

Anonymous said...

akum dato.....apa ni? makin tak paham!

bungaraya said...

Beberapa rangkap pantun melayu kuno:-

Ikut Hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta.

Kerana mata buta, kerana hati mati.

Langit berkelikir, bumi bertemberang.

ibrahim yahaya said...

Pak Long,

Salam kembali.

Sekadar mengingatkan manusia terutama bangsa Melayu bahawa adakalanya kerana mulut atau perkataan yang tersembur daripada mulut itu boleh menyebabkan badan mereka "binasa". Musnah sekelip mata kerana otak yang tidak berfikiran waras - otak papaya - otak yang lembik dan berair.

Oleh itu, berhati-hatilah apabila ingin mengeluarkan perkataan terutama membuat tuduhan kepada orang lain. Seperti menuduh orang lain yang rajin atau bekerja keras itu malas atau curi tulang. Menuduh seseorang itu merompak atau merosakkan barang sedangkan sebaliknya.

Membuat tuduhan memanglah mudah tetapi perlu sentiasa ingat apa yang kita perkatakan itu mestilah benar dan bukan semborono saja. Itu je. Sorilah jika tidak faham.

antianwaribrahimdotcom said...

kata2 datuk ni saya tujukan kepada husam musa.

cakap husam dah mula berbelit2 mcm anwar ibrahim. sekejap itu, pas tu pulak lain.

datuk, ada orang kata kalau kita jumpa anwar dan ular tedung, lebih baik kita pukul anwar dulu sebelum kita pukul ular tedung.

datuk setuju?

MAWAR BERDURI said...

salam mr.tiger?

apa pun, mawar baca lidah jadi berbelit..

mr.tiger trima pulak ini

"kerana panah hati berdarah"
"kerana darah hati terluka"
"kerana luka hidup merana"
"jika merana mari memanah"

kita panah ja balik mr.tiger
org yang suka ckp, banyak liur ja. tapi otak tak da. amacam? hee

Anonymous said...

Naik perahu kayuh sampan,
Sambil membawa pucuk papaya,
Kurang ilmu asyik perasan,
Kerana otakmu kelas tiga.

Anonymous said...

sememang orang kita ini suka membawa mulut dan menabur cerita yang tidak benar. kadang2 kita sendiri pun boleh terlepas cakap yang boleh menyinggung perasaan org lain tanpa di sedari.. dari gurindam itu, kita perlulah senantiasa menjaga tutur kata kita agar tidak memudaratkan kita di masa yang akan datang

Anonymous said...

good pantun,terkesan syair melayu