Sunday, January 4, 2009

HEZRY HASHIM : SAF SEKALI.....SAFFFFF

Hezry Hashim menunjukkan belangnya malam tadi.

Beliau mula menunjukkan aksinya dalam Santai@ Menara KL bersama Hezry Hashim di MKL yang dihadiri hampir 70 orang di ruang yang agak terhad. Terlalu ramai peminat agaknya. Pelajar UM dan sebuah institusi pengajian tinggi swasta.

Turut hadir ialah Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek yang turun padang memberi sokongan kepada anak-anak buahnya.

Hezry yang kreatif orangnya memperkenalkan ungkapan menarik, SAF SEKALIdan disambut oleh penonton SAFFFF. Sebelum ini, ungkapan popular Hezry yang juga DJ KL FM ialah Selamatt.....

Ketika ada yang mengkritik persembahan ulungnya malam tadi, ramai juga yang memuji Hezry yang mampu menjadi ikon di negara ini pada masa akan datang.

Apapun, tahniah kepada Hezry dengan program barunya.

17 comments:

Anonymous said...

akum dato.....kalau hiburan ada program yang tersendiri saya rasa sukan pun perlu diberikan ruang yang sama kat rtm tu apa pendapat dato....

malam tadi saya tgk saudara hafizal hamad dalam live bola dan wisel penamat......dia saya lihat punya potensi cerah....selamba...mungkin rtm ni terlupa kot dato......rtm ni orang suka tgk hal2 sukan....apa pendapat dato?

Mazlan, said...

BAGI HEZRY TIGA KALI LAGI SHOW. SAYA YAKIN HEZRY MAMPU MENJULANG.
JUST TO ADD UP,PLAY A BIT WITH FACIAL TONE.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Saya yakin Hafizal Hamad pun boleh ada programnya sendiri yang mengutarakan isu sukan tempatan dan luar negara.

ibrahim yahaya said...

Sdr MM,

Pandangan anda akan diketengahkan.

Terima kasih kerjasama malam tadi.

Hidup Dato' Zul dan MM.

Hidup Menara Kuala Lumpur.

Fauziah Ismail said...

Salam Datuk
I watched this women affairs programme on Friday night which had Puan Azah Aziz as its guest, talking about the kain songket.
She made a pertinent observation which I had blogged about.
Unfortunately, the host wasn't sharp enough to follow-up with questions. She was too engrossed with the questions already set for her.
Also, I didn't think she did enough homework on the subject matter.
I hope there would be post-mortems after each programme, so that the host would not repeat her mistakes.
Nevertheless, it is a good effort by RTM to get their own people to host programmes instead of using celebrities.

MAWAR BERDURI said...

salam mr. tiger?

hehe sapa yang memanah hati mr. tiger???? bak mawar cucuk dia pakai duri ni ahhh

Anonymous said...

mungkin rtm lupa kepentingan sukan...., walaupun pada hakikatnya ramai peminat sukan yang tunggu infosukan dan rancangan lain seperti highlights liga malaysia dan juga sukan 2008, saya seorang darinya. tetapi saya percaya rtm punya plan untuk bual bicara sukan dalam masa terdekat ni. tapi saya juga ingin cadnagkan kepada rtm , agar memberi liputan yang lebih kepada nicol, dan atlet boling padang malaysia yang kini berada di ranking nombor 1 dunia. saya tak pernah tengok visual nicol beraksi di luar negara, apakah unit berita rtm tidak berminat untuk membuat liputan seperti mana kejohanan super siries badminton? sekadar bertanya...

Anonymous said...

diy...hezri memang ok cuma perlu bagi masa dan sedikit perubahan dalam contents. tapi zamzarina, set studio memang gempak, tak padan langsung dengan pengacara yang tak sepatutnya ada program sendiri....fikir2kan lah......

ibrahim yahaya said...

Sdr Mawar Berduri,

Hati bersih mula berdarah
Entah mengapa angkara siapa
Ada kumpulan tidak tentu arah
Bikin orang merana dan papa

Anonymous said...

bos...dah baca komen mengenai akhbar hari ini - lebih tepat lagi hashim abu hanifah? saya baru lepas baca kat pisautoreh blogspot..bos boleh komen sikit kot.....

Anonymous said...

Salam Dato
Hezri mlm tadi memang boleh di banggakan dari segi persembahan. Namun pengisian program perlu kemas dan mantap. Untuk itu RTM perlu buat "post mortem"setiap program mereka.

Ketika ini tiada post mortem bagi program RTM,tiada arah tuju.

Saya memberi faedah kesangsian (benefit of doubt) kepada program Santai tersebut dan mengharapkan agar ia terus maju.

Juga saya menonton apa kata wanita yg menampilkan Puan.Azah Aziz sebagai tetamu. Pengisian program baik sekali dengan footage 1975 yg amat saya bangga di perolehi dari arkib RTM. Mungkin konsep mengambil dari arkib ini boleh kita teruskan untuk tetamu yg akan datang dalam siri siri, apa kata wanita. konsep itu penting kerana ia lain dari stesen tv lain.

Ikhlas

Syahbandar68@yahoo.com.my

Anonymous said...

Tok Rimau,

Macam tu punya program Tok rimau kata ada harapan? Gelap la masa depan RTM macam ni...Jahanam la...RTM.

Berpijak la kat bumi nyata..jgn syok sendiri!!

Kulupbana said...

Salam Datuk,

Hos/perantara/anchor harus berjiwa sekaligus berbakat besar untuk mengendalikan 'talk show' lebih-lebih lagi kalau disiarkan 'live'.

Mesti buat 'kerja rumah' supaya lebih kemas dan berkeyakinan membincangkan tajuk ditambah lagi sokongan berterusan daripada pasukan penyelidik; jika ada.

Jangan sesekali mengulangi aspek/sudut perbincangan yang dah basi. Berikan kami maklumat terbaru yang eksklusif. Lazimnya perbincangan di televisyen hanya menyoroti isu telah dilaporkan akhbar yang meletakkan program tv itu tertinggal dalam persaingan cerita segar dan terkini.

Pendekatan terbaru RTM amat baik untuk mengklasifikasikan siaran program namun harus diingat bahawa pendekatan yang baik sahaja tidak mencukupi jika pengisiannya tidak berkesan serta holistik.

Masih ada program yang diulang tayang semata-mata memenuhi tuntutan mengisi slot.

SPM misalnya menampilkan perantara baharu yang digandingkan dengan orang lama tetapi seakan-akan tempelan kerana mereka yang baharu ini tidak menyerlah.

Lebih buruk lagi bila ada pengacara baharu tu (perempuan)mengungkapi lebih kurang begini 'ha.. tajuk mati pucuk ni lah yang saya paling gemari untuk dibincangkan'.

Rasanya kurang manis hos anak dara bersikap demikian. Itu belum lagi menjerit-jerit bila bercakap serta menyampuk ketika tamu belum selesai buat penjelasan.

Gaya bahasa 'para penonton-penonton, mereka-mereka, segala tempat-tempat, semua program-program, saksikan bahan menarik yang disediakan etc' masih lagi meniti di bibir sesetengah perantara.

Datuk, memang kita bukan dilahirkan sempurna namun jangan berumah di tepian pantai kalau gundah dilanda ombak.

Unknown said...

Tahniah RTM,
Nampak muda dan ada change. Set up...waw gempak. Inilah pemikiran diluar kotak.
Sheikh Muzafar nampak kalut sikit.
BRAVO! Change!

MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) said...

salam

boleh exchange link?
blog saya
www.myadha.com

saya dah add blog saudara in my list

ADHA
www.myadha.com

rayliew said...

Tahniah kepada RTM dan HEZRY..

Anonymous said...

POYOOOO!!!




http://eforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=394157&extra=&page=8