Saturday, August 22, 2009

SI BALA TEMPELENG KERANA IKUT ARAHAN?

Menonton visual si Bala melempang polis ketika hari penamaan calon di Permatang Pasir pada 17 Ogos lalu di kaca televisyen beberapa kali membuat saya terfikir adakah beliau sengaja berbuat demikian untuk mewujudkan suasana tegang ketika itu.

Apakan tidaknya, ketika berjalan diiringi polis tiba-tiba si Bala berpaling dan menempeleng seorang anggota polis seolah-olah beliau 'merancang' untuk berbuat demikian.

Apakah tindakan itu dirancang terlebih dahulu untuk mewujudkan suasana yang tidak baik?.

Apakah beliau berbuat demikian semata-mata untuk mendapatkan publisiti murahan terutama daripada media massa dan media maya? Jika betul, tidak hairanlah media pembangkang menggunakan gambar si Bala terbaring seolah-olah menunjukkan anggota keselamatan berlaku kasar terhadapnya.

Jika si Bala diarahkan berbuat demikian, siapakah yang bertanggungjawab memberi arahan itu? Siapakah yang suka kepada ketegangan atau keributan untuk meraih kepentingan politik?

Boleh beritahu siapa orangnya?

SELAMAT BERPUASA PELAYAR BUDIMAN

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini saya minta maaf kepada semua pelayar blog ini yang budiman (berbudi dan beriman) jika ada perkataan yang menyinggung perasaan.

Kesalahan saudara saudari (jika ada) saya sudah maafkan dari dulu lagi.

Selamat berpuasa dan mengerjakan sembahyang tarawikh.

Friday, August 21, 2009

PILIH KASIH MEMANG PILIH KASIH





TIADA BENDERA, TIADA JIWA

Mengapa rakyat negara ini tidak memasang Jalur Gemilang?
1. Sikap tidak peduli dan tidak menghormati JG
2. Tiada jiwa dan semangat untuk menyambut kemerdekaan
3. Tiada duit untuk membeli JG
4. Tunggu kerajaan memberi JG secara percuma
5. Terlupa kerana tidak menonton televisyen dan mendengar radio
6. Tidak berasa bersalah apabila tidak memasang JG
7. Memikirkan hanya kerajaan saja yang patut mengibarkan JG
8. Belum mendapat arahan daripada majikan
9. JG yang dipasang sudah dicuri dan malas hendak membeli yang baru
10. Tidak mahu mengikut arahan kerajaan sekarang
11. Ada bendera tetapi tiada masa untuk memasangnya
12. Ada bendera tetapi malu untuk memasangnya kerana jiran pun 'tak pasang'
13. Alasan lain yang tidak masuk akal.

Saya pernah menulis mengenai sikap ini pada 30 Ogos 2007 .

(Renungan Rimau : Ada pihak yang memberi pandangan bahawa satu iklan telco yang memaparkan individu yang memandu kereta melanggar nombor satu, adalah iklan yang 'bad taste'. Orang gembira dengan nombor satu kerana gagasan 1Malaysia tetapi kereta dalam iklan itu melanggar nombor satu. Hendak membuat gimik, biarlah kena pada tempatnya. Apa ni?)

Wednesday, August 19, 2009

NIK AZIZ TABUR IKAN KENYANG

Nik Aziz buat hal lagi. Katanya, orang UMNO tak akan masuk syurga. Pasai apa? Mungkin 'syurga' buatan PAS. Itu pandangan seorang yang ahli Pas menyifatkannya sebaqai 'tok guru'.

Bagi saya syurga milik Allah SWT terbuka untuk semua. Yang masuk pun ditentukan oleh Allah SWT. Bukan manusia biasa. Mungkin orang tidak pernah dipanggil 'tok guru' pun akan diberikan tempat kerana Allah SWT maha adil dan saksama. Teragung dan maha berkuasa.

Nik Aziz berhentilah buat kerja gila dengan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan. Tuhan tidak suka kita bersikap yang bukan-bukan waima kita bertaraf 'tok guru'. Inikan pula 'tok guru politik'. Berhentikanlah dan jadilah manusia yang berhemah dan dipandang mulia.

Bagi pemimpin UMNO tidak payahlah menari mengikut gendang Nik Aziz. Tidak payahlah mengail di kolam Nik Aziz yang ikannya sudah kenyang diberikan makan. Buat apa mahu menghabiskan umpan saja.

Tuesday, August 18, 2009

JANGAN BAWA BALA SI GO BALA

Menonton si Bala melempang polis semalam, naik juga darah saya kerana ia memaparkan Ahli Parlimen yang sepatutnya tahu undang-undang membuat sesuatu terhadap polis. Kurang ajar dan melampau.

Gunalah otak sedikit dan berlakonlah sebagai Ahli Parlimen bukan samseng yang mahu menunjukkan kekuatan kepada anggota keselamatan.

Jika marah sekalipun, jagalah tatasusila kerana si Bala ini mahu dipanggil sebagai Yang Berhormat. Lainlah memang berniat untuk mewujudkan ketidaktenteraman. Semua orang tidak suka tingkah laku anda. Kurang ajar dan melampau.

Saya nak ingatkan si Bala ini fikirlah tindakan kamu itu kerana kini seluruh rakyat Malaysia sudah melihat tingkah laku kamu yang kurang ajar kepada anggota keselamatan. Jika kamu samseng jalanan lainlah, tapi kamu Ahli Parlimen.

Ingat-ingat kita sedang memerhati kamu.

Jangan jolok sarang tebuan. Nanti kena sengat, bahaya tu.

Sunday, August 16, 2009

LAMAN BUDAYA RAKYAT UNTUK RAKYAT

Semalam Laman Budaya Rakyat dilancarkan oleh DSU Dr Rais Yatim. Ia bertujuan untuk menyediakan satu kawasan bagi membolehkan rakyat membabitkan diri dalam pelbagai kegiatan daripada menjual goreng pisang sehinggalah mengetengahkan hasil lukisan mereka.

Program yang diadakan disekitar Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad itu diadakan setiap minggu bermula daripada jam 6.30 petang sehinggalah jam 10.30 malam.

Semoga program seumpama ini mendapat sambutan rakyat yang akan bersantai di hujung minggu mereka di LBR di samping menggerakkan kegiatan ekonomi terutama di kalangan peniaga kecil dan sederhana serta golongan berbakat termasuk seniman jalanan atau buskers.

RTM akan membuka radio lokasi di LBR.

Thursday, August 13, 2009

USTAZ ASRI MENINGGALKAN KITA

Ustaz Asri Ibrahim (Kumpulan Rabbani) meninggal dunia pagi ini.

Beliau dijadualkan menyanyi di Auditorium P Ramlee, Angkasapuri pagi ini, rebah dan dibawa oleh rakan-rakannya ke Pusat Perubatan Pantai.

Di Pusat Perubatan itu, beliau disahkan meninggal dunia.

Lagu Syahadah oleh Kumpulan Rabbani dijadikan lagu tema bagi program Syahadah yang akan disiarkan di TV1 jam 6.30 petang dan versi bahasa Inggeris Syahadah di TV2.

Dunia nasyid tanahair kehilangan seorang pennyanyi nasyid kontemporari yang baik.

Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Al-Fatihah.

Tuesday, August 11, 2009

BUTA SEJARAH, TIDAK BERILMU

Masyarakat perlu menghayati semula sejarah bagi memahami dan menyelami maksud Konsep 1Malaysia.

Mereka yang tidak memahami sejarah bukan saja tidak berilmu malah akan menolak apa saja konsep yang diperkenalkan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim berkata, 1 Malaysia adalah kesinambungan pemikiran pemimpin terdahulu yang sentiasa mengutamakan kepentingan negara bangsa.

Ketika merasmikan Seminar Konsep 1Malaysia di Putrajaya, Datuk Seri Utama Dr Rais menjelaskan 1Malaysia membawa pendekatan "semua untuk satu, satu untuk semua".

Ini membawa pengertian apabila semua pihak mengutamakan negara....negara akan menjaga kepentingan mereka.

Beliau juga menekankan bahawa Rukun Negara adalah tonggak kepada 1Malaysia

Rukun Negara perlu dihayati terutama di peringkat sekolah dan universiti. Semua universiti perlu meletakkan rukun negara di pintu-pintu masuk universiti.

Dalam pada itu, Datuk Seri Utama Dr Rais berkata Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan memperhebatkan program mengenai 1Malaysia di semua peringkat termasuk di luar bandar.

Agensi di bawah kementerian akan masuk ke kampung untuk menjelaskan konsep 1Malaysia agar ia dapat difahami, dihayati dan diamalkan sepanjang masa.

Seminar itu dianjurkan oleh Jabatan Penerangan dan Universiti Sains Malaysia dihadiri oleh ahli akademik, pemimpin persatuan bukan kerajaan dan mahasiswa.

(Renungan Rimau : Orang yang buta sejarah adalah orang yang buta hati. Mereka sebenarnya takut dengan sejarah mereka. Sepatutnya berbangga tetapi apabila sejarah mereka tidak baik atau pun kurang baik, maka mereka mula lupa sejarah. Semua orang salah, semua orang tidak betul. Mereka mengaku macam-macam tetapi apabila orang bertanya apakah mereka faham sejarah, mulalah mereka kata sejarah tu salah lah atau 'tidak payah ikut sejarah' tetapi tengok keadaan sekarang. Sebenarnya mereka ini 'orang pening' dan tiada matlamat. Yang penting hanyalah 'tembolok' sendiri. Apa ni?)

Monday, August 10, 2009

N11- SIAPA YANG AKAN MASUK PASIR? (2)

Posting Kedua - 12.58 petang

Dalam banyak Pilihan Raya Kecil yang diadakan selepas PRU12, perkara penting yang perlu diselesaikan ialah isu dalaman UMNO. Isu dalaman ini perlu diselesaikan bagi memastikan UMNO dan BN terus mantap dan diterima rakyat. Penting dan segera.

Jika isu dalaman ini tidak dapat diselesaikan, apa juga 'gendang perang' yang dibuat akan menjadi sia-sia belaka. Kerja kuat pun tidak akan berguna. Hancur lebur dan terus kalah. Yang dapat ialah keletihan dan pembuangan wang.

Oleh itu, pemimpin UMNO terutama di peringkat bahagian perlulah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan sebarang masalah yang ada bagi memastikan mereka bergerak sebagai satu pasukan. Bukan hanya di depan pemimpin saja berlagak 'baik' tetapi di belakang pun, perlu menunjukkan sikap profesional sebagai ahli parti.

Pemimpin pun tahu ada personaliti tertentu yang tidak mengundi di Permatang Pauh dan Manek Urai walaupun mereka berdegar-degar meminta ahli UMNO keluar mengundi. Kalau bukan pengundi di kawasan itu tidak apa, tetapi yang menghairankan mereka adalah pengundi berdaftar tetapi malas untuk keluar mengundi. Apahal buat perangai begitu?

Posting asal - 12.48 tengahari

Penamaan calon - 17 Ogos
Pengundian - 25 Ogos