Masyarakat perlu menghayati semula sejarah bagi memahami dan menyelami maksud Konsep 1Malaysia.
Mereka yang tidak memahami sejarah bukan saja tidak berilmu malah akan menolak apa saja konsep yang diperkenalkan.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim berkata, 1 Malaysia adalah kesinambungan pemikiran pemimpin terdahulu yang sentiasa mengutamakan kepentingan negara bangsa.
Ketika merasmikan Seminar Konsep 1Malaysia di Putrajaya, Datuk Seri Utama Dr Rais menjelaskan 1Malaysia membawa pendekatan "semua untuk satu, satu untuk semua".
Ini membawa pengertian apabila semua pihak mengutamakan negara....negara akan menjaga kepentingan mereka.
Beliau juga menekankan bahawa Rukun Negara adalah tonggak kepada 1Malaysia
Rukun Negara perlu dihayati terutama di peringkat sekolah dan universiti. Semua universiti perlu meletakkan rukun negara di pintu-pintu masuk universiti.
Dalam pada itu, Datuk Seri Utama Dr Rais berkata Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan memperhebatkan program mengenai 1Malaysia di semua peringkat termasuk di luar bandar.
Agensi di bawah kementerian akan masuk ke kampung untuk menjelaskan konsep 1Malaysia agar ia dapat difahami, dihayati dan diamalkan sepanjang masa.
Seminar itu dianjurkan oleh Jabatan Penerangan dan Universiti Sains Malaysia dihadiri oleh ahli akademik, pemimpin persatuan bukan kerajaan dan mahasiswa.
(Renungan Rimau : Orang yang buta sejarah adalah orang yang buta hati. Mereka sebenarnya takut dengan sejarah mereka. Sepatutnya berbangga tetapi apabila sejarah mereka tidak baik atau pun kurang baik, maka mereka mula lupa sejarah. Semua orang salah, semua orang tidak betul. Mereka mengaku macam-macam tetapi apabila orang bertanya apakah mereka faham sejarah, mulalah mereka kata sejarah tu salah lah atau 'tidak payah ikut sejarah' tetapi tengok keadaan sekarang. Sebenarnya mereka ini 'orang pening' dan tiada matlamat. Yang penting hanyalah 'tembolok' sendiri. Apa ni?)
Tuesday, August 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
sudah sampai masanya subjek sejarah dijadikan subjek wajib lulus di sekolah.
kerana buta sejarahlah ramai yang lupa diri asal usul mereka..naik tongkang atau naik kapal arang ke sini...
DIY, stesen RTM boleh memainkan peranan memperjelaskan konsep ini kepada rakyat. Caranya, melalui drama pendek atau program bercorak ehwal semasa. Di Sarawak, kita perjelaskan konsep ini menerusi rancangan "analisis semasa" dan "jiran sekampung". Kalaulah semua 34 stesen mengambil tindakan ini, saya kira ia sudah cukup baik.
YBG DATUK
MAAFKAN SAYA JIKA TERSILAP. DALAM RUANGAN SITI JARUM MINGGU LALU ADA DITULIS PASAL RTM AKAN TERBIT RANCANGAN RAYA OLEH SELEBRITI GAY. SAYA RASA TAHU SIAPA ARTIS ITU KERANA BUKAN RAHSIA LAGI KERANA BELIAU SECARA TERANG-TERANG DLM BLOGNYA MEMPROMOSIKAN HAL ITU. KALAU BACA NAK PENGSAN CACI, MAKI HAMIUN, MENCARUT.
DATUK NILAI SENDIRI. INI ANTARA POSTING TERBARU BELIAU. MINAT AI PULAK.
http://silaserazwanali.blogspot.com/2009/08/anwar-ibrahimpengkhianat-bangsa-vshidup.html
sejarah tanah melayu, penting bagi generasi kemudian memahami perjuangan pejuang2 melayu dulu kala. bangsa lain hanya pendatang.. itu saja... bagi peluang sikit..naik tocang macam bintang tiga bermaharajalela kejap, melayu semua ditindas... malang sekali..mereka yang dapat keistimewaan orang2 melayu,dah senang lupa diri, la ni sama sama menyalak.. hak untuk semua...tanya sikit, hak melayu di cina ke, di india ke di cinapura ke misalnya ada bagi hak kepada orang2 melayu ? nak dipadam sejarah kita memang ada... sejarah tu memang penting... tapi orng melayu la ni ambil peduli kah ?
Dalam konsep 1MALAYSIA, yang paling mustahak ialah semangat saling hormat menghormati diantara berbagai kaum dalam negara ini. Contoh paling mudah ialah menghormati setaiap agama yang dianuti oleh kaum-kaum yang ada. Hormat Islam, hormat Kristian, Hormat Buddha, Hormat Hindu dan sebagainya. Menghormati adat dan budaya bukan sahaja perlu, malah telah menjadi amalan kita sejak zaman berzaman. Semua ini sebenarnya telah termaktub dalam perjanjian yang dinamakan "kontrak Sosial" ketika sebalum mencapai kemerdekaan lagi diantara Melayu yang mewakili bangsa asal negara ini dengan kaum yang baru mendatang ketika itu iaitu Cina dan India. Jangan sesekali kita lupa kepada perjanjian yang telag termetri erat didalam sanubari datuk moyang kita dahulu. Kerana itulah negara ini berada dalam aman sejahtera. Kini semua itu terangkum dalam konsep 1MALAYSIA yang digagaskan semula oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Dalam tahun 1969, kontrak sosial telah mula dipertikaikan dan peristiwa 13hb Mei 1969 telah menghentikan pencabulan tersebut. Janganlah sehingga terpaksa mengujudkan peristiwa tersebut kembali, baru kita semua nak sedar akan bahayanya jika diungkit kembali.
sebab buta sejarah dan tidak berilmu, melayu sanggup khianat melayu. melayu sanggup jadi balaci untuk rosakkan agama, bangsa dan negara.
malang melayu... buka sejarah, buta ilmu dan buta hati.... lebih baik mati..!
Salam 1Malaysia YBhg. Datuk,
Sejarah tidak pernah melupakan kita, tapi kita selalu melupakannya.. dari situ kita sentiasa akan mengulangi kesilapan yang sama. Fikir-fikirkanlah..
anakmuda
http://ohpolitik.blogspot.com
Post a Comment