Saya yakin, jika pelancong asing kini berada di Kuala Lumpur, mereka akan merasakan ada sesuatu perayaan istimewa sedang diraikan oleh rakyat Malaysia. Ini kerana setiap bangunan, kecil maupun besar serta di taman-taman perumahan, Jalur Gemilang (JG) berkibar megah. JG juga dikibarkan di kenderaan termasuk lori pengangkut barang dan lori tangki. Inilah sikap murni dan mulia rakyat Malaysia mencintai negara.
Saya juga terharu dengan menonton gelagat Ahli Parlimen termasuk pembangkang di TV3 yang berhujjah untuk menunjukkan mereka lebih patriotik dengan sentiasa mengibarkan JG, bendera kebanggaan negara termasuk di kenderaan kerana menghormati negara tanah tumpah mereka. Inilah contoh pemimpin rakyat yang cemerlang.
Dalam pada itu, ada juga individu yang tidak mengibarkan JG kerana faktor yang mereka sendiri tahu. Di bawah ini diperturunkan faktor-faktor yang menyebabkan individu berkenaan tidak mengibarkan JG, bendera keramat negara.
1. Bukan rakyat Malaysia.
2. Tiada semangat untuk mengibarkan JG.
3. Sakit hati dengan kerajaan.
4. Anggap kibar JG seperti simbol baik yang akan menguntungkan kerajaan. (seperti diluahkan oleh kolumnis news portal, Malaysiakini)
5. Tiada duit beli JG.
6. Tiada duit beli tiang bendera.
7. Tiada duit beli kawat atau tali pengikat.
8. Tidak tahu mana kedai mana hendak beli JG.
9. Terlupa.
10. Tidak endah dan tidak peduli.
11. JG yang dibeli dulu dicuri orang.
12. JG yang dibeli dulu kotor dan malu untuk mengibarkannya.
13. JG yang dibeli dulu terkoyak dan tidak manis mengibarkannya.
14. Malu dituduh sebagai penyokong kerajaan kerana jiran-jiran penyokong kuat pembangkang. (tidak boleh disebut parti)
15. Satu-satunya JG diambil oleh anak untuk dipasang di keretanya.
16. JG dicuri oleh jiran.
17. Merasakan tiada faedah untuk mengibarkan JG.
18. Tidak sedar bulan ini, bulan Ogos.
19. Tidak sedar 31 Ogos adalah tarikh kemerdekaan.
20. Bercuti ke luar negara kerana sakit.
21. Tidak dapat projek membekalkan JG di pejabat.
22. Ada JG tetapi yang kecil dan tidak sesuai untuk dikibarkan.
23. Tidak siuman.
24. Terlantar di wad hospital. Tidak sempat mengibarkannya.
25. Sedang berkayuh basikal di seluruh dunia.
26. Belajar di luar negara.
27. Sedang sibuk buat lagu untuk disiarkan dalam Youtube.
28. Simpan dalam stor tetapi tidak tahu hendak mencarinya.
29. Hendak jimat belanja. (bagi syarikat-syarikat besar)
30. Sudah menempah JG tetapi kontraktor silap membuatnya.
31. Ada JG tetapi tidak mengikut ciri-ciri yang ditetapkan.
32. Tidak suka orang memaksa mengibarkan JG.
Jika anda mempunyai pandangan lain mengenai faktor yang menyebabkan orang tidak mengibarkan bendera. Silakan.
Thursday, August 30, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
JG=Bendera UMNO
kibar bendera = patriotik?
patriotikkah hanya dengan kibar bendera kalau terus berdiam diri ttg penyelewengan, rasuah dan perlanggaran hak asasi manusia yg semakin berleluasa?
umno/bn bukan pejuang kemerdekaan yang sebenar.... sebelum tahun 1950, perjuangan umno adalah 'Hidup Melayu' kerana takut british (yang telah mengenakan darurat-1948 terhadap tuntutan 'merdeka' dan hartal rakyat) akan marah kalau menuntut 'merdeka' dan menjelang 1957 barulah para pemimpin umno berani menggunakan perkataan 'merdeka'!
jadi, merdekakah kita hanya dengan kibar bendera dan terus ditipu umno yang dulunya adalah pekembar?
Saya ada beberapa sebab tidak meletakkan bendera kecil di atas kereta saya. Antaranya:
1. Jalur Gemilang akan terbang dan mungkin terkena kereta belakang menyebabkan kerosakan. Apabila rosak, boleh menimbulkan pergaduhan dan melarat hingga menjadikan seseorang itu road bully.
2. Jika tidak, ia mungkin akan jatuh ke tanah dan dilenyek kereta lain. Apakah itu tanda hormat kepada bendera kita?
3. Ia menjadi satu budaya rakyat Indonesia untuk sekian lama. Saya masih ingat ketika berkunjung ke Medan 11 tahun lepas, banyak kereta di sana yang meletakkan bendera di atas kereta. Apabila ditanya, mereka kata itu menjadi budaya untuk sekian lama. Apakah kita nak terikut-ikut budaya mereka? Dah lah nak minta ampun dengan mereka, sekarang nak ikut budaya pulak!
4. Begitupun, saya tetap mengibarkan bendera Malaysia di halaman rumah, bukan sahaja untuk Merdeka tetapi sepanjang tahun. Dah buruk tukar, dah buruk tukar. Yang lama tak dibuang ke dalam tong sampah.
PS: Kadang-kadang tu, orang lebih hormat kepada NegaraKu dan Jalur Gemilang dari khutbah di masjid dan Azan. Bila NegaraKu berkumandang, bukan main lagi berdiri tegak. Tapi bila dengar orang Azan, kita tak hiraukan, terus bermain di padang, terus membasuh kereta waktu Maghrib. Ketika khutbah Jumaat, bukan setakat budak-budak sekolah berbual-bual, orang-orang dewasa (termasuk golongan tua) masih berborak. Dari orang Muar
Post a Comment