Posting Kedua - 12.58 petang
Dalam banyak Pilihan Raya Kecil yang diadakan selepas PRU12, perkara penting yang perlu diselesaikan ialah isu dalaman UMNO. Isu dalaman ini perlu diselesaikan bagi memastikan UMNO dan BN terus mantap dan diterima rakyat. Penting dan segera.
Jika isu dalaman ini tidak dapat diselesaikan, apa juga 'gendang perang' yang dibuat akan menjadi sia-sia belaka. Kerja kuat pun tidak akan berguna. Hancur lebur dan terus kalah. Yang dapat ialah keletihan dan pembuangan wang.
Oleh itu, pemimpin UMNO terutama di peringkat bahagian perlulah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan sebarang masalah yang ada bagi memastikan mereka bergerak sebagai satu pasukan. Bukan hanya di depan pemimpin saja berlagak 'baik' tetapi di belakang pun, perlu menunjukkan sikap profesional sebagai ahli parti.
Pemimpin pun tahu ada personaliti tertentu yang tidak mengundi di Permatang Pauh dan Manek Urai walaupun mereka berdegar-degar meminta ahli UMNO keluar mengundi. Kalau bukan pengundi di kawasan itu tidak apa, tetapi yang menghairankan mereka adalah pengundi berdaftar tetapi malas untuk keluar mengundi. Apahal buat perangai begitu?
Posting asal - 12.48 tengahari
Penamaan calon - 17 Ogos
Pengundian - 25 Ogos
Monday, August 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Gua rasa aa umm no susah mau menang. Itu Bodohlah sudah masuk pasir dalam lu olang underwear.. maanyak gatal woo..
DIY,
Tahniah kerana berani mengetengahkan isu masalah dalaman bahagian2 UMNO. Seperti juga kata Presiden UMNO semalam semasa merasmikan persidangan UMNO bhg Kuala Selangor - 'Jangan dalam bhg ada puak itu dan puak ini'.
Saya nak kongsi sedikit apa yang saya alami pada pemuda bhg saya, dari mesyuarat agung bahagian pada November 2008 hingga mesyuarat agung yang bakal berlangsung pada 15 Ogos ini tiada apa aktiviti turun padang di lakukan melainkan kursus BTN yg 2 kali telah diadakan, kununnya untuk pengisian bg jangka panjang. Jangka pendek takkan tak boleh turun ke akar umbi? Sehingg ada yg kata mcmana nak menang nanti.
Diharap sekurang2nya DIY boleh sentuh masalah ini dan bincangkan sedikit dgn apa cara pun.
fikir-fikirlah...
Maju UMNO Anggota bahagia....
Saya sepandapat dengan tuan... harap mereka sedar untuk kepentingan rakyat dan negara.
Sdr Man Dego,
Curah je air, tiadalah lagi gatal. Melainkan kita memang ada penyakit kurap atau cendawan.
Sdr AimDaim,
Kalau kita sayangkan negara, kita akan membuat sesuatu yang mengutamakan negara. Jika kita sayang pada diri sendiri saja, kita akan mengutamakan diri dan mengetepikan kepentingan negara. Mereka ini perlu 'direbus' dengan air asam agar cepat sedar.
Sdr Waritarakyat,
Buah bidara, buah keramat.
Utamakan negara, kita selamat
Post a Comment