Wednesday, August 19, 2009

NIK AZIZ TABUR IKAN KENYANG

Nik Aziz buat hal lagi. Katanya, orang UMNO tak akan masuk syurga. Pasai apa? Mungkin 'syurga' buatan PAS. Itu pandangan seorang yang ahli Pas menyifatkannya sebaqai 'tok guru'.

Bagi saya syurga milik Allah SWT terbuka untuk semua. Yang masuk pun ditentukan oleh Allah SWT. Bukan manusia biasa. Mungkin orang tidak pernah dipanggil 'tok guru' pun akan diberikan tempat kerana Allah SWT maha adil dan saksama. Teragung dan maha berkuasa.

Nik Aziz berhentilah buat kerja gila dengan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan. Tuhan tidak suka kita bersikap yang bukan-bukan waima kita bertaraf 'tok guru'. Inikan pula 'tok guru politik'. Berhentikanlah dan jadilah manusia yang berhemah dan dipandang mulia.

Bagi pemimpin UMNO tidak payahlah menari mengikut gendang Nik Aziz. Tidak payahlah mengail di kolam Nik Aziz yang ikannya sudah kenyang diberikan makan. Buat apa mahu menghabiskan umpan saja.

13 comments:

Unknown said...

cukuplah ada seorang 'ayah pin', itupun dah pening semalaya...

tok guru kalau tidak waspada kata-kata maka akan lahirlah lagi seorang ayah pin...

Anonymous said...

Salam,

SUSAH SANGATKAH NAK FAHAM SIAPA PENGISI SYURGA DAN NERAKA SEHINGGA KELUAR KENYATAAN BERBELIT LIKU ?

S. Siapa penghuni Syurga ?

J. Orang muslim yang mukmin,bidadari yang menunggu, yang shahid kejalan Allah, orang yang benar akidahnya dan lain-lainnya dari zuriat Adam dan Hawa (jenerasi pertama dan Noh jenerasi kedua)

S. Siapa penghuni Neraka ?

J. Kebanyakan penghuni Neraka ialah dari bangsa jin dan manusia

S. Di kalangan manusia dari golongan apa yang menjadi penghuni neraka ?

J. Di kalangan manusia yang menjadi penghuni neraka ialah kafir zimmi, kafir harbi, golongan yang memperjuangkan semangat bangsa yang tidak berasaskan Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan qias (Islam) seperti bapa saudara nabi Abu Thalib

S. Apakah asas dasar islam itu ?

J. Asas dasar islam itu ialah LA ILLAHA ILLALLAH MUHAMMADARRASULLULLAH iaitu Al Quran dan Hadis Nabi

S. Selain daripada Al Quran dan Hadis nabi ?

J. Selain Al Quran dan hadis nabi semuanya tidak ada, ertinya semuanya sesat, mafhum hadis Rasullullah s.a.w "Telah aku tinggalkan dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Quran dan Hadis nabi "

S. Bagaimana jika ada kelompok manusia yang berjuang membela bangsanya mengikut semangat bangsa ?

J. Golongan itu tetap senasib sebagaimana bapa saudara nabi iaitu Abu Thalib yang kekal dalam neraka

S. Apakah manusia tidak boleh memperjuangkan bangsanya ?

J. Manusia di tuntut memperjuangkan bangsanya sendiri TAPI dasar memperjuangkan bangsa itu wajib berdasarkan islam iaitu al Quran dan hadis, selain dari itu sesat sekalipun golongan itu melakukan berbagai jenis ibadat sebagaimana yang di tuntut oleh agama

S. Adakah golongan yang bersemangat kebangsaan ini boleh menyelamatkan diri mereka ?

J. Golongan ini masih boleh menyelamatkan diri mereka dari menjadi seperti Abu Thalib sekiranya mereka menjadikan dasar perjuangan mereka kepada islam yang berpandukan kepada Quran dan hadis nabi

S. Akan tetapi golongan kebangsaan ini masih tegas mengatakan akidah mereka tetap benar ?

J. Yang menentukan benar atau tidaknya bukan manusia akan tetapi ialah Allah yang di terajui oleh panduan Al Quran dan hadis nabi

S. Boleh atau tidak bangsa,agama dan negara itu selamat jika berdasarkan semangat kebangsaan ?

J. Tidak boleh ! Kerana yang menyelamatkan bangsa,agama dan negara itu ialah islam dan telah terbukti di seluruh dunia ini mana-mana suku kaum dan puak yang memperjuangkan bangsa,agama dan negara yang tidak berasaskan kepada islam semuanya hancur musnah dan itulah yang sedang dan akan berlaku di negara umat islam

S. Apakah terlalu sukar bagi manusia mahu kembali kepada dasar islam ?

J. Kembali kepada dasar islam tidaklah terlalu sukar cuma kebanyakan manusia mahu mencoba apakah dasar dari akal mereka itu lebih baik dari dasar yang telah di sediakan oleh Allah kepada mereka, ini bererti mereka mahu melawan dasar dari Tuhan seperti Firaun dan di sinilah puncanya manusia itu menjadi sesat yang nyata akan tetapi masih mengakui sebagai islam kerana sangkaan mereka apabila beribadat maka mereka masuk syurga, sedangkan masuk atau tidaknya seseorang itu ke syurga ataupun neraka adalah kerana akidah

bersambung .....

ghostWRITER said...

ayat masuk syurga ni dah lama dah digunakan.. termasuklah di manek urai dulu.. biasala..nak pekena orang kampung.. ni lagi satu anakmuda ada pi dengar ceramah liPAS kat area permatang pasir ni, ketua pemuda liPAS gtau rakyat Permatang Pasir yang liPAS dah wartakan pengharaman penjualan arak di Selangor, BILA MASA PULAK DEPA BUAT? Pastew marah kat polis plak, kata polis tak bg penceramah lain naik bercakap, sebab senarai nama penceramah depa antar 5 orang ja, tew pun dalam 5 penceramah yang disenaraikan tak semua mai... Pastew penyokong depa marah polis, konon polis tak bg depa ceramah.. apani?

anakmuda
http://ohpolitik.blogspot.com

Real Woman said...

i did a same entry on nik aziz today in my blog. Well, ni bukan pertama kali tok guru sorang ni buat kenyataan macam ni. Kena pulak nak pilhanraya..macam2'fatwa' akan keluar lagi lepas ni!

azrul said...

Datuk, yg pasti Nik Aziz dapat byk mileage dlm paper & TV sbb statementnya itu... bad publicity is still a publicity! so pengikut PAS lagi la suka sbb nampak Tuan Guru dorg buat keje. efisyen. kononnya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Abdul Halim,

Tulah pasai. Apabila ramai yang panggil 'tok guru', maka kita pun ingat kita 'tok guru'. Maka berduyun-duyun orang datang untuk meminta kita membuat 'cukur jambul' anak. Tapi tidakkah kita berfikir apakah eloknya seseorang itu mengeluarkan kenyataan politik yang boleh mengelirukan orang lain.

ibrahim yahaya said...

Sdr Daaksaytunk,

Dalam politik semua boleh jadi. Semuanya untuk kepentingan politik. Pilihlah yang terbaik. Jangan pilih orang gila dan suka pukul orang.

PEJUANG CYBER said...

Pas Tidak Harus disokong – Bukan Parti Alternatif Umat Islam dan Melayu

PAS memperalatkan Islam

Kerana mengunakan islamlah PAS bertaahan sampai hari ini- hidup mati selama mana orang masih keliru dengan tipu helah PAS. Meletak sama taraf Agama dengan parti adalah perbuatan syirik. UMNO memperalatkan parti untuk Islam, PAS memperalat Islam untuk parti.

UMNO ALAT PARTI UNTUK ISLAM
PAS ALAT ISLAM UNTUK PARTI

Ingatlah;

Islam agama yang paling tinggi tidak ada yang lebih tinggi dan mulia darinya…

Salam Perjuangan..

tamanlaman said...

janganlah melompat sebagaiman fatwa yoga dulu, hinggakan sami velu pun nak bagi statment. Apa sebenarnya yang diucap, dengar betul betul apa yang keluar dari mulut NA

Apanama said...

Nyata Nik Aziz dah mula merapu. He is certainly coming down but I hope his advisors would do their job now and prevent further humiliation for the MB of Serambi Mekah.
Baik berundur sebelum di-label sebagai 'NYANYOK'.

Anonymous said...

nik aziz sesuai hanya jd tok guru d pondok, lepaskan politik , nescaya akan lebih di hormati oleh sesiapa saja daripada dok membebel dengan fatwa mengarut dan menyesatkan

Fatimah Zuhri said...

Pas memang sesat...

1. Berbini more than 1 - hanya untuk orang PAS

2. Masuk Syurga - hanya untuk orang PAS

Lepas ni apa la pulak...LOL

Maybe..memfitnah orang hukumnya HARUS atau Sunat untuk ahli PAS tetapi HARAM untuk org BN? lol

Anonymous said...

Benar kata abdul halim..cukuplah ayah pin...tapi siapa yang bela ayah pin..sampai sekarang masih bebas pelik ye..
cuba renung kenyataan ini..

UMNO TIDAK HINA ISLAM..??
Apa kata Pemimpin umno apabila Pemimpin Pas meminta kerjasama dari kerajaan pusat untuk menglaksanakan hukum hudud…

) “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.(Dr. Mahathir b.Mohamed, 2.5.1992)


ii) ‘Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja’. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 14.7.1992)


iii) ‘Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan’.
( Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak : 20.4.1993)


iv) Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud’. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 1994)


v) “Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum (hudud) yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?” (Dr Mahathir Mohamad, 3.3.1994)


vi) ‘Hukum rejam kepada penzina adalah primitif’. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 3.3.1994)


vii) “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”. (Dr. Mahathir b. Mohamed : 4.8.1994)


viii) “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam”(Dato’ Seri Mahathir Mohamad, 14.4.1994)


ix) Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain, akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat” (Dato Seri Dr Mahathir Muhamad, 5.9.1997)


7. ‘Apa erti pembentukan negara Islam jika ia mundur’. (Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13.11.1999)


DR. MASHITAH IBRAHIM

8. contoh pencuri.. Orang mencuri adakah kita nak buat hudud nak potong tangan dia je..takpelah,dia curi tangan kanan potong tangan kanan,dok esok dia curi tangan kiri potong tangan kiri,dia curi lagi tak tau nak potong tang mana?potong kaki pulak dan curi ngan mulut dah tak de tangan.


Bukankah ini menghina hukum hudud?
Bukankah menghina hukum hudud itu sama dengan menghina islam

Fikirlah sendiri....

saudari Fatimah......jangan hina orang berbini lebih daripada satu..mungkin niatnya nak mengikut sunnah Nabi..nanti murtad...dan jangan nanti suami saudari mencari orang lain...Allah dan Rasul disalahkan...Taubatlah