Friday, August 21, 2009

TIADA BENDERA, TIADA JIWA

Mengapa rakyat negara ini tidak memasang Jalur Gemilang?
1. Sikap tidak peduli dan tidak menghormati JG
2. Tiada jiwa dan semangat untuk menyambut kemerdekaan
3. Tiada duit untuk membeli JG
4. Tunggu kerajaan memberi JG secara percuma
5. Terlupa kerana tidak menonton televisyen dan mendengar radio
6. Tidak berasa bersalah apabila tidak memasang JG
7. Memikirkan hanya kerajaan saja yang patut mengibarkan JG
8. Belum mendapat arahan daripada majikan
9. JG yang dipasang sudah dicuri dan malas hendak membeli yang baru
10. Tidak mahu mengikut arahan kerajaan sekarang
11. Ada bendera tetapi tiada masa untuk memasangnya
12. Ada bendera tetapi malu untuk memasangnya kerana jiran pun 'tak pasang'
13. Alasan lain yang tidak masuk akal.

Saya pernah menulis mengenai sikap ini pada 30 Ogos 2007 .

(Renungan Rimau : Ada pihak yang memberi pandangan bahawa satu iklan telco yang memaparkan individu yang memandu kereta melanggar nombor satu, adalah iklan yang 'bad taste'. Orang gembira dengan nombor satu kerana gagasan 1Malaysia tetapi kereta dalam iklan itu melanggar nombor satu. Hendak membuat gimik, biarlah kena pada tempatnya. Apa ni?)

4 comments:

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Saya setuju dengan Datuk mana boleh semua barang FREE OF CHARGE
Sudah 52 tahun kita merdeka dan kempen mengibarkan jalur gemilang diadakan tiap-tiap tahun amat lembap dan kurang memuaskan walunpun kempen dengan pelbagai tema perayaan sempena menyambut kemerdekaan, contohnya KeranaMu Malaysia, Perpaduan Teras Kejayaan dan terkini 1Malaysia.
Tetapi untuk membeli sehelai BENDERA MALAYSIA rakyat kita amat kedekut ( Haji Bakil).
Saya syor kepada Kerajaan Tempatan jadikan salah satu daripada undang-undang (Council-By-Laws) menyaman mereka yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang.

" Selamat Menyambut Ramadan"

BelalangDewa said...

Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa Datuk...

ibrahim yahaya said...

Sdr LimauDong,

Sokong saranan Sdr. Bagaimanapun, kita rakyat Malaysia tidak payahlah dikuatkuasakan undang-undang barulah hendak melakukannya tetapi mempunyai jiwa terhadap negara dan JG. Barulah boleh jadi rakyat berjiwa besar.

ibrahim yahaya said...

Sdr BD,

Semoga ibadah Sdr dan keluarga diterima Allah SWT. Dua kegembiraan orang yang berpuasa ialah ketika berbuka dan ketika bertemu tuhan nanti.