Thursday, August 13, 2009

USTAZ ASRI MENINGGALKAN KITA

Ustaz Asri Ibrahim (Kumpulan Rabbani) meninggal dunia pagi ini.

Beliau dijadualkan menyanyi di Auditorium P Ramlee, Angkasapuri pagi ini, rebah dan dibawa oleh rakan-rakannya ke Pusat Perubatan Pantai.

Di Pusat Perubatan itu, beliau disahkan meninggal dunia.

Lagu Syahadah oleh Kumpulan Rabbani dijadikan lagu tema bagi program Syahadah yang akan disiarkan di TV1 jam 6.30 petang dan versi bahasa Inggeris Syahadah di TV2.

Dunia nasyid tanahair kehilangan seorang pennyanyi nasyid kontemporari yang baik.

Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Al-Fatihah.

6 comments:

Anonymous said...

Takziah kpd keluarga ust asri dan dunia lagu2 nasyid. Lagu PERGI TAK KEMBALI menceritakan segala2nya.

Al-Fatihah!

Suara Perindu said...

Kematian sebenarnya peringatan kepada kita yang masih hidup. Al-Fatihah untuk arwah Asri.

Real Woman said...

Orang tua2 selalu kata, orang beriman akan pergi dengan 'senang'... Al Fatihah

BelalangDewa said...

sesudah kehilangan penyanyi utama kumpulan Raihan beberapa tahun lalu, kita kehilangan pulak penyanyi utama Rabbani...

epain said...

baru sahaja kematian Yasmin Ahmad di TV3...

di RTM pulak, Uztaz Asri rebah kemudian meninggal dunia...

moga rohnya dutempatkan di kalangan org beriman...Al Fatihah

buat Rabbani, harap2 perjuangan nasyid diteruskan

Anonymous said...

moga2 rohnya dimasukkan ke dalam golongan orang2 yang soleh. Al-Fatihah.

pahit manis