Saturday, May 26, 2007

HIKAYAT JINNAH BROK (21)

Bunga dan Enas semakin membesar. Aku gembira melihat mereka hidup gembira dengan bimbinganku. Kedua-dua mereka kini menjadi penolong dan penyokong kuatku. Namun, sehingga kini aku tidak tahu siapakah pilihan hati mereka. Beberapa kali aku ternampak Kubang memberikan perhatian dan renungan tajam kepada mereka. Aku fikir Kubang lebih berminat kepada Bunga. Itu pilihan mereka. Beruk mana yang datang dan sesuai, aku terima. Asalkan mereka bahagia. Asalkan mereka tidak membuat kerja yang tidak senonoh.

Semalam, ada empat ekor babi datang menemuiku. Mereka tidak berpuashati dengan layanan yang diberikan oleh masyarakat beruk terhadap mereka. Bansiong, Bahuduh, Batioh dan Cipuaka membuat pelbagai tuduhan mengenai ketidakadilan beruk. Menurut mereka, masyarakat beruk tidak mahu berkongsi kekayaan alam yang ada di Bukit Putra. Mereka menuduh masyarakat beruk ingin membolot semua kemewahan termasuk yang di atas tanah dan di pangkal pokok. Oleh itu, kini mereka sentiasa kelaparan dan jatuh sakit.

Hendak tergelak pun ada mengenangkan dakwaan terhadap kesan yang mereka lalui. Apakah bentuk badan mereka yang gemuk dan memboyot selari dengan dakwaan bahawa mereka tidak cukup makan. Mereka sentiasa kelaparan. Bansiong membuat pelbagai tuduhan bahawa masyarakat beruk selalu masuk ke kawasan mereka. Masyarakat beruk sering memusnahkan hasil tanaman mereka. Babi betul mereka tu. Apa yang mereka maksudkan tanaman mereka sedangkan hasil mahsul Bukit Putra itu milik semua. Namun, sebagai babi sudah tentulah mereka akan berperangai seperti babi juga. Itulah perangai Bansiong sejak dari dulu lagi. Tidak pernah puashati dengan masyarakat beruk.

Baru-baru ini Cipuaka menuduh perwakilan beruk sering memberi muka kepada masyarakat beruk. Baginya, beruk-beruk tidak seharusnya diberikan keistimewaan di Bukit Putra. Beruk memperolehi segala bantuan yang diperlukan termasuk mendapat kawasan buah-buahan yang banyak. Mendapat kawasan tadahan air yang besar. Beruk juga dikatakan mendapat tugasan dan sering diberikan habuan berupa makanan yang enak dan bermutu. Ini, menurut babi itu, gara-gara pemerintahan aku yang tidak adil. Babi betul mereka ini. Sudahlah babi, tentulah perangaipun macam babi juga. Tidak pernah puas dan suka menyondol di semua tempat. Suka merampas hak orang lain.

Sebagai ketua perwakilan beruk, aku terpaksa menjelaskan kepada empat ekor babi itu bahawa masyarakat beruk sentiasa berlaku adil kepada semua haiwan di Bukit Putra. Masyarakat beruk hanya mengambil hak mereka saja dan sanggup berkongsi dengan binatang lain terutama dari segi makanan. Ini penting kerana menerusi perkongsian pintar ini, semua pihak akan dapat menikmati kemewahan hasil mahsul di bukit yang disayangi itu. Tiada alasan untuk mengetepikan mana-mana pihak. Tiada sebab untuk merompak dan mengambil hak orang lain. Malah masyarakat beruk sejak sekian lamanya telah berusaha untuk menggembirakan haiwan lain demi perpaduan penghuni bukit. Mereka tidak perlu sangsi dan prasangka. Aku akan memberikan perkhidmatan terbaik.

Ketika lawatan itu, aku terpaksa menyediakan makanan untuk keempat-empat babi itu. Makanan untuk seminggu yang aku simpan terpaksa dikeluarkan untuk mengenyangkan mereka. Gelojoh betul apabila melihat keempat-empat babi itu makan. Babi katakan. Adakalanya Batioh yang tempang kakinya bergaduh dengan Cipuaka untuk merebut pisang embun yang diberikan. Bunga dan Enas yang membawa makanan itu turut menahan perasaan hendak ketawa mereka ketika melihat gelagat keempat-empat haiwan yang gelojoh itu.

Setelah kenyang dan belahak beberapa kali, keempat-empat babi itu berlalu. Namun, mereka terus menyatakan rasa tidak puas hati dengan keadaan sekarang. Mereka berjanji untuk datang semula jika masalah itu tidak diselesaikan. Bagaimanapun, mereka menyokong pemerintahanku dan berjanji terus memberi sokongan.

Perangai gelojoh babi itu mengingatkan aku kepada perangai Tawar dan Badan Bertompok yang ketika ini mencaci dan mencerca aku dan keluarga. Golongan yang tidak mengenang budi. Kedua-dua mereka yang aku tatang seperti minyak kini bertukar wajah dengan menentangku. Malah Tawar yang pernah menjadi orang kuatku kini membuat pelbagai tuduhan termasuklah mengatakan aku akan berkahwin dengan anak dara beruk lain. Badan Bertompok juga membuat fitnah bahawa aku mengamalkan makan suap dan juga memberikan banyak habuan kepada keluargaku. Semoga alam akan menghukum tindak tanduk mereka.

No comments: