Tuesday, May 15, 2007

TAK SAYANGKAN MULUT?


(America Ferrera. Gambar oleh AFP/Getty Images)

Ketika ramai orang di negara ini yang "tidak sayangkan mulut" dengan mencaci, menghina, mengutuk atau melemparkan pelbagai tuduhan terhadap orang lain tanpa takut dikenakan tindakan, senyuman seorang artis di Amerika Syarikat telah diinsuranskan. Ini kerana anak kelahiran Los Angeles ini mempunyai senyuman manis yang perlu ada pada semua rakyat di negara ini.

Senyuman America Georgina Ferrera, bintang "Ugly Betty" telah diinsuranskan sebanyak 10 juta dolar atau lima juta pound (RM 35 juta) dengan Lloyds of London. Gambar Ferrera terpampang di tiang LRT di Jalan Maarof, Bangsar.

Ikuti laporan AFP mengenai [ Betty Suarez ] di sini.

2 comments:

. said...

kalau bibir senyum, mulut laser, saya rasa lebih baik insurankan mulut!

ibrahim yahaya said...

Sdr Nobisha,

Dalam maksud tu.

Siapa makan cili, dia akan rasa pedas. Tapi sekarang, boleh rasa pedas tanpa makan cili.