Sunday, May 27, 2007

MALAM AMAL DAN FORUM PERDANA

Dalam usaha mengutip dana bagi pembiayaan Surau Baiturrahman, Putra Heights, Subang Jaya, Jawatankuasa Surau Baiturrahman dan Majlis Perbandaran Subang Jaya akan menganjurkan Malam Amal dan Forum Perdana Ehwal Islam pada Sabtu, 7 Julai 2007 (22 Jamadilakhir 1482).

Majlis itu akan diadakan di padang bersebelahan Surau Baiturrahman.

Tiga objektif program itu ialah:

* Mengadakan himpunan perdana atau usrah gabungan penduduk dalam kariah baru pada satu masa dan satu tempat, bermatlamat memantapkan ilmu agama dan membentuk solidariti masyarakat.

* Mengadakan majlis makan malam dan suaikenal, merapatkan hubungan ukhuwah sesama penduduk Islam dan mewujudkan suasana pra-Imarah dan momentum sebelum surau beroperasi, semoga wujud budaya pengimarahan yang berterusan.

* Mengutip dana pembinaan Surau Baiturrahman. Selain mewujudkan jalinan hubungan ukhuwah, ahli kariah akan berasa selfbelongings selepas menyumbang kepada surau mereka, menjana pengimarahan surau dan solidariti masyarakat dalam membentuk masyarakat gemilang.


Sumbangan boleh dilakukan menerusi pembelian meja pada Malam Amal, bayaran sumbangan Al-Quran, buku Tahlil/Yassin dan pemberian wang tunai. Bagi syarikat pula mereka boleh membeli iklan dalam buku cenderamata.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pengarah Projek, Haji Nasruddin Mat Yusof pada telefon bimbit 019-3863891 atau Rusdi Hussin (019-3138989). .

No comments: