Monday, May 21, 2007

HYDROFUEL - LAMBANG KEUNGGULAN MELAYU (1)



Minggu lalu saya dipelawa oleh Dr Halim Ali untuk melihat kilangnya di Sungai Emas, Banting. Beliau menyewa dua blok bangunan untuk menempatkan kilangnya yang akan mengeluarkan pelbagai barangan untuk kenderaan termasuk HYDROFUEL.

Walaupun kilangnya masih belum beroperasi dan sedang diperkemaskan termasuk memasukkan mesin untuk mengeluarkan pelbagai barangan, saya yakin ia adalah lambang kejayaan usahawan Melayu yang tidak memerlukan "tongkat" daripada kerajaan.

Menurut Dr Halim, kemunculan HYDROFUEL adalah manifestasi keunggulan bangsa Melayu untuk menerokai bidang perniagaan berteknologi tinggi dengan usaha sendiri tanpa perlu menunggu bantuan kerajaan. Ini dibuktikan dengan penggunaan wang sendiri untuk menjalankan pelbagai penyelidikan bagi menghasilkan HYDROFUEL di samping perbelanjaan mengadakan kilang dan pembelian mesin berteknologi tinggi.

Saya akan memaparkan kejayaan HYDROFUEL dalam blog ini pada masa akan datang.

12 comments:

ahm said...

syabas anak melayu! and it takes another credible anak melayu to promote

ibrahim yahaya said...

Sdr Ahm,

Tujuan memaparkan kebolehan Dr Halim Ali ini bukan berhasrat untuk bermegah atau bersikap takbur tetapi lebih kepada untuk menyedarkan bangsa Melayu sendiri mengenai kebolehan mereka untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain.

Dr Halim adalah satu lambang saja dan jika dibuat perbandingan kejayaan seperti ini sudah tentu jauh bezanya dengan bangsa lain.

Namun, inilah hakikatnya bahawa jika ada usaha maka tangga kejayaan sudah pasti akan didaki.

Anonymous said...

Saya berminat sgt dengan teknologi nih.. Kebetulan plak minyak dah naik nih.. Saya berharap Hyrofuel akan mengeluarkan kitnya secepat mungkin khusus utk kereta nasional..

kucau said...

yer. kita harus berbangga jika teknologi ini betul. tapi macam mana jika teknologi ini tidak betul?

http://fuelsaving.info/hydrogen.htm

pirah lah said...

ermmm...akhirnya Dr Halim jumpa jugak produk yg boleh melembutkan hati setiap insan yang memusuhi beliau.
Harap si penipu ini akan bertaubat satu masa nanti...insyaallah!

Mr. Lhorat said...

Macam pernah jumpa insan keramat "Dr Halim"

jazrul said...

aku pun pernah jumpa

web design

fauzi said...

aku tak pernah jumpa

malaysia seo

fauzi said...

jumpa kat mana tu

fire safety

fauzi said...

dekat jom heboh ke
malaysia web design

jazrul said...

merepek lah jom heboh
malaysia web design

Firdaus Alhassan said...

New Hydrofuel Kit RM 280
http://eboostergenerator.blogspot.com/