Tuesday, April 22, 2008

ADA ADAB MENEGUR IMAM

Bagi Mazlan Mahmud, situasi politik sekarang ibarat itik berenang dalam kolam. Orang akan melihat apa yang berlaku di atas yang beliau sifatkan sebagai "tenang" tetapi tidak tahu bagaimana hebatnya kaki itik itu mengayuh.

Di dalam kolam itu juga tersimpan segala macam rahsia termasuk pelbagai jenis sampah sarap yang akan kelihatan apabila air surut.

Sdr Mazlan yang pernah menjadi Setiausaha Politik Menteri Penerangan, mahu orang Melayu mempunyai adab dalam menegur pemimpin seperti makmun menegur imam sembahyang jemaah yang melakukan kesalahan.

Ikutilah tulisannya dalam www.mahmudsons.blogspot.com .

Selamat menulis.

2 comments:

catchmazlan said...

Saudara ku Ibrahim,
Anna baru sudah baca ini satu buku laa... yang anna beli di Pesta Buku Antabangsa baru-baru ini. Buku tersebut berjudul Mengorak Langkah Melahirkan Usahawan Cina tulisan Chan Kwok Bun dan Claire Chiang See Ngoh.Buku ini diterbitkan hasil kajian Jabatan Sejarah Lisan, Kementerian penerangan dan Sastra Singapura. Satu tajuk yang menarik pada anna ialah Pengajaran Dari Tahi Lembu...sila rujuk blog anna.

Bagaimana cadangan anna kalau JASA buat kajian laaa....Melayu nak kemana selepas ini????.

ibrahim yahaya said...

Sdr Arab Celup,

Banyak pengajaran dari tahi lembu.

Sebut pasal tahi ialah apabila ia berada di dalam perut pasti ia tidak berbau tetapi apabila ia sudah keluar, sudah pasti anta akan lari, tidak cukup tanah laa.

Dalam politik, apa yang perlu ada dalam perut mesti diselesaikan dulu kerana jika terkeluar, ia sudah pasti busuk macam tahi. Lembu punya ok lagi laa, manusia punya....masyaAllah.