Saturday, April 12, 2008

PULAU PINANG SOKONG PAK LAH

UMNO Pulau Pinang menyokong penuh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perkara itu ditegaskan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Rashid Abdullah, ketika ditemui di Cheras. Kenyataan yang sama juga disuarakan oleh Setiausaha UMNO Negeri, Datuk Azhar Ibrahim, dalam satu sidang media di Pulau Pinang.

Dua berita itu dilaporkan oleh Warta Perdana RTM1 sebentar tadi.

4 comments:

epain said...

wahhh menarik ni..

walaupun pd satu masa ada yg kata umno penanglah yg paling lantang mintak pak lah letak jawaan masa jumpa hari tu....

sekang ni diorang nyatakan sokongan....hahahahahh....agaknya ni mesti kes kena jentik ni...

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Itulah yang menjadi tanda tanya.

Apa yang sebenarnya berlaku menyebabkan mereka berpatah balik sedangkan sebelum ini mereka membuat saranan yang lain.

Adakah media salah membuat laporan?

Anonymous said...

sokong yg membawa rebah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Ahli UMNO kini sudah berani bersuara terutama mereka yang dituduh melakukan sabotaj atau tidak menyokong parti.

Apa yang berlaku di Kedah dan Pulau Pinang menceritakan segala-galanya. Mereka tidak segan silu lagi membongkarkan apa yang terjadi selama ini termasuk sikap mementingkan diri pucuk pimpinan parti di peringkat negeri dan pusat.

Rakan saya yang hadir di majlis di Kedah menyifatkan berlakunya tsunami membelasah pemimpin yang korup, mementingkan diri, mencalonkan rakan mereka, tidak mengendahkan ketua bahagian dan timbalan pengerusi, rumah besar walaupun satu penggal dan segala macam masalah yang dilindungi.

Seorang pak lawak yang sentiasa membuat jenaka di perhimpunan agung UMNO sebelum ini juga disuruh duduk dan berhenti membuat lawak ketika ahli parti sedang membincangkan hidup mati UMNO.

Seorang pemimpin veteran dengan geramnya mengenggam perlembagaan UMNO dan menyifatkan pemimpin parti menyeleweng selama ini kerana tidak mengendahkan perlembagaan. Baginya, jika perlembagaan tidak diikuti oleh pengerusi perhubungan negeri, lebih baik dicampak dalam tong sampah. Begitu geram beliau.

Malah ada yang menuduh pemimpin negeri asyik bercinta saja. Apa ni? Banyak lagi, tetapi tidak payahlah membasuh punggung di khalayak ramai. Cukuplah dibelasah oleh ahli parti yang amat geram dengan pemimpin mereka.

Cuma saya berfikir, alangkah elok perkara ini dibangkitkan sebelum PRU12. Mungkin ada bezanya. Tetapi sudah terlambat. Sedarlah.

Apa pun semua yang berlaku ada hikmahnya. Fikir-fikirkanlah.