Monday, April 14, 2008

DR RAIS TIDAK MAHU KEJAR JAWATAN

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, tidak berminat untuk bertanding sebarang jawatan pada pemilihan parti Disember ini tetapi ingin menumpukan perhatian kepada usaha untuk memulihkan parti.

Menurutnya, beliau akan mencurahkan pengalamannya untuk bersama-sama dengan pemimpin tertinggi UMNO menggembleng tenaga memperkukuhkan UMNO dan tidak mahu berlumba-lumba mengejar jawatan sehingga lupa kepada perkara utama iaitu perjuangan bangsa.

Berita itu dilaporkan oleh Warta Perdana RTM1 sebentar tadi.

Sikap begini perlu dicontohi oleh semua pemimpin UMNO terutama mereka yang "sudah ketinggalan bas" tetapi mahu mengejarnya dengan harapan dapat menaikki bersama-sama pemimpin muda yang sihat dan sempurna.

Berilah peluang kepada pemimpin muda yang berwibawa, bersih dan kelihatan bersih untuk memacu parti ke suatu tahap yang dihormati oleh rakyat negara ini terutama bangsa Melayu yang "masih terkejut" dengan apa yang berlaku kepada parti tunjang kerajaan. Yang tidak bersih itu, bersara dan bertaubatlah kepada Tuhan.

Tanyalah mereka yang berada di bawah mengenai harapan tinggi untuk melihat satu peralihan kepemimpinan segera agar UMNO terus dihormati dan tidak dihina begitu rupa termasuk parti-parti komponen yang kini semakin garang dan lantang.

Kegarangan mereka juga mungkin bersebab kerana tempias masalah kepemimpinan tertnggi UMNO yang menyebabkan calon mereka kecundang dan terbongkang di seluruh negara. Mereka juga dihina sebagai "budak suruhan" UMNO.

No comments: