Thursday, April 3, 2008

EGM BATU PAHAT PILIH PUCUK PIMPINAN?

Saya pernah menulis mengenai Dr Haji Mohd Puad Zakarshi , sebelum ini. Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Johor ini sudah menjadi Ahli Parlimen Batu Pahat. Tahniah dan selamat menjalankan tugas.

Cuma sedih, orang yang saya lihat pemimpin pelapis UMNO tidak mendapat tempat dalam Kabinet baru-baru ini. Ramai sangat orang Johor kot? Mungkin tidak masuk dalam "buku" sesetengah pihak. Tapi takpe teruskan perjuangan demi menegakkan maruah dan martabat bangsa. Jangan berhenti setakat ini.

Selasa lalu, Dr Puad mengambil bahagian dalam forum anjuran MYKMU.NET di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Dalam forum itu beliau memuji Tun Dr Mahathir Mohamad dan memanggil bekas PM itu sebagai "yang mulia". Begitu tinggi penghormatannya.

Intipati ucapan Dr Puad ialah ahli UMNO perlu berani untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai segala kepincangan yang berlaku dalam parti sekarang. Kepincangan? Bagi Dr Puad, mereka jangan takut dan menjadi pengecut untuk bersuara. Mereka jangan mengangguk-angguk saja dalam semua hal tetapi menyatakan yang benar demi kepentingan negara, bangsa Melayu dan Islam. Golongan Pemuda juga jangan saja mewarisi kepemimpinan tetapi mewarisi perjuangan. Pandangan yang bernas dan hebat.

Apapun, saya mendengar selepas EGM di Gua Musang pada Jumaat ini, bahagian beliau pula akan mengambil langkah yang sama untuk mengadakan EGM. Cuma yang berbeza ialah EGM Batu Pahat bukan untuk membincangkan isu kuota pencalonan parti tetapi lebih daripada itu iaitu menyerahkan kepada peringkat akar umbi mengenai siapakah pilihan mereka untuk menerajui UMNO. Mereka bebas untuk menyatakan pandangan sama ada Pak Lah, Najib, Muhyiddin, Tok Ali, Syed Hamid, Ku Li, Tun Musa, Ghani Othman atau pemimpin lain waima Tun Dr Mahathir Mohamad sekalipun. Tun menerajui UMNO semula?

Pastilah macam-macam pandangan dan pilihan. Yang penting ahli UMNO jangan emosi dan menghentam pemimpin tidak tentu arah. Jaga mulut. Jaga adab sopan. Bangsa Melayu jika ingin tunjuk "kurang ajar" sekalipun dibuat secara bersopan santun. Berpantun dan berseloka?

Jika EGM diadakan, marilah kita tengok keputusannya nanti. Akan ada kejutan ke? Atau ahli UMNO terus memilih kepemimpinan yang ada demi untuk mengukuhkan parti? Atau sudah letih dan bosan?

Selamatkanlah bangsa Melayu.

7 comments:

Anonymous said...

salam pagi tok rimau,

forum di hotel singgahsana pj yang diadakan sempena April fool tuh iyer,mcm sarkis lah.yang mulia cakap melayu takut derhaka melayu mesti berani bersuara tapi mamat dari parit 8 sekincan hanya suarakan pandangan serta idea untuk memasukkan DSAI semua fobia.siann mamat tuh kena `belasah`dengan orang sendiri.buta-buta mamat tuh join PR(kalau dia bosan lah dgn UMNO).
yang mulia pun senyum tawar jerk melihat mamat tuh kena seret keluar.panglima berbaju belang merah yang menyeret tuh menjadi pahlawan yang mulia pada forum hari itu.
yang mulia sepatutnya jawab jer pada simamat tuh `SAYA RASA DSAI DAH TAK RELEVAN UNTUK ORG MELAYU UMNO LAGIPUN JERUSELAM POST DAH MELAPORKAN TENTANG KEHEBATAN DSAI,DIA ADALAH EJEN YAHUDI.KAMU NAK EJEN YAHUDI JD PEMIMPIN MELAYU KA?`hah yang mulia boleh jawab mcm tuh,buat apa p seret budak tuh keluaq.lagilah org meluat org kutuk.
saya bukan penyokong DSAI saya tahu rumah DSAI tanah tumpah beliau saya juga sekampung dengan mahathir yg sebaya dengan arwah tokwan saya tetapi saya kecewa dgn simahathir yg meminggirkan org di kampung beliau sendiri.kampung kilang ais.ada sejarah hitam kat situ yg yang mulia gagal sempurnakan sehingga dia bersara.yang mulia pada saya amat gagal.dalam forum itu sendiri yang mulia cakap tak serupa bikin.forum pula dihadiri oleh penyokong yang mulia.
kalau pak lah pula buat forum nanti org pak lah pula hadir bagi sokongan pukul yang mulia.macam itu lah lagi sebaliknya.

banyak sangat kecelaruan dalam UMNO.sifat berdengki melayu menjadikkan UMNO kucar kacir.dengki dan busuk hati ditambah perasa mengampu dan membodek yang manjadi budaya perlu melayu UMNO menghancurkan UMNO.

zaman saya kanak-kanak dulu saya suka main PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU NAK TIDUR?PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU NAK MAKAN?PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU NAK BANGUN?

Anonymous said...

Dr Puad, seorang kawan lama saya juga di USA. Sama-sama orang Johor.

Saya suka orang yang merendah diri. Pandangan saya untuk beliau renung-renungkan... untuk membaiki kepincangan UMNO, semua kalangan perlu merendah diri. Ini termasuk Tun Dr Mahathir.

Apa-apa yang perlu dipohon maaf terhadap rakyat - kelemahan yang perlu diakui - jangan berfikir dua kali untuk melakukannya. Berdolak-dalik membuatkan rakyat dan ahli UMNO bawahan bertambah mual.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Bangsa Melayu perlu bersatu dan muhasabah diri demi untuk kepentingan negara, bangsa dan agama.

Melayu jangan bergaduh, degil, bongkak, pentingkan diri sendiri, bermasam muka, suka menjatuhkan dan memperkecil kebolehan orang lain.

Jangan biarkan orang lain bertepuk tangan melihat Melayu bergaduh dan bergelut sepanjang masa.

ibrahim yahaya said...

Sdr FSO,

Saya bersetuju dengan pandangan saudara bahawa pemimpin yang lemah perlu mengundur diri untuk memberi peluang kepada orang lain.

Bagaimanapun, orang luar tidak boleh menyuruh pemimpin yang dipilih oleh ahlinya berundur diri. Hanya ahli saja yang boleh menentukan kedudukan pemimpin berkenaan dalam satu mesyuarat khas yang boleh diadakan pada bila-bila masa. Jika pemimpin itu berundur, mungkin dapat menyelesaikan satu bab saja kerana parti perlu terus mendekati dan membela orang Melayu.

Anonymous said...

Salam Tok Rimau,

Betul ke Dr Puad yang Tok Rimau sanjung tidak mendapat tempat di kabinet kerana kuota "orang Johor"?

Betul ke Dr Puad pemimpin pelapis UMNO paling sesuai dan mampu membetulkan UMNO yang sedang kritikal?

Mengapa selepas diumumkan kabinet, Dr Puad sedang mencuba 'metod' lain untuk menonjolkan diri?

Pada pendapat saya, seorang pemimpin yg ritorik adalah sentiasa bercakap 'bagus' di peringkat atasan tetapi berlainan di bawahan.

Bukan saya ingin memburukkan individu, tetapi kesilapan memilih akan menjadi keadaan bertambah teruk. Mencegah lebih baik daripada merawat.

Kesimpulannya, bak kata pepatah,

"Don't Judge A Book by Its Cover"
"Don't Judge A Person by His Words Only"

Terima kasih tok rimau. Jangan ambil hati. Hanya memberi sedikit pandangan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Duniabaru,

Saya tidak akan ambil hati. Percayalah.

Berbalik kepada Dr Puad, saya tidak menyanjunginya tetapi saya percaya beliau antara pemimpin pelapis Melayu.

Sudah tentu saya mahu Dr Puad melakukan tindakan seperti juga apa yang dilaung-laungkan. Kalau setakat bercakap saja, semua orang buat begitu. Betul tak?

Unknown said...

walauapapun, sy sentiasa menyokong ayah sy dlm apa jua keadaan..sayang abah~