Wednesday, April 23, 2008

DALAMNYA LUKA CINTA


(Buku terbitan Berita Publishing Sdn Bhd)

SITI Sarah meninggalkan Zahid cinta pertamanya, kerana tergoda dengan pujuk rayu Karim. Dia mengahwini Karim. Mereka di-kurniakan dua orang cahaya mata, Norliana dan Hairi. Tapi malangnya rumah tangga mereka hancur. Karim beralih angin men-ceraikan Siti Sarah dengan talak tiga. Karim mengahwini wanita lain.

Maka bermulalah episod hidup Siti Sarah sebagai janda muda berusia 33 tahun. Untuk menanggung nafkah hidupnya Siti Sarah bekerja di kilang membuat keropok. Bermulalah rasa kesal Siti Sarah kerana men-dustai cinta Zahid. Dia sering berdoa agar Zahid kembali kepadanya.

Dalam pada itu ada seorang duda beranak satu Rasidi yang menaruh hati terhadap Siti Sarah, begitu juga Akhbar yang sudah beristeri, tetapi isterinya lumpuh kerana kemalangan. Dua orang lelaki ini bertarung untuk memiliki hati Siti Sarah.

Dalam masa yang sama Siti Sarah sentiasa ber-harap Zahid suatu masa nanti akan kembali kepadanya. Rasidi benar-benar menanam budi untuk meraih cinta Siti Sarah begitu juga Akh-bar tetap bersungguh-sungguh untuk menjadikan Siti Sarah isteri keduanya.

Sudah ditakdirkan, Siti Sarah bertemu kembali dengan Zahid. Dia terserempak Zahid di pekan. Zahid dapat tahu Siti Sarah sudah menjanda dan dia sendiri rupa-rupanya masih cintakan Siti Sarah.

Bila Zahid bertemu kembali dengan Siti Sarah, rasa sayang Siti Sarah terhadap Rasidi telah mula berputik. Selama ini Rasidi banyak membantu menjadikan Siti Sarah mula me-naruh hati terhadap lelaki tersebut. Namun cintanya terhadap Zahid tetap tak pudar. Siti Sarah bertarung dengan perasaannya sendiri, umpama di kanan budi di kiri cinta. Dia meng-hadapi waktu-waktu yang sukar untuk menilai kedua-dua lelaki tersebut. Tapi Akhbar dapat ditolaknya dengan mudah kerana dia tak menaruh hati terhadap lelaki tersebut.

Kesungguhan Zahid dan Rasidi untuk memiliki dirinya membuatkan Siti Sarah menjadi serba salah. Dia tidak sanggup untuk memilih salah seorang dari mereka. Kerana tidak tahan dengan tekanan, Siti Sarah berpindah dari Morib ke Bagan Lalang. Dia bertekad untuk menjauh-kan diri dari kedua-dua lelaki.

Zahid yang sudah beristeri tidak peduli dengan statusnya sebagai suami orang dia tetap mahukan Siti Sarah. Oleh kerana rasa tertekan dengan kehilangan Siti Sarah dia jatuh sakit.

Rasidi juga begitu kecewa dengan kehilangan Siti Sarah. Dia balik ke kampung, tapi dia bertemu kembali dengan bekas isteri-nya yang telah menjadi janda. Demi anak dia rujuk kembali dengan isterinya.

Walaupun Siti Sarah sedih dengan tindakan yang diambilnya, dia tetap bertekad untuk terus membina hidup yang lebih bahagia dengan orang yang benar-benar memerlukan cintanya.

Bagi Siti Sarah cinta tak mestinya di akhiri dengan perkahwinan. Cinta boleh disimpan dalam lipatan hati untuk menjadi kenangan abadi.

Penulis : Nina Kirana
Pengalaman: Penulisan novel. Banyak menghasilkan novel remaja dan diterbitkan oleh beberapa syarikat penerbitan
.

No comments: