Friday, April 18, 2008

SAMY VELLU NAK MINTA BANTUAN LUAR

Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu, yang kalah di Parlimen Sungai Siput pada PRU12 kerana ditolak oleh pengundi kawasan itu akan meminta bantuan luar untuk kaumnya jika kerajaan tidak membantu masyarakat India.

Kenyataan apa ini?

Tolonglah nasihatkan pemimpin ini. Cakap banyak pun tak guna.

6 comments:

Anonymous said...

Masih relevankah Samy Vellu?

Anonymous said...

salam sejahtera,

anak singa umno boleh menasihatkan si samy ini.tak payah menjawab dengan si samy ini.kalau lah awang berada di tempat anak singa umno tahulah awang nak menangani si samy ini.

datuk rimau pun rasanya tahu kan maksud awang.

dahhh lamaa...dahhh...

ibrahim yahaya said...

Sdr GJ,

Soalan itu perlu dijawab oleh masyarakat India.

Namun, kenyataan meminta bantuan luar itu sudah tentu ingin mengugut kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO. Kenyataan itu seolah-olah selama ini kerajaan tidak membantu kaum India sedangkan beliau sendiri tahu pelbagai bentuk bantuan sudah diberikan.

Secara logiknya, kita juga boleh berfikir bahawa jika kerajaan memberi bantuan tetapi tidak sampai ke bawah, siapa yang perlu dipertanggungjawabkan. Selain itu, jika kaum India mempunyai masalah siapa pula yang perlu mengemukakan masalah itu kepada kerajaan.

Sebelum ini, Vellu dengan lantangnya membela kerajaan dan menyatakan beliau boleh bercakap sendiri dengan PM atau TPM untuk mendapat bantuan. PM dan TPM, katanya, mendengar permintaannya dan segera memberikannya.

Tetapi, sekarang mengapa cakap lain. Lidah sudah terbalik ke?

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Adakalanya ada orang yang tidak suka atau tidak mahu mendengar nasihat orang lain. Ini kerana mereka sedang memainkan isu yang boleh menaikkan semangat kumpulan yang dipimpin.

Jika dinasihat, mereka akan melawan atau mengata balik.
Akhirnya, mereka pula yang menjadi juara sedangkan sebelum ini mereka dihina dan dicerca oleh kaum sendiri. Sudahla.

Anonymous said...

"Soalan itu perlu dijawab oleh masyarakat India."

Rasanya masyarakat India sudah menjawab soalan itu. Kalau tak faham lagi juga, tak tahulah lagi nak cakap macam mana.

Takkanlah nak kena ambil gandin tu dan dihempuk ke atas kepala baru nak faham. Apatah lagi orang politik yang arif dari segi benda-benda tersirat ni, sepatutnya dah lama faham dah.

BN/UMNO pun patutnya dah lama faham. Sebagai negara berbilang kaum, dan kalau kita betul mendaulatkan konsep negara berbilang kaum ini, kita kena ambil faham masalah kaum lain juga.

Kita kena sama-sama ambil faham masalah sesama kita.

ibrahim yahaya said...

Sdr GJ,

Setuju. Masyarakat India mungkin sudah memberi isyarat bahawa Samy Vellu tidak relevan lagi. Tetapi masalahnya tuan punya badan yang merasakan masyarakat India masih memerlukan beliau. Maka beliau menyuarakan sesuatu seolah-olah memperjuangkan perkara baru untuk membuat masyarakat India menyokong dia.

Setuju. Semua kaum perlu dibantu di negara ini. Jika semua dibantu secara menyeluruh, sudah tentu tiadalah perasaan cemburu, irihati dan sakit hati.

Dalam pada itu, kaum yang sudah mendahului bidang tertentu juga mesti membantu kaum yang masih ketinggalan. Umpamanya dalam bidang ekonomi dan perniagaan, kaum Cina sudah 20 tahun ke depan.