Monday, December 14, 2009

MALAYSIA LAWAN LAOS

ANGKASAPURI, Kuala Lumpur :
Malaysia 1 - Laos 0 ( 15 minit)
Malaysia 1 - Laos 0 ( 45 minit). Pemain Malaysia perlu memikirkan strategi yang lebih baik untuk memastikan mereka memenangi perlawanan ini. Rajagopal perlu memberitahu perkara ini kepada anak buahnya. Jangan buang masa. Strategi, strategi juga. Jika tidak berhati-hati, boleh bungkus.
Malaysia 1 - Laos 1 ( 73 minit)
Malaysia 2 - Laos 1 ( 80 minit)
Malaysia 3 - Laos 1 ( minit ke 85 - Shafiq Rahim )
Shaharudin (pemain pertahanan) dibawa masuk pada minit ke 87.

93 minit (masa penuh - tambahan tiga minit) - Malaysia menewaskan Laos 3-1. akan menemui Vietnam pada peringkat akhir.

(Nota : Terima kasih Telekom Malaysia kerana menaja siaran langsung perlawanan bolasepak separuh akhir dan perlawanan akhir Sukan Sea dari Stadium Nasional, Vientiene, Laos. Timaacih Datuk Zamzamrani.)

9 comments:

pemerhati said...

MEDIA TV DAN KEFAHAMAN/KETIDAK-FAHAMAN & SALAHGUNA PENGGUNAAN ISTILAH
Aku amat hairan dgn pihak media TV kita ni ..... yang paling senior pulak tu (iaitu stesen TV1 (RTM).
Apa tidaknya? ketika sedang membaca info bergerak (maklumat yg terkini sentiasa di siarkan melalui rangkaian maklumat yg bergerak dari kanan ke kiri dibahagian bawah skrin TV).
Info tersebut adalah mengenai seorang pemandu teksi yg menjadi mangsa samun yg kemudiannya dikurung didalam 'but' teksi tersebut ...... dalam berita bergerak tersebut memaparkan "simangsa pemandu teksi tersebut telah melompat keluar terjun dari bonet teksi ......" .... 'BONET' bukannya 'BUT' ....... tidakkah ini amat melucukan?
Ya! bagaimana boleh pihak media TV1 boleh menggunakan istilah 'bonet' (yg berupa compartment untuk engine). Sedangkan si mangsa tersebut telah dikurung didalam 'but' teksi tersebut selepas disamun. Inilah yg dikatakan sama ada pihak TV1 sendiri tidak faham akan makna/maksud 'bonet' maupun 'but' kereta atau tidak tahu mengguna istilah 'pinjam' dari bahasa asing tu (iaitu dari bahasa Inggeris).
Perkataan Inggeris "BONNET" ..... dibahasa-Melayukan maka jadi lah ...... 'bonet' (ejaan Melayunya).
Begitu juga dgn istilah Inggeris "boot" .... actually originated dari rangkaian kata "car-boot" meant for "luggage compartment" located at the rear of the car. Di pinjam oleh orang kita .... dibahasa-Melayukan maka jadilah ejaan Melayunya "but".
Itulah akibatnya kita dgn bahasa yang amat limited .... (tidak kaya dgn istilah atau perbendaharaan kata (vocabulary) bahasa kita sendiri) .... hanya sekadar mampu meminjam, menceduk, menumpang orang lain punya istilah sahaja ..... lebih2 lagi dari bahasa milik bangsa yg pernah menjajah kita dulu.
Memang sudah jelas dan nyata sekali bahasa harian kita (sama ada pertuturan maupun penulisan) kita sering dan kerapkali malah tiap2 hari menggunakan bahasa asing iaitu bahasa atau terma2 dari asal perkataan2 Inggeris. Itu yang menjadikan bahasa kita bercampur-aduk dgn bahasa asing ...... sehingga jadi BAHASA ROJAK. Sudahlah itu ....... sememangnya itulah REALITI nya tentang tahap bahasa kita kini.
Yang paling menghairankan pula ...... kita hanya pandai mengambil (meminjam) orang punya sahaja .... TAPI tak pandai menggunakan nya. Sebagai pengguna ..... kita selalu menyalahguna (iaitu salahguna pakai) .... ada yg gunapakai TAK KENA PADA TEMPATNYA ...... ada yg gunapakai TAK KENA PADA MASANYA ....... ada yg tak faham tapi nak guna juga .... nak tunjuk yg dia pun tahu padahal yg sebenarnya 'tak reti' langsung .... tapi nak tunjuk yg dia tu konon2nya tahu atau reti........ supaya tidak dikatakan orang 'ketinggalan zaman' .... atau 'out-of-date' ..... atau 'backward' .... 'not educated' dan sebagainya.
Contoh yang selalu terjadi dan sering berlaku adalah seperti contoh yg tersebut diatas itulah.
Perkataan 'bonet' juga digunapakai oleh penyampai berita NTV7 dalam Edisi 7 pada paparan berita mengenai insiden yg sama. Nampaknya mereka2 yang mengendalikan siaran2 di media2 TV kita semuanya sama acuannya.
Bayangkan tahap pengetahuan, tahap kefahaman, mentaliti (IQ, EQ, SQ) mereka2 di media2 TV yg memain peranan sebagai penyampai maklumat (suppose to be .... tepat dan padat)..... TAPI LIHAT SAJALAH ......APA YANG TERJADI? .....
MEDIA2 TV KITA BANYAK MEMAPARKAN BERBAGAI MACAM BENTUK KELEMAHAN YANG MEMALUKAN ..... MELUCUKAN ...... JUGA MELUCAHKAN ........
BANYAK KELEMAHAN & KESILAPAN DEMI KESILAPAN YG SENANTIASA BERULANG2 SEPERTI JUGA SIARAN2 PROGRAM2 MEREKA YG MEREKA SELALU 'KEEP ON ULANGING'.
NAMPAK SANGAT BETAPA BEGITU RENDAH STANDARD MEDIA PENYAMPAI MAKLUMAT DAN HIBURAN YANG MELULU DARI PIHAK MEDIA2 TV KITA.
IT REFLECTS THOSE CONCERNED
Johan
BAHASA JIWA BANGSA ?

Kusyi Hirdan said...

Salam bos,

Bila tahu ada live, saya dan suami tunggu depan tv sebaik solat Maghrib. :)

Saya di resensi Isnin... jenguk-jenguk juga bos :)


Kusyi Hirdan
www.jendelaku.com


------

Anonymous said...

YBhg. Datuk

Tiga perkara.

1. Tahniah Laos kerana hampir memalukan pemain-pemain Malaysia- kualiti permainan Laos nampak semakin baik, hampir mengakibatkan "Gergasi Tua" Malaysia tersungkur.

2. Stamina - Pemain-pemain Malaysia perlu melupakan sesi bergambar di kolam renang dan berpacaran dengan artis-artis (bukan artis berjadual) untuk majalah hiburan selepas ini, untuk meningkatkan stamina, kecergasan dan kekuatan fizikal serta mental bagi menghadapi lawan

3. skil - Pemain-pemain Malaysia yang begitu bergaya di atas padang masih mandul skil asas sebagai pemain bolasepak. Sebagai contoh, pemain-pemain Malaysia masih tidak tahu membuat hantaran kepada pihak sendiri dengan baik, dan acapkali ia tersasar sehingga mudah bola dirampas pihak lawan, bagaimanapun jaringan menerusi sepakan lipat gunting (istilah yang selalu digunakan untuk kaedah sepakan berkenaan) pada gol pertama, tidaklah boleh dikira sebagai skil asas yang perlu ditimba pemain untuk melayakkan mereka sebagai pemain bolasepak.

Jadi persoalannya di sini, adakah mutu bola sepak kita semakin merosot? ataupun, adakah mutu permainan Malaysia masih di takuk lama sedangkan negara-negara lain sudah jauh ke hadapan, ATAU, adakah pemain bolasepak Malaysia hanya berminat mengejar glamor daripada bermain bolasepak? Siapa nak jawab ni....

KAMARUL BAHRI BIN ABDUL KADIR
Shah Alam

Idris Talu said...

Assalamualaikum wr wb,

Kita dapat merasakan kelegaan di kalangan rakyat Malaysia atas kejayaan pasukan kita di sana. Walau pun perjuangan belum berakhir, kemenangan menewaskan Thailand dan Laos menunjukkan, jika kita punya keazaman dan usaha yang kuat, kita boleh berjaya.

Tahniah kepada pemain, jurulatih dan semua yang berusaha keras menjayakan misi kita.

Tahniah juga kepada Telekom Malaysia, RTM dan pihak-pihak lain yang membolehkan rakyat Malaysia mengikuti perjuangan pasukan kita.

Tahniah dan terima kasih Datuk.

Idris Ismail Talu
http://idristalu.blogspot.com/

ibrahim yahaya said...

Sdr Pemerhati,

RTM tidak membenarkan bahasa rojak. Oleh itu, jika ada penonton atau pendengar yang 'mengetahui' bahasa rojak yang disampaikan oleh DJ/penyampai RTM, sila mesej pada saya segera.

ibrahim yahaya said...

Sdr Kusyi,

Terima kasih daun keladi. Lain kali tengoklah lagi.

Pastinya RTM.

ibrahim yahaya said...

Sdr Kamarul,

Menonton perlawanan membabitkan Malaysia, jantung mesti kuat. Jangan cepat panas baran, nanti rugi kita. Kena beli pinggan mangkok baru. Yang selebihnya, saudara faham-fahamlah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Idris.

Terima kasih. Kita perlu memberikan sokongan seratus peratus kepada pasukan negara. Semoga mereka menceriakan hari kita Khamis ini.

Idris Ismail Talu said...

Assalamualaikum wr wb,

Saya ingin menambah tentang masalah bahasa dalam bidang komunikasi ini seperti yang dikupas panjang lebar oleh En. Pemerhati.

Sebelum orang lain atau orang kita sendiri ketawakan kita atau sekurang-kurangnya bertanya kita, "Bahasa Melayu di peringkat SPM dulu dapat apa?" kita yang sudah diberi peluang bekerja di bidang komunikasi perlu tingkatkan pengetahuan kita terutamanya tentang bahasa.

Abdullah Munsyi sudah ceritakan masalah orang Melayu yang tidak mahu belajar tentang bahasa sendiri sejak abad ke-16 lagi.Sekarang kita berada di abad mana?

Pernahkah kita dengar laut di Kelantan orang sebut Laut Kelantan, laut di Terengganu orang sebut Laut Terengganu atau laut di Pahang orang sebut Laut Pahang? Kalau ada orang berkata begitu kita kata, "Orang ini datang dari hutan mana?"

Namun begitu, pernahkah kita dengan orang berkata tasek di Banding itu Tasek Banding, tasek di Belum disebut Tasek Belum? Jawabnya, ya pernah! Di TV sendiri biasa disebut Tasek Banding, pada hal tasek itu ialah Tasek Temengor (bukan Temenggor).

Banyak yang perlu kita betulkan dalam dunia komunikasi. Ramai pakar bahasa kita terdiri dari orang bukan Melayu. Tidakkah kita mempunyai perasaan malu?

Sekian dulu untuk kali ini.

Wassalam,
Idris Ismail Talu
http://idristalu.blogspot.com/