Friday, January 8, 2010

JANGAN GUGAT KEHARMONIAN NEGARA

Tindakan yang melampaui batas dan nyata mengancam keharmonian negara.

Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak mengutuk keras tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mencetuskan insiden kebakaran gereja pagi tadi.

Polis juga diarah meningkatkan kawalan keselamatan semua rumah ibadat di seluruh negara.

Amaran tegas Datuk Seri Najib, kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan yang mengenepikan undang-undang.

Bercakap dalam sidang media di Putrajaya, Perdana Menteri juga menasihatkan orang ramai agar bersabar dan menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang terlibat...

Sehubungan itu, pihak tertentu tidak seharusnya mengeruhkan keadaan dengan menunding jari kepada pihak lain berhubung insiden itu.

Ikuti Berita Nasional jam 8 malam di TV1.

4 comments:

YANG GAMBI said...

Salam Dato', ingin dinyatakan di sini, kawan agak keliru dengan insiden ni yang mana kekadang ada pihak sengaja merancang untuk mengambil kesempatan politik dengan isu ini dan selepas itu tuduh UMNO punya angkara.......

Kawan bukan hendak menuduh mana-mana pihak....

Tetapi, semua sudah maklum, di negeri Sarawak akan menghadapi P/Raya Negeri dalam tahun ini, memandangkan kebanyakan masyarakatnya menganut agama Kristian dan lain-lain agama.

Golongan ini menyedari masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sarawak sudah mula kurang yakin dengan perjuangan mereka, adalah tidak mustahil isu kalimah 'Allah' dan diekori pembakaran gereja sengaja dirancang untuk menaikkan rasa benci penganut-penganut bukan Islam kepada Kerajaan BN.........

Semua pihak perlu berhati-hati disebalik agenda jahat dan licik 'pemikir yahudi' ini.....

Anonymous said...

Sebagai umat islam yg beriman, tindakan membakar gareja mencalar imej islam yang mana telah lama dipandang buruk oleh barat. Jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar. Kita harus bertindak secara rasional bukannya emosional. Gunakan akal fikiran yang Allah berikan dengan sebaik mungkin dan tidak mengikut telunjuk syaitan. Biar Mahkamah tentukan keputusanya. Kita Umat Islam haruslah berdoa supaya Kalimah Allah ini dipertahankan.

Razak Majid

Anonymous said...

I am looking at two situations:

a. Selangor state anthem, which reads:

Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia

b. Baca doa in public events and in Sekolah Kebangsaan.

In both instances above, the non-Muslims have accepted the fact that Allah is used and in the case of 1 above, non-Muslims also sing the state anthem. I remember doing that in primary school in K.L when the city was still under Selangor.

The scenario now seems to be:

a. Whatever UMNO introduces, non-Muslims must accept without questioning, including mentioning of the word 'Allah'. There should be no cause for alarm among the non-Muslims and they should not raise any concerns.

b. But when the Catholics in Malaysia want to use the word in Bahasa Malaysia communication specifically for its Church goers only, UMNO wants to deter such action.

Since when did UMNO take on the role of interfering in the activities of a Church?

Does this not point out to just one fact - UMNO never tolerates any action by those in Malaysia, when it does not match UMNO's crude agenda.

If this is not the snobbish and arrogant 'ketuanan' that is being forced down the throat of non-Muslims, what else can we call this?

PARAMESWARA

Dari Lensa Ke hati said...

Point dia sangat mudah..kalu mind set dia dah di set utk bt kacau,dia tak kira,mesti bt kacau juga..dia tak tahu yang keharmonian negara ni bukan mudah nak berada pada tahap sekarang ni..jadi kepada semua,jangan bt tindakan melulu