Wednesday, April 13, 2011

CALON BN BAIK DAN HEBAT

Oleh Ibrahim Yahaya

Pembangkang tidak boleh menipu rakyat Sarawak dengan mendakwa mereka mentadbir lebih baik daripada BN kerana telah terbukti kegagalan mereka di Selangor, bukan saja banyak janji yang tidak ditepati malah banyak anak syarikat negeri rugi termasuk hasil pasir yang dijanjikan RM150 juta setahun tetapi yang mereka perolehi tidak sampai RM6 juta. Ini kenyataan ADUN Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz. Beliau layak berkata begitu kerana sebagai wail rakyat dari Selangor segala kepincangan yang dilakukan oleh kerajaan negeri PKR sentiasa diperhatikan dan diawasi satu persatu. Oleh itu, tidak ada sebab penduduk Sarawak menaruh segala harapan tinggi terhadap pembangkang yang sejak diberikan 'peluang' dalam PRU 12 lalu gagal menunjukkan kebolehan mereka. Malah apa yang dilakukan ialah mempersalahkan orang lain dan memberikan 1001 alasan. Mereka boleh berjanji tetapi tidak boleh memberi jaminan seperti kerajaan BN.

Malah Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin, mengingatkan pengundi Sarawak menolak 'hantu dan jembalang' yang kononnya datang ke negeri itu untuk melakukan 'perubahan' tetapi tidak menyatakan dengan terperinci apa yang mereka mahu ubah. Bagi beliau, pembangkang membuat manifesto dalam bilik sejuk sedangkan BN sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk membangunkan Sarawak. Pembangkang katanya, hanya ada cita-cita politik untuk mendapat kuasa. Selepas mendapatnya mereka akan 'terkial-kial' untuk mentadbir negara selain perbalahan antara mereka yang tidak berkesudahan. Inilah pembangkang yang berani bercakap besar dan menabur segala macam janji yang kebanyakannya hanya sedap didengar tetapi sukar dilaksanakan.

TS Muhyiddin mahu pengundi Sarawak bersatu bagi membolehkan BN mempertahankan majoriti dua pertiga dalam PRN ke 10. Semangat 'Gelombang Biru' semakin meningkat dan mahu ia terus melanda negeri itu serta membawa kemenangan kepada BN. Beliau berkata demikian ketika menghadiri jamuan tengahari bersama 900 ketua masyarakat di sekitar Bandaraya Miri, baru-baru ini.

Bagi Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak, BN perlu meningkatkan usaha untuk memenangi kerusi di bandar-bandar pada PRN Sabtu ini kerana calon yang diketengahkan adalah baik dan hebat. Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Bersama Rakyat di Sadong Jaya hari ini. Kenyataan PM itu seharusnya diberi perhatian berat oleh pejuang BN kerana mereka ada 'produk baik' untuk dipasarkan kepada pengundi demi kelangsungan hidup pembangunan mapan di Sarawak. Pejuang BN tidak boleh putus asa atau hilang pedoman melihat keupayaan pembangkang menarik minat orang ramai dalam ceramah mereka yang penuh dengan pelbagai tuduhan Dan tohmahan. Jika pejuang BN dapat memaparkan apa yang sudah dilaksanakan oleh kerajaan dalam membangunkan negeri ini tidak Ada sebab rakyat menolak BN. Pembangkang berusaha menimbulkan rasa benci rakyat terhadap TS Taib Mahmud yang selama ini mendapat sokongan padu penduduk di luar bandar. Mereka menggunakan isu lama memerintah TS Taib sebagai alasan untuk menolak BN sedangkan mereka mengetahui bahawa banyak jasa dan pembangunan dilaksanakan oleh BN.

Pembangkang hanya pandai mengaku merekalah yang terbaik, kata Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim sedangkan pencapaian itu adalah kejayaan kerajaan BN lalu. Lihatlah Pulau Pinang yang dimajukan oleh kerajaan negeri pimpinan BN dan Ketua Menteri ketika ini mengaku mereka berjaya membawa kejayaan itu, katanya dalam satu majlis bersama pemandu teksi di Bintulu semalam. Malah kata Dr Rais, jambatan yang sering digunakan oleh KM sekarang pun dibuat oleh BN. Oleh itu, usahlah mengaku ada saham dalam pembangunan yang dibawa oleh BN. Ingatlah pengundi Sarawak, BN memberi jaminan tetapi pembangkang hanya pandai menabur janji.

1 comment:

BZ said...

Blogger nilah yang memperbodohkan
bangsa melayu.IQ sama taraf dengan
binatang.Allah jadikan binatang berotak tapi tak berakal.Manusia
Allah berikan keduaxnya.Lu spesis
binatang yang akal letak kat kepala
lutut!!