Wednesday, April 27, 2011

MALAYSIA BERSATU VS dap

Oleh Ibrahim Yahaya

Sebelum tulisan mengenai 1Melayu 1Bumi disiarkan ramai yang mahu Melayu bersatu. Tetapi kemahuan itu setakat mahu tetapi tiada apa apa yang bergerak. Tidak bergerak kerana tiada siapa yang mahu menggerakkannnya. Jika ada pun, orang itu segera dicop sebagai seorang yang chauvinist Melayu termasuk penulis yang menyeru agar 1M 1B dilaksanakan. Kesannya, kemahuan, keinginan, hasrat dan cita-cita seperti kabus yang hilang apabila timbulnya sang matahari. Hilang dan lesap dari pandangan.

Selepas gerakan untuk Melayu bersatu mula diperkatakan terutama selepas 1M 1B ada pula pihak yang mahu memulaukan akhbar Utusan Malaysia yang dikatakan terlalu perkauman. Entahlah otak cap apa mereka yang memikirkan perkara sedemikian. Mungkin cap ayam atau cap itik atau binatang lain. Entahlah. Namun, pokoknya ialah seruan agar Melayu perlu bersatu untuk menentang mereka yang tidak mahu melihat negara ini maju ke hadapan dan menjayakan 1Malaysia - rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Maka semua mata berpalinglah kepada dap, parti perkauman yang bukan saja membenci 1Malaysia tetapi mahu dikuburkannya sekali.

Lihatlah betapa angkuh mereka mengarahkan Menteri Besar Selangor untuk mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia. Lihatlah bagaimana dap menyamakan Satu Malaysia sebagai Sapu Malaysia. Penulis malas untuk bertanya adakah dap menolak 1Malaysia kerana jawapannya sudah ada. Mereka memang menolak Gagasan 1Malaysia yang mendahulukan rakyat dan menetapkan pencapaian diutamakan. Mengapa dap menolak usaha mendahulukan rakyat sedangkan dalam ceramah merekalah 'superhero' yang dapat menyelamatkan Malaysia. Pirrraahh.

Superhero untuk siapa, rakyat Malaysia atau segelintir pemimpin Cina yang membenci usaha untuk mendahulukan rakyat yang memerlukan - sudah pasti yang ramai ialah bangsa Melayu. dap tidak mahu menolong Melayu kah? dap mahu memainkan sentimen perkauman berterusan kah semata-mata untuk mendapat undi yang 'ada bau' perkauman. Mereka patut malu untuk mengaku superhero jika ekor mereka sendiri bergelumang dengan taik dan sifat tebal perkauman. Superhero apa jika dalam ceramah hanya menyebut 'jika pilih dap, masalah akan selesai'. Pirrrahhh. Seorang calon di Sarawak ada hati hendak menjadi calon dan bongkak mengatakan semua akan selesai jika pilih calon dap. Pirraahh.

Dalam poster di Miri, dap dengan bongkaknya menyamakan Satu Malaysia sebagai Sapu Malaysia. Jika dap memainkan semangat perkauman menyatakan Sapu Malaysia, tolong tanya diri mereka sendiri siapa yang Sapu Malaysia sekarang. Tolong jawab. Siapa yang menguasai ekonomi Malaysia sekarang? Janganlah berselindung di belakang Sapu Malaysia yang ingin membawa kontosi bahawa ada pihak tertentu yang sapu. Atau Sapu Malaysia itu ada kaitan dengan tindakan mereka berarak membawa penyapu besar sebelum berlakunya 13 Mei 1969. Ramai orang tidak ingat tetapi cuba baca bahan arkib sebelum ini yang menampakkan keangkuhan mereka yang apabila sudah menang, semua dicanang dan orang lain perlu berenang dan air mata berlinang. Pirraaah.

Ini tidak perlu dijawab oleh pemimpin Cina dap kerana mereka mempunyai beribu jawapan untuk mengiakan apa yang mereka kata. Malah kekalahan pembangkang di sesuatu tempat di Sarawak baru-baru ini disalahkan kepada kerajaan termasuklah web portal yang menyokong mereka digodam dituduh ada konspirasi pihak terentu. Siapa pula yang mengodam web portal AgendaDaily yang selama ini bercakap benar mengenai apa yang kerajaan buat? Ada konspirasi dari kerajaan jugalah tu. Jika perut mereka buncit, mereka juga akan menyebut ada konspirasi dalam menjual makanan yang boleh membuncitkan perut mereka. Pirraahh.

Umum tahu kaitan dap dengan pap di Singapura yang mempunyai cita-cita besar untuk memerintah Malaysia. Lihatlah bagaimana pap yang memerintah Singapura meminggirkan golongan tertentu di sana dan ini diikuti oleh dap di Pulau Pinang. Semua orang tahu dan tidak payahlah hendak memberi alasan bodoh dan bongkak. Sebagai wartawan sudah sudah melihat apa yang dilakukan oleh dap dan suara-suara keangkuhan mereka sejak dari bapa hinggalah kepada anaknya. Sebagai rakyat negara ini, penulis boleh melihat betapa tebalnya sifat perkauman mereka. Cuma mereka pandai bermuka-muka apabila ingin menjalinkan hubungan dengan Pas dan PKR. Itupun sesekali mereka tersasul dan telanjur dengan membuat kenyataan 'Anwar tidak layak memimpin pembangkang lah' dan kemudiannya menjilatnya balik untuk membela DSAI. Hanya kerana politik dan wang yang diperolehi. Heii..pirraahh. Jangan suka bermuka-mukalah dan berjuanglah secara ikhlas.

4 comments:

wan said...

Mca,chua soi lek hina islam blh plak umno jilat bontot dia ye.. Samy vellu hina al quran mana pg umno? dh jadi barua ke??

ibrahim yahaya said...

Sdr Wan,

Gunalah bahasa yang baik. Kali ini saja.

Unknown said...

kamu juga tak gunakan bahasa yang baik.

apa hal dengan "Heii..pirraahh" yang tak kurang 10 kali ditulis di dalam tulisan kamu?

piiiiiraaaahhh

Anonymous said...

kata je 1 malaysia 1 malaysia tapi apa yang kerajaan BN lakukan untuk masyarakat kaum india terutamanya dari segi perkerjaan sektor awam