Wednesday, June 8, 2011

HADI BUAT KARPAL SINGH HEPI

Oleh Ibrahim Yahaya

Bagi sesetengah pihak gabungan antara UMNO dan Pas tidak akan berlaku. Ini kerana faktor tersendiri yang mereka saja yang tahu. Mungkin pemimpin UMNO mahukan gabungan ini tetapi di pihak Pas sudah tentu mereka tidak mahu. Pas mempunyai pelbagai alasan termasuklah sudah selesa dengan rakan-rakan dalam parti pembangkang.

Jika dulu antara Pas, PKR dan Dap, ramai yang menyatakan mereka pasti tidur sama tetapi mimpi lain-lain. Ini kerana tentangan Dap terutama Karpal Singh terhadap usaha Pas untuk mewujudkan Negara Islam. Kini mimpi mereka mungkin akan sama sedikit kerana Pas sudah menggugurkan perjuangan menegakkan Negara Islam sebaliknya menggantikan Negara Kebajikan. Marilah kita tidur bersama dan mimpi yang sama. Tetapi jangan tidur sesama lelaki kerana mungkin tidak sempat mimpi. Tahniah DS Hadi Awang kerana berfikiran waras menukarkan perjuangan Pas. Cuma, hairan tiba-tiba berubah. Mana Hadi Awang yang pernah mengkafirkan UMNO satu masa dulu? Alahai.

Bagi Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad, perubahan itu adalah kemenangan kepada Karpal Singh kerana kenyataannya sedikit masa dulu iaitu 'langkah mayat saya dulu' jika Pas ingin mewujudkan Negara Islam. Kini Pas tidak perlu melangkah mayat Karpal Singh, cukup dengan lalu tepi mayatnya jika mahu mengadakan Negara Kebajikan. Ini kerana Karpal Singh amat gembira kerana Pas sudah membuang nama Islam itu sendiri. Tahniah kepada DS Hadi Awang kerana kemantapan berfikiran dalam memuaskan hati Karpal Singh.

Berbalik kepada gabungan UMNO dan Pas, di pihak UMNO ada pemimpin yang masih berminat. Umpamanya, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, UMNO akan terus membuka pintu perpaduan dengan mengajak Pas melupakan peristiwa lalu. Jelas beliau ini kerana kejadian itu sudah lama berlalu dan kebanyakan pemimpin kedua-dua parti yang terlibat dalam pertikaian politik pada waktu berkenaan sudah tiada.

Niat baik Datuk Ahmad Maslan ini sudah pasti bermatlamat untuk menyatukan orang Melayu. Ini kerana orang Melayu diserang dari setiap segi terutama membabitkan agama dan maruah bangsa sehingga adakalanya menjadi luar biasa, ada yang tidak pernah berlaku selama ini. Semacam ada satu susunan isu panas yang diatur untuk dilancarkan satu persatu terhadap kerajaan termasuk yang terbaru mengenai pemberian biasiswa JPA. Semalam akhbar Cina sudah memainkan isu di maktab perguruan dan pasti menjadi isu terbaru.

Agenda menyerang ini perlu disedari oleh pemimpin Melayu. Namun bagi sesetengah pemimpin Pas gesaan bergabung ini disebabkan UMNO sudah terdesak untuk mempertahankan parti itu daripada serangan pelbagai sudut. Malah mereka sendiri juga mahu agar Pas juga turut menyerang UMNO walaupun ia membabitkan hal agama dan bangsa. Lihatlah bagaimana isu untuk mempilihanrayakan ahli jawatankuasa masjid yang kini dibantah oleh ramai orang Melayu di Pulau Pinang. Sudah tentu ada perkara yang tersembunyi dengan tindakan terbaru di pulau mutiara itu. Hanya Guan Eng yang boleh menceritakan lebih lanjut usaha kearah itu, mungkin lebih baik daripada peneraju JAIP. Mungkin Guan Eng mendapat petunjuk dari angin selatan untuk melaksanakannya. Kesian.

No comments: