Wednesday, June 29, 2011

WARDINA TIDAK SOKONG BERSIH




















KUALA LUMPUR: Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) Wardina Safiyyah menafikan tuduhan beberapa penulis laman blog bahawa beliau menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dan akan bertanding pada pilihan raya umum nanti di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya berkaitan gambarnya bersama beberapa pemimpin PKR, termasuk Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali adalah tidak benar dan merosakkan reputasinya sebagai artis. “Semua dakwaan ini tidak benar, boleh tanya orang ramai yang datang pada hari itu, mereka sendiri mendengar ceremah saya dan boleh memberi pengakuan yang ceramah saya langsung tiada unsur politik,” katanya pada sidang akhbar di sini, pagi ini. Wardina berkata, beliau tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya artikel yang tersiar termasuk gambar lamanya yang tidak berhijab tidak dikeluarkan daripada blog berkenaan secepat mungkin.

“Ia adalah tidak benar mengatakan saya terbabit dengan parti itu. Saya ingin memberi penjelasan atas salah faham dan kekeliruan yang berlaku dalam blog itu.

“Kehadiran saya di Karnival Mesra Rakyat 26 Jun lalu sebagai jemputan untuk memberi ceramah motivasi keibubapaan. Saya tidak diberitahu penganjur bahawa Azmin akan hadir sama,” katanya.

Beliau bimbang tindakan beberapa blogger terbabit yang cuba mengaitkan cerita lama keluarganya dengan gambar beliau duduk bersama pemimpin PKR di sebuah gerai makan.
“Itulah sebabnya saya panggil sidang media tergempar ini. Mengenai gambar saya bersama pemimpin PKR, saya sedang minum di sebuah gerai berdekatan dan kebetulan beberapa pemimpin PKR lalu dan duduk bersama di meja, takkanlah saya hendak bertindak tidak sopan dengan meninggalkan mereka,” katanya.

Wardina mengakui menghadiri Karnival Mesra Rakyat di Kelana Jaya anjuran Kerajaan Selangor, namun beliau menafikan sama sekali bahawa kehadirannya adalah berunsurkan politik. - BH online.

6 comments:

Anonymous said...

Lu boleh cakap apa lu suka laa wardina tapi.. God knows...

Anonymous said...

Alah aku tak percaya si Wardina yg ingat dia cantik pandai ni tak tahu yg penganjur adalah Si Azmin dan PKR..dia orang serupa aje semua penipu..kerana Ketua Umum di yg nama pendek BABI Al juburi tu memang kaki penipu besar..aku ingat TV3 baik jgn ambik dia ni..kalau tidak aku tak hingin nak tengok TV3

Anonymous said...

pe hal le bangang sgt die ni suruh org buang foto2 tk brhijab die tu...kalo dh dl dia mcm tu terima je la,,bkn nye skrg ni die mcm dl lg...kalo ikutkn mcm die ni byk le artis2 blh saman org sbb siar foto2 tk elok ms zaman2 dl...cehhh bodo punye statment...dh terasa tekanan dr pihak atasan baru nk trfikir prbuatan die tu dh brtentangan...ala ko istiharkan je ko sokong depa2 tu,,kan negara demokrasi,,ko jgk ckp blh kwn dgn sape2 kan,,tp lps tu ko berenti terusla dr tv3 ..kn ke tv3 tu hina keji(tu kt puak2 depala)

otaklunyai said...

ini dah terbalik dari paya yg selalu Wardina cakapkan ketika keudara... bercakap soal hak, keadilan, kezaliman.... sekarang inilah ujiannya keatas Wardina... dah jelas tuntutan bersih itu benar dan hak... mengapa Wardina takut... tak yakin ke rezeki dari Allah. takkan hanya dengan sedikit ujian dah berubah kata-kata... bukan senang nak berjuang... ramai yg pandai bercakap. sebab itu dalam 27 juta rakyat DSAI hanya ada seorang saja...

Ryzal72 said...

Assalamualaikum,
Sememangnya begitulah jadinya jika kita tidak berhati-hati dalam menerima pihak-pihak tertentu yang mempergunakan kita. Disinilah si Wardina telah terperangkap oleh politikus yang rakus mempergunakannnay. Tanpa dia sedar dia telah menjadi taruhan dan jajaan oleh pihak pembangkang akan betapa popularnya parti tersebut di kalangan para selebriti. Seharusnya Wardina juga mendesak pihak parti pembangkang tersebut untuk meminta maaf kepada Wardina sekeluarga kerana mendedahkan gambarnya terlebih dahulu sebagai modal politik. Saya berkecuali dalam hal ini, tetapi bila Wardina mengambil langkah menyelar blogger pro kerajaan maka atas sebab itulah keadaan menjadi semakin panas sehinggakan komunikasi melalui twitter beliau kepada beberapa pemimpin pembangkang juga sepetti kpd YB Niza, Nik Nazmi semasa PRN Sarawak dulu telah dikeluarkan sebagai bukti menyokong kepada statement mereka. Ini tentulah menyusahkan Wardina sendiri. Jadi saya melihat dalam hal ini, kematangan Wardina dalam mengurus permasalahan adalah suatu yang penting. Apa-apapun, saya percaya tindakan yangs edang diambil oleh Wardina sekarang ini adalah yang terbaik. Saya yakin isu ini akan reda dan tidak berpanjangan. Nasihat saya kepada Wardina dan semua selebriti, berhati2lah dalam melakukan sesuatu terutamanya dengan pihak yang suka mengambil kesempatan di atas kita. Lebih baik kita bersikap manjauhi sesuatu perkara yang kita tidak arif untuk kebaikan diri dan keluarga. Sekadar pandangan Ikhlas.

Anonymous said...

salahkah kalau wardina betul2 sokong parti pembangkang.Ni kan negara demokrasi. Amalkan demokrasi matang