Thursday, November 17, 2011

PRU13 : RAMALAN TUK NUJUM (1)

Sekarang ini, ramai yang tanya penulis tarikh pilihan raya umum. Jawapannya dari sekarang sehingga awal 2013. Dalam tempoh itu, Parlimen boleh dibubarkan untuk mendapatkan mandat daripada rakyat menubuhkan kerajaan. Hari ini pun boleh bubar.

Sedikit masa dulu ramai yang meramalkan 11.11.11, PM akan membubarkan Parlimen. Pelbagai alasan diberikan antaranya ialah DS Najib Razak suka nombor 11 dan sudah pasti tarikh itu dipilih. Tetapi tidak juga jadi dan hari itu menjadi satu hari biasa dalam kehidupan rakyat di negara ini.

Sejak beberapa hari ini pula, jika PM memanggil mesyuarat pada waktu yang dianggap pelik seperti waktu malam, ramai yang meramalkan PRU13 semakin dekat. DS Najib ketika ditanya mengapa buat mesyuarat malam, menjawab bahawa beliau akan membuat mesyuarat tidak kira masa kerana kesibukan tugasnya. Apakan tidaknya dari Amerika Syarikat sehingga ke Timur Tengah dan kini pula di Bali, Indonesia.

Dalam pada itu, DS Najib sering menyebut mengenai winnable candidate dan yang terbaru ialah pemilihan calon itu juga tidak semestinya muda saja. Maka pemimpin politik yang veteran dan mampu menjalankan tugas tetap akan terpilih. Mereka ini telah menunjukkan kemampuan dalam apa tugas diberikan sama ada tiada berportfolio atau pun sebagai Menteri. Yang penting mereka mencapai KPI.

Memilih calon yang boleh menang ini penting untuk memastikan BN terus menjadi kerajaan selepas PRU13. Tidak guna meletakkan calon yang disuakan oleh pemimpin parti komponen tetapi kalah dalam pilihanraya. Jangan pilih calon yang 'menghabihkan boreh'. Untuk itu, proses pemilihan peringkat parti perlu dilaksanakan dengan teliti dan bukan tangkap muat atau berdasarkan kroni atau kepentingan politik tertentu.

DS Najib juga meminta semua ahli parti komponen BN memberi sokongan kepada sesiapa saja yang dipilih menjadi calon. Ini penting kerana dalam PRU12 banyak calon BN kalah kerana tiada kesatuan dan tindakan 'cah keting' yang keterlaluan sehinggakan calon pembangkang menang, ada antaranya di bawah 50 undi. Apalaaa.

1 comment:

PUTRA MERDEKA said...

salam tok,
winable candidate juga mesti berpaksi kepada calon yang benar benar telah teruji dan terbukti kesetiaan dan ketaatan kepada parti!

Pucuk pimpinan seharusnya belajar dari apa yang telah berlaku dalam isu 16 September apabila diberitakan adanya wakil 'kita' yang sanggup dan akan berpaling keluar dari saf BN.

Kemenangan mengekalkan kuasa BN Insyaalah akan berjaya namun pegangan 2/3 masih belum dapat dipastikan dalam PRU yang akan datang.

Jika majoriti 2/3 masih gagal diraih maka drama 16 sept. boleh dan bakal berulang malah puak peliwat rela berabis berapa pun jika benar terbukti kerusi empuk di Putrajaya mampu mereka duduki.

Maka ketaatan dan kesetiaan kepada parti seperti mana yang dibuktikan oleh majoriti Ahli Ahli Parlimen sekarang merupakan asas dalam pemilihan calon akan datang.

tkasih