Wednesday, December 19, 2007

JANGAN SEBARKAN SMS TIDAK SESUAI

Saya diberitahu ada unit khas untuk membuat sistem pesanan ringkat (sms) yang lucu dan menarik di kebanyakan Telco. Sehingga kini saya tidak pasti kebenaran maklumat itu. Jika benar, ia sudah tentulah idea terbaik untuk menambah pendapatan. SMS yang lucu dan menarik akan menggalakkan pelanggan menghantarkannya kepada saudara-mara dan rakan-taulan. Ini sudah tentu memenuhkan kantung pendapatan Telco.

Saya juga menyokong penuh tindakan tegas terhadap golongan yang menyebarkan khabar angin melalui SMS. Ini tidak baik dan boleh menimbulkan masalah kepada kehidupan seharian. Yang penting ialah jangan percaya dengan khabar angin itu dan bertanyalah kepada pihak keselamatan jika mendapat SMS seumpama itu.

Dalam pada itu, menjelang Aidiladha esok, saya mengucapkan Selamat Menyambut AidilAdha kepada semua rakyat Malaysia di mana saja berada. Saya juga berdoa agar jemaah haji kita sentiasa selamat di Tanah Suci dan mendapat Haji Mahbrur.

Namun, saya menganggap pihak yang menyebarkan SMS lucu membabitkan Aidiladha dengan memasukkan perkataan ....bersiap sedialah parang dan pisau...marilah beramai-ramai.....jangan bagi peluang....Perhimpunan Berdarah....dekat masjid, yang ingin menyatakan "mari kita bergotong-royong untuk majlis korban atau menyembelih korban" sempena Hari Raya Haji, perlu memberhentikannya kerana ia tidak berapa sesuai ketika ini.

Kelakar memang kelakar, tetapi ia SMS yang "bad taste".

(Renungan Rimau : Tahniah kepada Prof Datuk Dr Ismail Mohd Salleh di atas perlantikan sebagai Senator semalam. Beliau yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan, memang seorang insan yang istimewa dan bijaksana.)

No comments: