Thursday, December 13, 2007

TIADA KUASA, APA BOLEH BUAT

Istilah Kemandulan Minda yang disuarakan oleh Ahli Parlimen Gerik, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh menarik perhatian ramai kerana ia membabitkan tegurannya kepada Dewan Bahasa dan Pustaka berhubung usaha mendaulatkan bahasa terutama berhubung peristilahan.

Sokongan kepada kenyataan Dr Wan Hashim itu terutama daripada kalangan pendokong bahasa sudah pasti "mengguris hati" Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Firdaus Abdullah. Apakan tidaknya ada di antaranya ialah rakan-rakan beliau yang mana kenyataan mereka itu boleh diibaratkan sebagai "menikam dari belakang".

Saya boleh merasai "penderitaan" yang dihadapi Dr Firdaus kerana masalah "tiada kuasa" DBP untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan. Apabila kita tiada kuasa, maka kita tidak boleh melaksanakan undang-undang dan sesiapa saja boleh menyalahgunakan bahasa dan DBP hanya setakat boleh menegur dan menasihati saja. Jika mereka tidak mahu menerima nasihat, apa DBP boleh lakukan. Faham-fahamlah sendiri.

Untuk menerangkan apa yang dilakukan oleh DBP, ikutilah temuramah dengan Pengarah Jabatan Bahasa, DBP, Noresah Baharom dalam rencana [ BERITA HARIAN ] hari ini.

No comments: