Saturday, December 22, 2007

SEMINAR DMDI DI JAMBI, INDONESIA (1)


(Presiden DMDI, DS Mohd Ali Rustam menyerahkan Plak Pembentukan DMDI Jambi kepada Gabenor Jambi sambil disaksikan Ketua DMDI Jambi)

Oleh ABDUL HAMID MOHAMMAD

JAMBI, INDONESIA – Seminar Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) yang berlangsung di sini mengambil ketetapan untuk melindungi secara undang-undang budaya Melayu yang berkembang di negara-negara anggota DMDI.

DMDI dianggotai 13 negara membabitkan Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Filipina, Thailand, Kemboja, Sri Lanka, Madagaskar, Afrika Selatan, Australia, United Kingdom dan China. Keanggotaan itu termasuk 13 buah negeri di Malaysia dan 27 Propinsi di Indonesia.

Berdasarkan resolusi yang diputuskan pada hari terakhir seminar itu, semalam, budaya Melayu perlu diperkukuh dan pelihara sebaik mungkin serta diperkembangan dikalangan negara-negara rumpun Melayu agar ia tidak lupus ditelan zaman dan arus kemajuan global.

Resolusi yang diputuskan itu bertepatan dengan tema seminar – `eco pakai adat Budaya Melayu Jambi dalam konteks pembangunan Jambi' yang menfokuskan mengenai penerapan lokal kedaerahan keatas adat dan jati diri Melayu yang merupakan teras di dalam pembangunan Propinsi Jambi.

Presiden DMDI, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika menyampaikan ucap utama pada seminar itu memberi perhatian serius terhadap perkara tersebut yang mahukan jati diri Melayu Islam dipertahankan dan dijadikan teras didalam pembangunan masyarakat Melayu Islam.

Menurut beliau, meskipun halatuju masyarakat lebih terarah ke barat kerana persepsi masyarakat memandang barat sebagai model kemajuan, namun Melayu Islam harus maju dengan acuan sendiri.

DS Mohd Ali berharap pertemuan di Jambi ini, dapat menghasilkan resolusi yang dapat mengembalikan tamadun Melayu didalam semua bidang kehidupan global sama ada dari aspek ekonomi, pendidikan, ICT, sains dan teknologi serta sosio budaya.

Seminar dan lokakarya itu turut mengambil ketetapan mengucapkan terima kasih kepada Gubernur Jambi, H. Zulkifli Nurdin yang telah melancarkan secara rasmi pengukuhan DMDI bagi Propinsi Jambi.

Pengukuhan DMDI di Propinsi Jambi ini adalah yang ketiga di Indonesia selepas Kalimantan Barat dan Kepulauan Riau. Menerusi pengukuhan itu, Ketua Lembaga Adat Melayu Jambi yang juga mantan Wakil Gubernur Jambi, Bapak H. Hasip Kalimuddin Syam telah dilantik sebagai Ketua DMDI Propinsi Jambi.

Dalam pada itu, bagi memastikan budaya Melayu terus berkembang di negara-negara anggota DMDI, keputusan juga dicapai supaya kurikulum budaya Melayu dilaksanakan menerusi bidang pendidikan di negara-negara anggota.

Seminar itu turut memutuskan supaya perlaksanaan pembangunan di daerah dan negara anggota DMDI memperlihatkan konsep pembangunan berasaskan budaya Melayu, selain negara-negara anggota perlu komited memberikan penganugerahan kepada cendiakawan yang mempelopori bidang keilmuan, seniman serta budayawan Melayu di negara masing-masing.









2 comments:

Suara Perindu said...

Tiger,
Apa khabar tuan? Lama tak dengar cerita. Harap semuanya ok. Bila agaknya kita boleh pekena teh sama Budin?

ibrahim yahaya said...

Sdr Abang Putra,

Khabar baik. Semuanya sihat.

Boleh saja. Minggu depan kot.