Posting Keempat - 9.05 malam
Kerajaan akan menggubal Whistle Blower Act bagi menggalakkan pemberi maklumat untuk tampil membuat pendedahan jenayah rasuah dan salah laku yang lain.
Akta ini akan memberi kekebalan kepada pemberi maklumat dari diambil tindakan sivil atau jenayah akibat pendedahan yang dilakukan. Akta ini akan diperkenalkan pada 2010.
Duniatiger pernah mencadangkan mengenai perkara ini.
Posting Ketiga - 8.30 malam
Industri kreatif turut diberi perhatian dalam pengumuman bajet kali ini.
Dasar Industri Kreatif yang komprehensif akan digubal sebagai asas kepada industri kreatif negara.
Kerajaan turut memperuntukkan dana kepada industri ini sebanyak RM200 juta bagi membiayai aktiviti seperti pengeluaran filem dan drama, muzik, animasi, pengiklanan dan pembangunan kandungan tempatan.
Dana berbentuk pinjaman dengan kadar faedah rendah akan dikendalikan oleh BSN.
Penggiat seni juga tidak diabaikan.
Tabung Kebajikan Penggiat Seni akan ditubuhkan bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.
RM 3 juta diperuntukkan sebagai geran pelancaran.
Posting Kedua - 6 petang
Bajet 2010 - RM 191.5 bilion
Belanja Mengurus - RM 138.3 bilion
Belanja Pembangunan - RM 53.2 bilion
Posting Asal - 5.54 petang
Mendahulukan kesejahteraan Rakyat.
Dengan tema 1Malaysia, Kemakmuran Bersama, bajet tahun depan tertumpu kepada tiga strategi utama.
1. Memacukan Negara ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi.
2. Memastikan Pembangunan Holistik dan Mapan, dan
3. Mengutamakan Kesejahteraan Rakyat.
Selaras Gagasan Satu Malaysia, Bajet pertama kali dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan ternyata menyeluruh dalam pelbagai aspek.
Sekalipun Bajet 2010 adalah bajet terakhir untuk tempoh Rancangan Malaysia Ke-9, tetapi ia penting sebagai asas pembentukan model ekonomi baru dan pembuka tirai RMK 10.
Friday, October 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Duk tunggu bila kerajaan nak bagi ganjaran kepada mereka2 yang dedahkan kegiatan PATI... say satu kepala RM10K...
Hah, sekelip mata, dalam 1bulan saja, akan lenggang ler masaalah PATI diMalaysia..
Aku sendiri, dan ada dekat 50PATI duk berkeliaran kat kawasan ini.. Nah setengah juta ringgit..
Negara tak pening kepala, aku jadi kaya...
salam DIY,
hasrat dan on paper memang nampak bagus untuk penggiat seni dan industry players. cuma diharapkan dana itu bukan sahaja boleh sampai malahan juga nampak sampai ke tangan yang selayaknya bukan setakat lost in space.
semoga 2010 akan datang dengan sinar yang cemerlang, sehebat dana yang dijanjikan
Post a Comment