Friday, October 2, 2009

SAMSUNG ADALAH KEMEGAHAN KOREA

Ketika berada di Lapangan Terbang Incheon, Korea Selatan, pagi ini salah satu produk yang boleh dilihat di mana-mana ialah samsung. Jika anda di lounge atau kafe maya, produk samsung 'berada' di mana saja. Sama dijadikan sebagai saluran melihat program televisyen bagi penggemar telemovie atau pemasaran pelbagai produk antarabangsa.

Di lounge Korean Airlines keberadaan produk samsung terpancar dengan maklumat terkini mengenai perjalanan kapalterbang ke seluruh negara. Itulah kehebatan yang sering dikaitkan dengan Korea.

Di Malaysia, samsung rancak menjalankan pemasaran termasuk sedia bekerjasama dengan RTM dalam pelbagai bidang yang membuahkan suasana 'menang menang' bagi kedua-dua pihak. Jangan terkejut samsung akan menjadi rakan baik RTM. Sesekali kenalah promosikan rakan baik RTM. Yang lain, bagaimana? Datanglah segera ke RTM.

Oleh itu, sudah sampai masanya Malaysia memperhebatkan keluaran elektrik dan elektroniknya supaya keberadaannya nampak jelas di seluruh negara terutama di pintu masuk dan keluar Malaysia seperti di KLIA.

Apa yang diharapkan bukan menjadi pengeluar terbesar barangan orang lain tetapi jenama Malaysia sendiri seperti dalam makanan kita mempunyai Sate Kajang, Mary Brown, Appetton, pakaian seperti Bonia bahan kecantikan yang semakin melambak dengan pelbagai nama artis atau 'wanita cantik'.

Tidak boleh kita lupa iaitu Proton, jenama yang senonim dengan Malaysia. Berada di seluruh dunia termasuk digunakan sebagai teksi. Takpelah. Itu dulu.

Tetapi ada pihak pula ingin memperlekehkan barangan Malaysia seperti Proton Perdana satu ketika dulu. Apa punya orang dah....

Satu lagi, orang Korea memang rajin. Lantai lounge dilap hampir setiap 10 minit. Perrrggghh. Di Malaysia, seminggu sekali. Dua kali perrrgggggh.

5 comments:

bzz said...

Nak buat macam mana datuk, orang malaysia ni, lagi membanggakan barangan luar dari barangan buatan Malaysia. Bukan sebab barangan luar jauh berkualiti, tapi sebab nak berlagak. Yg ada, biar tak ada duit, tapi ada jenama.

BelalangDewa said...

Salam Datuk
kalau kita nak orang lain hurmati barang keluaran kita, kita hendaklah menghurmatinya terlebih dahulu. seperti juga kita di RTM, kalau kita sendiri tidak menghurmati program-program keluaran kita, macamana kita nak harapkan orang lain menghurmatinya. dan seperti saya, walau apapun yang berlaku, saya tetap hurmati Global@1 dan berita Dunia...

Dari Lensa Ke hati said...

penjenamaan Barangan Malaysia dan pengeluar produk perlu berani mengorakkan langkah...ni tak berani nak iklan kan sebab tak cukup budjet..semua tu perlu berani dalam perniagaan demi membawa satu kemajuan dalam perniagaan..kalu tak samsung tak jadi hebat kat seluruh dunia..

Anonymous said...

tuan hamba
persoalan nya macam kat rtm... mana ada produk rtm yang di keluarkan oleh kakitangan tetap rtm yang di beri pengiktirafan...

semua ex tv3 yang buat.... termasuk juga tuan hamba.. so what u expact tuan hamba..

cuba renung apa yang tuan hamba buat untuk hala tuju rtm....

asyik-asyik masukkan kawan2 ex tv3 untuk ambil alih kerja staf rtm dengan alasan staf rtm dok takuk lama dan tak berfungsi...

asyik2 program dari kawan juga di beri keutamaan... contoh... apakenama... ikon..ikon.... bersama normala

asyik2 program dari pos malaysia.. mentang2lah... tau takpe

so tuan hamba perlulah renung-renungkan... rtm ni hak milik kerajaan dan rakyat bukan milik kita dan yang ada kena mengena dengan kita

kalau tuan hamba nak menjadi kp yang berjaya , cuba fikir masak2 tentang rtm dan stafnya yang tuan hamba selama ini ada buat sesuatu yang tak sepatutnya.... tuan hamba pikir le sendiri...

kalu nak berjaya di rtm, kena jadi rtm bukanya memusuhi rtm... walaupun nampak bukan memusuhi tapi cara dan tindak tanduk... pandai2lah nilai sendiri

sekian salam 1 msia dari ex-RTM

Bourne said...

salam bro,

samsung memang bagus dia especially tv lcd dialah .... saya pun guna tv ni dekat one part of the house better than sony in some ways .... tapi nak lawan pioneer plasma payah lah dan lain kategori ......

bagi kategori kereta ni proton cuma masuk dalam kategori "saloon car" saja dan kena lah dibandingkan dengan banyak lagi jenama luar negara.

mamang bagus lah kalau kita sokong barang sendiri tetapi jika kualiti dan daya ketahanan nya tiada kita kenalah cakap yang betul. untuk diperbaiki oleh pembuat.....

kalau dok seronok kena puji tapi realiti nya berbeda tak boleh lah....

kalau nak di puji juga kenalah bersaing dari segi kualiti, kekerapan model, kesesuaian kereta dan bermacam lagi. honda kekadang dalam tiga tahun keluar tiga model dan facelift kerana nak bersaing. proton perdana rasanya dah berpuluh tahun dah dok macam tu jugak....

macamana nak beli ? semua proton macamtu kann....

anyway selamat hari raya maafzahir batin ...