Oleh Norliza Mohamad Zakaria
Buat pertama kalinya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal membawakan program yang menekankan aspek pencegahan tingkahlaku, penyelewengan serta penyalahgunaan dalam Kekasih Awal..Akhir, Kenali Anak kita.
Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali akan merasmikan program yang diadakan di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur malam esok. Serentak itu, RTM akan berlintas langsung dari Padang Semarak, Kuala Lumpur bagi membolehkan penonton RTM melihat konsert untuk generasi muda, Gegar Generasiku.
KAAKAK adalah program kerjasama RTM denganPersatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), itu turut disiarkan secara langsung di TV2 pada pukul 8.30 malam.
Presiden Pengasih, Mohd. Yunus Pathi pada sesi temu bual yang diadakan di Wisma TV, Angkasapuri baru-baru ini berkata, program itu adalah antara 20 siri penganjuran yang dilakukan selama dua tahun bermula Mei lalu.
"Setakat ini kita baru jalankan sebanyak lima siri di sekitar ibu kota yang merangkumi forum dan bual bicara. Ternyata apabila didedahkan kepada umum, maklum balas yang diterima daripada golongan ibu bapa begitu memberangsangkan.
"Selain Wilayah Persekutuan, kita juga bakal ke Perak, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang dan sebagainya untuk menjalankan program ini sepanjang dua tahun.
"Apa yang kita lihat, isu dadah ini telah diperkatakan sejak berdekad lamanya. Dan apa yang membimbangkan kebanyakannya melibatkan anak-anak dan generasi muda.
"Lebih malang lagi, kebanyakan ibu bapa tidak perasan yang anak mereka terpengaruh dengan najis dadah sehinggalah keadaan menjadi bertambah teruk.
"Jadi program sebegini membantu memberi kesedaran kepada ibu bapa khususnya menilai serta membuat andaian setiap gerak geri anak-anak mereka yang dilihat berpotensi terjerumus kearah itu," katanya.
Selain bual bicara, antara pengisian yang bakal melatari program itu pada malam tersebut di Auditorium Perdana ialah, sketsa berkaitan isu penyalahgunaan dadah dari para pelajar Akademi Seni Warisan Kebangsaan (Aswara), serta persembahan barisan artis terkenal seperti Jamal Abdillah, Misha Omar, Mila, Bob dan Ernie.
Di Padang Semarak pula, penonton bakal dihiburkan oleh Aizat dan Estranged secara terbuka.
Sementara itu, Pengarah Penerbitan TV, Rokiah Norma Ramli pada sesi temu bual yang sama memberitahu, penyelitan sketsa dan hiburan seperti nyanyian secara kreatif dari segi penerbitan mampu menarik minat penonton untuk mendengar dan menonton program tersebut.
"Untuk sketsa pula, kita akan paparkan kisah kehidupan beberapa remaja yang menceritakan tentang masalah mereka sehingga terjerumus dan terlibat dengan penyalahgunaan dadah," katanya.
Kata Rokiah, konsert yang bakal dipaparkan menerusi lintas langsung dari Padang Semarak adalah bertujuan memberi peluang kepada generasi muda khususnya golongan remaja untuk berhibur dalam keadaan terkawal sambil menyokong memerangi dadah. - UTUSAN.
(Renungan Rimau : Inilah usaha RTM untuk mendekati generasi muda agar mereka membabitkan diri dalam kegiatan lebih berfaedah seperti permainan futsal, mengikuti pameran motokar dan motosikal berkuasa tinggi. Mereka boleh beriadah dan berhibur daripada menghabiskan masa merempit di jalan raya. Selamat menonton dan berhibur).
1 comment:
Salam Dato
Alahai RTM ni. Mujur Utusan buat artikel ni dan bagi tahu saya siapa artis yg akan buat konsert. Nak harapkan RTM, sepi, lesu dan lemau. Tengok jele, iklan RTM dalam mingguan hari ni. Tak bagitau pun siapa artis yg ambil bahagian. Bukanke artis tu penarik pengunjung. Jika artis yang ambil bahagian suam suam kuku, alamat, konsert GEGAR GENERSI ni akan mengigil bukan bergegar. Dato, tolonglah lihat fikiran org org Dato yang buat kerja ibarat lepas batuk di tangga. Lokasi dah salah. Saya tak pergi walau minat sebab, laluan kesana susah. Kenapa tak buat di Dataran. Mak bapak saya tahu saya ke Dataran tengok konsert RTM, saya bagi tahu. Mujur saya selak blog Dato dapat info, tapi berapa ramai mcm saya. Alahai RTM, duit rakyat yang RTM pakai, saya ni rakyat. Lambat laun, saya akan bekerja dan membayar cukai. Alahai RTM.
Nadim UITM Shah Alam
Post a Comment