Sunday, October 4, 2009

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ABU KE 46

Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan ABU ke 46 di Ulaanbaatar, Mongolia. Cuaca sejuk walaupun matahari bersinar terang sejak pagi. Namun, atas nasihat kenkawan, saya sudah bersedia kecuali kasut kerja yang tidak sesuai untuk retreat hari ini.

Retreat hari ini dikatakan akan membawa peserta melawat Taman Negara Mongolia. Ada 'kejutan' yang akan berlaku bagi peserta. Ejen kenit memberitahu DuniaTiger, ada kemungkinan peserta akan memasuki 'suasana zaman dulu' yang mungkin memberikan pengalaman baru kepada mereka. Tiada elektrik dan peralatan terkini.

Mereka akan ditempatkan di bawah satu khemah besar seperti khemah sarkas dan mengikuti persembahan nyanyian dan tarian tradisional Mongolia. Perrrrggggh. Apa sajalah labu. Satu pengalaman baru untuk kami.

Apapun, Mesyuarat Majlis Eksekutif ABU semalam berjalan lancar yang dipengerusikan oleh Imai (NHK) dan dibantu oleh Manual (TDM-Macau) dan seorang lagi Naib Presiden ABU dari IRIB. AGM kali ini akan mengeluarkan satu Deklarasi Ulaanbaatar Mengenai Perubahan Iklim.

Seperti biasa pertemuan seperti ini dapat membantu mempertingkatkan dan memperbaiki 'networking' jika kita pandai mengambil kesempatan bertemu dengan semua pemain utama industri dari negara-negara Asia Pasifik. Ini termasuk ABC, NHK dan KBS.

Sebagai KP RTM, saya diminta untuk mempengerusikan salah satu Forum Profesional pada 6 Oktober ini. Doakan semoga saya dapat menjalankan tugas dengan baik.

1 comment:

Dari Lensa Ke hati said...

dato..usahakan supaya semua international media yang ada di persidangan itu adsa link dengan RTM supaya kita boleh adjust kalu terdapat kesilapan infomasi yang kekadang diputar belit oleh pembangkan terutama nya Anwar Ibrahim